Hantu-hantu berkeliaran di hospital | ABAM KIE : Man of The House


Wednesday, 10 May 2017

Home » » Hantu-hantu berkeliaran di hospital

Hantu-hantu berkeliaran di hospital


Sumber: Facebook Encik Ariff Budiman bin Zainal Abidin

Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kacamata seorang yang sepet matanya. Bila aku memasuki wad hospital mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku bukan bertujuan untuk menakutkan sesiapa tapi itulah pengalaman si mata sepet....

KES 1 - Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar Pulau Pinang. Aku melihat di atas siling begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang. Ada telinga panjang. Ada muka mengerikan. Mereka seakan menanti saat untuk terjun ke bawah. Di hujung pula aku melihat seorang lelaki berjalan sambil memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya. Nurse dan doktor seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka. Hanya aku yang kadang2 melihat di bawah katil pesakit. Mayat sedang tidur di bawahnya. Seorang kanak2 pula manarik tangan ibunya sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya. Lain kali ibu2 yang ada anaknya macam ni, percayalah. Mereka dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat

KES 2 - Aku melihat ramai orang datang menziarah keluarga pada waktu melawat. Seorang wanita kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya seekor beruk sedang bertenggek. Matanya merah. Aku cerita dekat isteriku. Terdiam dia. Aku terus baca ayat Al-Quran lalu aku hembus ke arah makhluk tersebut. Jatuh makhluk tu dan wanita tersebut terhoyong-hayang. Keluarganya terus memegang ingatkan wanita tersebut pitam atau tidak sihat. Makhluk tersebut bangun dan nampak begitu marah. Dia tahu angkara siapa yang buat. Matanya tepat memandang aku. Aku baca ayat Qursi dan hembus lagi sekali. Terus hilang. Aku cerita dekat isteriku.

" Laa...Pasai pa abang pi hembus. Sat lagi takut kecoh wad ". Tegur isteriku. Betul jugak katanya. Aku hanya terdiam. Itulah sikap aku bila aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang2 aku sendiri kena serang bila tertidur.

KES 3 - Aku melihat ramai orang mengelilingi seorang lelaki. Rupanya dia di ambang sakaratul maut. Anak2 sibuk dengan hp. Telefon sana sini. Mungkin sedang memaklumkan kepada sanak saudara tentang si pesakit yang sedang nazak. Yang paling sibuk ialah makhluk yang bertelinga panjang, tanduk panjang sedang mengganggu lelaki tersebut. Saat inilah kita harus bisikkan kalimat Laaila Haillallah kepadanya. Kita ajarnya akan kalimat itu. Bukan kita tengok dan kata pada ayah..." Ayah mengucap ayah...mengucap "... sambil tersedu2. Kalau kita sayang mereka kita bantu mereka saat ini. Pedulikan hp. Bisikkan di telinganya Laaila haillallah....Saat itu matanya hanya memandang atas. Dia diganggu sebenarnya. Kalau kita sayang ayah kita dan ibu kita ketika saat mereka hampir sampai tak kisah la samada anak2 lelaki atau perempuan..ajarlah ayah dan ibu anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat dan menangis. Kadang2 kalau aku ziarah aku akan nasihat anak2 agar ajar tentang kalimah ini. Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.

KES 4 - Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibuku. Aku melihat ada beberapa makhluk sedang berdiri dekat peti mayat. Cuma aku tak pasti adakah peti itu kepunyaan mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia. Ada juga yang berwajah hodoh umpanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat2 aku jumpa yang mengeluarkan surat dan terus pergi ke pejabatnya.

KES 5 - Aku masuk ke wad jantung sewaktu menziarahi ibu mentuaku. Seorang nurse begitu tekun membantu pesakit. Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan mengikutnya dari belakang. Ke mana saja nurse tu pergi dia akan ikut. Matanya hanya pandang ke bawah saja. Sesekali rambutnya akan tersangkut di atas bahu nurse dan aku melihat nurse tersebut menguis seolah2nya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa2 terhadap nurse tersebut. Biasalah kalau bertugas di hospital. Sebab tu paling bagus kita amalkan ayat al Matsurat. Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang kerumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yang mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak2 kita.

Nota kaki:

Semoga kawan2 mendapat pengajaran daripada kisah benar ini tentang seorang manusia biasa yg dibukakan hijab oleh Allah untuk melihat makhluk di alam lain.

9 comments:

paridah said...

HIJAB HANYA TERBUKA PADA HAMBA PILIHAN-NYA

Amer Ridzuan said...

Allahu... kalau saya nih.. lari tak cukup tanah dah.. Takut

PeRdU cINta said...

SubhanaAllah..kadang kita tidak dapat melihat..tapi naluri dapat merasai kehadirannya..

Zafirah Nazri said...

ya allah takutnyaa . haih .

Normi Nieza said...

Seriaunya baca

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

mmg berharap sgt jgn la dpt tengok makluk2 ni...minta dijauhkan hehe

Shahida Dzulkafli said...

Alahai.. makin ngeri dibuatnya.. dahlah tak berape suka hospital..

Nisha said...

Woah, ni mesti geng dengan kawan Nisha. Kawan Nisha pun ada deria keenam. Kebetulan Nisha juga post cerita seram benar. Jemput baca ya~ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2017/05/the-amerzing-bloglist-true-horror-story.html . By the way, Nisha tanya kawan Nisha pasal benda ni dia just cakap 'macam2 lagi aku nampak but aku taknak cakap dekat kau. Biarlah rahsia diantara aku dengan Allah dan juga DORANG' ;-;

Sentiasa Panas said...

Kalau yang 'terang mata' tu memang nampak la huhu

;