Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah2 di seluruh dunia:

1) Suasana Pawagam

TV dan audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.

2) Suasana Hotel

Rumah yang dihias mewah2 seperti hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3) Suasana Restoran

Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan. fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah berubah.

Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.
Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadis di rumah. 
Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.
Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah..
Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.
Lahirkan anak2  alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie-Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam2 lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis.

Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi SAW dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi SAW, insan2 yang telah berjaya.

Barulah ahli keluarga  hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami

Semoga kita semua  berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti masjid dan Madrasah dirumah kita..

Ya! Allah jadikanlah rumah2 kami seperti rumah baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.. Aamiin
Muhasabah Diri ...