Friday, 21 April 2017

Kebergantungan Sesama Manusia


Syurga *lelaki* pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*          
Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlukan orang lain* untuk *kebumikan jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang *terbaik* dan *terhebat*???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf *ujub, riak, sombong dan hina.*
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita. Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...

Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
In Shaa Allah 

8 comments:

Mrs Pip said...

Thanks for sharing this Abam ....
Good info ...
Have a nice Friday :)

Seorang Syed said...

Satu perkongsian dan peringatan yang baik untuk semua abam kie.
thanks for sharing.

Nadia Johari said...

bagus..terima aksih

PeRdU cINta said...

Betul...siapa kita...tetap dari DIA yang akan kembaLi juga kepada DIA..

Adam said...

Saya rasa tak perlu komen sebab dlm entry ni segala2nya benar.

nadhie wueen said...

Yupp.. sebab tu perlu adanya unsur-unsur tolak ansur antara satu sama lain

Warisan Petani said...

Setuju sesangat.
Terima kasih.

Qbal Ramlan said...

wow 😱

Hebat betul penulisan Abam Kie. Sampai ke hati pembaca. Apa yg Abam kie tulis memg betul.

As a friends and child. I think Abam Kie boleh buat buku sendiri yg boleh menyentuh perasaan setiap golongan dari muda sampai tua.

is a good effort. 👌👌👍👍