Monday, 10 April 2017

26 Sifat Orang Sombong


*Nauzubillahi Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca dan sama-sama muhasabah diri...*

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.
Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.
3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.
4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.
5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.
6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.
8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.
10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.
12. Orang sombong suka dihormati.
13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.
14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.
15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.
16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.
17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.
18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.
19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.
20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.
23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain di depannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim

Semoga memberi manfaat.

*Untuk dlihat pada diri sendiri, bukan untuk dinilai pada orang lain*

9 comments:

  1. Elsa sendiri ada sikap antara 26 nie. Allahu πŸ˜”

    ReplyDelete
  2. Sombong sifat yg merugikan diri sendiri

    ReplyDelete
  3. Moga dijauhkan...doa sentiasa agar terhindar dari bersikap sombong...

    ReplyDelete
  4. aduhh ada jugak yg dlm 26 ni terkena diri sendiri ni tapi tak la tahap yg teruk sesangat..terima kasih atas perkongsian sbb boleh muhasabah diri dan memperbaiki sifat diri sy sendiri..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...mama dtg dr segmen yg sama...jom ke blog mama
    http://maszull.blogspot.my/2017/04/segmen-mama-nak-url-blog.html

    ReplyDelete
  6. Saya tak tau lah, antara 26 tu berapa yg terkena kat saya. Harap2 tidak kesemuanya.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum abam...info yang sangat baik ni...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  8. terbaik....perkongsian yang baik abe kie

    ReplyDelete

Thanks for your comment and please come again.