Kelebihan membaca Al-Quran | ABAM KIE : Man of The House


Friday, 3 March 2017

Home » » Kelebihan membaca Al-Quran

Kelebihan membaca Al-Quran


As salam. Izinkan abam kie berkongsi satu artikel yang menarik dan bermanfaat dengan kawan2 yg dihormati sekalian.

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu Al- Quran:-

1. Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

2. Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yg lebih mulia dari membaca Al-Quran.

3. Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.

4. Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5. Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

6. Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7. Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mndpt kemuliaan dan akan mndpt keredhaan Allah Ta'ala.
     
8. Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9. Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kpd 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10. Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11. Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

12. Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13. Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23851800) berbanding yang baca secara biasa.

14. Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15. Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

16. Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

17. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yg tidak memahami isi kandungannya.

Kongsikan ilmu kpd sahabat2. Sekian, terima kasih.

8 comments:

Ana Suhana said...

Terima kasih atas perkongsian ni abam ki 👍

PeRdU cINta said...

Salam Jumaat Cikgu...moga kita menjadi pencinta wahyu ini..

nOe suhaimi said...

terima kasih atas perkongsian dan peringatan cikgu..

paridah said...

SALAM JUMAAT CIKGU AK..JADIKAN AMALAN MEMBACA ALQURAN

irazulkeffele said...

Sangat bermanfaat untuk si pelupa dan alpa ini. Huhuhu

SITI AWADAH said...

terima kasih kerana ingatkan saya abam kie..

Sheila Adziz said...

terima kasih abam kie atas peringatan yg berguna ini...

Uyul Rosli said...

alhamdullillah. terima kasih atas perkongsian ini abam ki.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

;