Mengirim hadiah giveaway dengan pos berdaftar
Baru-baru ini abam kie ada menganjurkan GA bagi
meraikan kawan2 yg selama ini menyokong blog abam kie yg suam2 kuku ini.
Alhamdulillah, sambutan daripada kwn2 boleh tahan gak! Hadiah kali ini
berbentuk barangan fizikal dan perlu diposkan iaitu magnet peti sejuk dan buku
nota. Jadi ada beberapa pilihan untuk abam kie mengirimkan hadiah2 tersebut
kepada pemenang2.
Mula-mula tu nak guna poslaju agar cepat sampai. Tapi
bila memikirkan kos poslaju seminima RM7.20 tu maka abam kie x jadi berbuat
demikian. Bukannya apa…harga poslaju lebih mahal drp hadiah yg diberikan. Tak
berbaloikan?
Kemudian kalau guna pos biasa takut pulak hadiah
tu x sampai. Memanglah kos setem cuma RM1 tapi kalau x selamat dan x boleh
jejak sama ada penerima sudah menerima hadiah tersebut kan susah jadinya?
Jadi langkah yg paling selamat dan berpatutan
ialah dengan menggunakan pos berdaftar. Memanglah barang tu sampai lewat sikit –
paling awal pun 3 hari - namun ianya pasti selamat dan abam kie boleh semak
sama ada barang tu sudah sampai atau belum.
Maka pada hari Sabtu tempohari abam kie pergi ke
Pejabat Pos Tanah Merah untuk membuat pengiriman pos daftar. Caranya mudah aje.
Pertama, pastikan alamat penerima ditulis di sebelah depan sampul surat tu.
Kena tulis ke sebelah kanan sikit sebab pada sebelah kiri sampul surat tu perlu
ditampal dengan pelekat pos daftar. Jangan lupa tulis alamat pengirim di
sebelah belakang sampul.
Kedua, bagitahu la kerani Pos Malaysia tu yang kita
nak buat pos daftar. Dia akan bagi pelekat poslaju yg berharga RM2.20 sahaja
untuk 20g pertama. Jika lebih daripada itu kena lekatkan setem di atas sampul
surat tu. Macam kes abam kie ni cuma perlu tambahkan setem 30 ke 50 sen aja.
Jimatkan?
Kemudian tampalkan pelekat pos daftar di atas
sampul surat tu sebelah kiri ya? Di bahagian belakang keratan pelekat tu kena
tulis nama dan alamat penerima. Tak perlu tulis penuh. Cuma tulis nama n
kawasan dia tinggal je. Keratan pelekat tu kena simpan la sebagai bukti sebab
kat atas tu ada nombor penjejakan (tracking no). Pas tu berikan sampul surat
kpd kerani dan buat bayaran yang perlu.
Tiga hari lepas tu boleh le semak sampul pos
daftar tu sama ada sudah sampai atau belum di www.poslaju.com.my . Macam kes
abam kie ni hantar pada 12 Feb dan sampai ke tangan penerima pada 15 Feb.
Jadi penganjur2 giveaway boleh la guna cadangan
abam kie ini untuk mengirim hadiah kpd para pemenang. Amacam? Molek ke idea
abam kie ni?
16 Comments
Cadangan yang bagus ni abamkie thanks di atas perkongsian :)
ReplyDeleteterbaik abam kie.. akan dtg boleh guna kekdah ni pulak.. hehehe tataw lak pos daftar ni murah dari pos laju..
ReplyDeleteX tau ada pos daftar ni... duh. Ni kalau beli dulu bawak balik rumah nak isi alamat boleh ke..penerima semua tu boleh ke .. jenuh kalo nak menulis kat pejabat pos.. macam mana tu abam kie.. tq abam kie atas perkongsian
ReplyDeletewahhh... moga selamat sampai ke destinasinya...
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html .pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017
thanks for the info. sebelum ni guna pos laju terasa gak lah. lepas nie boleh cuba pos berdaftar pulak lah :)
ReplyDeletetq atas info ni abam kie. senang untuk blogger lain nk pos hadiah GA. :)
ReplyDeleteWah ada cara terbaik utk jimatkan kos pos tu
ReplyDeleteKalau ada cara yang jimat mengapa tidak kita manfaatkan betul tak Cikgu AK..terbaiklah.
ReplyDeleteTerbaik abam kie.. Pandai pilih cara yang terbaik dan selamat hoho :)
ReplyDeletemurah je erk kos pos berdaftar, lebih murah dr pos laju prabayar yang rietta selalu guna...
ReplyDeleteIngatkan pos laju je boleh hantar barang, tak pernah guna pos berdaftar ni, idea yang baik, boleh jimat sikit...
ReplyDeleteTerima kasih berbanyak Abam Kie...
ReplyDeleteIdea menarik 👍
ReplyDeleteTerbai abam kie :)
ReplyDeletemolek je cadangan cikgu ni..
ReplyDeletetq for sharing...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.