Tak patut DS Najib buat perkara-perkara ini. Sebab itulah rakyat marah terutama sekali Pengerusi Bunga PPBM kerana DS Najib cuba mengatasinya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Jom kita baca senarai pembangunan yang sudah dan sedang dilaksanakan pada zaman Datuk Seri Najib!

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrap.

2. Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa tol sedang giat dibina.

4. Terminal Bas Selatan menggantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun dituduh Malaysia akan bankrap.

7. Pembinaan menara tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira RM70 billion.

11. BR1M pun rakyat dapat.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan UITM yang baharu.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baharu.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.


16. Apartment baharu untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1Malaysia yang baharu.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM1000.00, pencen tentera dan skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap Proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM25,000 ke RM30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM200.

25. Perumahan PR1MA.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan Air Kelantan yang dah berpuluh-tahun mengalami masalah.

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh, Pahang sedang giat berjalan.

28. Keretapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

29. MRT line 1 dah beroperasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature Tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

31. Projek KL PUTRA WORLD TRADE CENTER

Nah! Siapa yang berani kata Najib cuma perabiskan wang negara aje? 

11 Comments

  1. Alhamdulillah, moga manfaatnya berterusan hingga ke generasi mendatang..

    ReplyDelete
  2. Bandar Universiti Pagoh kalau cikgu nak tahu tanah dah tumbuh semak-samun. Memula memang earthworks rancak lepas tu diam...
    Mungkin terbengkalai dek Ex-timbalan dia dah kena pecat (my prediction).
    Sebab Pagoh kan territory Muhyidin.

    Kita tengoklah mungkin akan disambung bila ekonomi pulih wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah banyak development

    ReplyDelete
  4. Projek memang banyak, tapi perlaksanaan agak menghampakan.
    Kat tempat saya, banyak tanah kerajaan yng asalnya untuk kuarters kakitangan dijual sbb projek pembangunan bersifat komersil.

    TTg hospital, di sini setakat pecah tanah je .. lepas tu krik krik krik .. hospital banyak bagus, tapi lebih bagus kalau banyak kakitangan. Kakitangan tak cukup kat hospital shingga ada banyak kes kecuaian. Hospital banyak, ambulan tak ada ... huhu ..

    Apapun, rakyat terpaksa hadap juga. Harap pembangunan yang ada datang dari duit sendiri dan bukan pinjam dari luar. RInggit lemah lagi ni.

    :)

    hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  5. Entahlah AK saya ni dah mcm lalang pulak jadinya haha... Yg betul saya sokong yg tidak moga akan datang hidayah Allah. Manusia ni biasalah pandai mengkritik je. Mungkin ada betulnya dan mungkin tidak...

    ReplyDelete
  6. banyak juga projek pak jib telah buat....idea mat dek semua dy amek ja...

    ReplyDelete
  7. Mungkin 1MDB kes telah menutup segalanya.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..banyak perubahan sekarang

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.