Pembahagian Harta Pusaka Yang Betul
Assalamualaikum. Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh, yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
1. Semasa hidup si mati org susah, adik-beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupun semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2, si mati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian (meninggal dulu)
3. Simpanan si mati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu bagitau isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung).. si mati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akn terseksa dlm kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta2 si mati akan dpt juga kpd adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu si mati dan adik beradik si mati.
8. Hukum faraid - bahagian isteri dpt paling sedikit, langsung tak pedulikan perasan si balu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dan dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh si balu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak2. Dgn jumlah yg si balu dapat, adalah mustahil baginya dan anak2 untuk mencari rumah baharu.
Bermulalah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan si balu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan/tanah sebidang/rumah dijual si waris. Harapan si mati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap selepas dpt bahagian masing2.
Walaupun berhak kepada harta si mati, tapi kena tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul. Jgn ambil agama itu separuh-separuh utk kepentingan sendiri, ya? Tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah kpd anak2 si mati seperti tempat tinggal /pakaian/makan minum.
Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita, adik2 kita, suami kita dan anak2 kita drp bersifat kejam begini.
Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila si mati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah si mati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.
Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kena menanggung org2 di bawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akn diberi juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban/membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
INGAT YEA..! dpt pembahagian harta si mati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Wallahu'alam
9 Comments
Bab menuntut hak semua orang ingat dan usahakan bersungguh-sungguh Cikgu AK...tapi bab lunaskan tanggungjawab itu yang sering ditolak ketepi bagi sesetengah orang..terima kasih perkongsian..
ReplyDeletePaling penting adalah siapkan surat wasiat awal2 supaya tidak berlaku kes macam ni abam kie... Kalau dah wasiat awal2 adik beradik tak boleh buat apa2...
ReplyDeletebtul tu...ramai yang sibukkan harta faraid...tanggungjawap xnak pula faraid....
ReplyDeleteBila melibatkan harta pusaka memang leceh dan byk proses utk pmbhgiaan. CiK renex pernah wat proses ni untuk tukar nama kat geran moto arwah abah. Sangat lama
ReplyDeletePencerahan yang bermanfaat untuk semua.
ReplyDeleteNice sharing and good info abam kie. Mek pun baru tahu tanggungjawab selepas kematian ketua kluarga. Dan memang btol pon skrang ni bnyk yg jd mcm ni. Bab tanggungjwb smua tk nk pikul, bila bab harta tk pnggil dtg rumah pun boleh smpai. Mcm la hrta tu boleh bwk msuk kubor / dengan hrta tu bleh jadi kaya --'
ReplyDeleteSmoga kita smua sedar dengan tanggungjwb yg kita pikul sekarang.
nice sharing
ReplyDeleteperkongsian yang baik abam kie....betul islam itu indah dan menyeluruh...
ReplyDeleteramai yang lebih berminat kepada harta pusaka
tetapi lupa pada amanah dan tanggungjawab
Tulahkan AK....malas nak pikir. Moga Allah mengatur dengan seadil adilnya. Yg terbaik tu perancangan Allah
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.