Abam Kie memang bercita-cita untuk melancong ke London sekiranya diberikan peluang oleh Traveloka. Traveloka ialah perancang percutian yang paling cekap, pantas dan hebat di Malaysia kerana kita boleh menempah hotel dan tiket penerbangan di satu tempat sahaja. Boleh tempah di laman web rasminya iaitu www.traveloka.com.my atau applikasi peranti mudah alih. Bila sudah tempah tu jangan lupa hashtag #MyTravelokaEscapade bagi memudahkan urusan tempahan kawan-kawan. 

Kalau nak melancong ke London dengan menggunakan duit simpanan sendiri memang lambat la. Tapi jika abam kie memenangi peraduan #MyTravelokaEscapade ini maka impian semenjak kecil itu akan menjadi kenyataan. Terima kasih Traveloka. Baiklah, sekarang Abam Kie nak ceritakan apa yang Abam Kie hendak lihat dan buat setiba di London nanti.

1. London Eye


Sebaik tiba di London, tempat pertama yang Abam Kie nak pergi ialah London Eye. Rasa macam tak sah kalau x naik benda ni bila berada di London. Pastinya bila berada di puncak Ferris Wheel kedua terbesar di dunia ini Abam Kie akan dapat melihat keseluruhan kotaraya London kan? Wah! Saat yang pasti terindah dalam hidupku. London Eye ini terletak di seberang House of Parliament, South Bank. Walaupun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket bagi menaiki London Eye ini, abam kie tidak akan menyesalinya kerana mata Abam Kie akan dimanjakan dengan panorama indah kota London termasuk Sungai Thames!

2. Science Museum


Lokasi kedua di London yang sesuai untuk anak-anak abam kie pastinya Muzium Sains. Muzium besar ini memberikan peluang kepada kami untuk meneroka dunia sains yang menakjubkan. Sambil melancong abam kie juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sains dan teknologi terkini.

Pelbagai perkembangan sains dan teknologi abam kie akan jumpa di sini. Bermula dengan roket, satelit, kapal angkasa peninjau dan pesawat pendarat yang ditampilkan bersama satelit pertama di dunia, Sputnik, sehinggalah Launchpad ada dipamerkan di sini. Terdapat galeri khusus untuk kanak-kanak membuat prinsip sains menjadikannya lebih senang dan mudah difahami.

3. Buckingham Palace


Buckingham Palace merupakan salah satu istana kerajaan Inggeris. Tempat kediaman rasmi Ratu Elizabeth 2 ini adalah juga salah satu tempat pelancongan di London yang terkenal. Di sini abam kie bakal menyaksikan penggantian pengawal istana, dengan pakaian seragam merah dan topi tinggi dari bulu beruang, pada pukul 11.00 pagi setiap hari atau pukul 10.00 pagi pada hari minggu dan hari-hari musim sejuk. Penggantian pengawal istana ini biasanya berlangsung sekitar 45 minit dan upacara ini diiringi dengan pasukan pancaragam diraja. Para pengunjung boleh menyaksikan upacara ini dari depan gerbang Buckingham Palace. Kalau nasib baik dapat la abam kie wefie dengan pengawal istana tu. Kelazz gitu!

4. Big Ben


Destinasi seterusnya di kota London ialah Parliament Square atau Palace of Westminster dimana terdapat menara jam besar yang lebih dikenali dengan nama Big Ben.

Nama Big Ben sebenarnya merujuk pada loceng seberat 14 tan yang dinamakan sempena Sir Benjamin Hall, Chief Commissioner of Works. Menara jam ini siap dibina pada tahun 1858. Mendengar dentingan jam tepat 12 tengah malam pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh Abam Kie. Pada waktu malam pemandangannya menjadi lebih menarik apabila disinari oleh lampu-lampu.

5. Tower of London


Tower of London ialah menara besar di tebing Sungai Thames pada zaman dahulu merupakan sebuah penjara yang memiliki sejarah silam yang megah. Di tempat ini, King Henry VIII menghukum mati dua isterinya, Katharine Howard (1542) dan Anne Boleyn (1536). Sangat menyeramkan kalau diingatikan? Bangunan tersergam indah ini sudah semestinya menjadi satu lokasi sejarah yang mesti abam kie lawati di London kerana mengikut kata orang tempatan abam kie boleh menjumpai sekurang-kurangnya enam ekor gagak yang dipelihara oleh Ravenmaster. Urban Legend ada mengatakan sekiranya gagak-gagak itu meninggalkan menara ini maka bangunan ini dan institusi monarki akan runtuh. Benar atau tidak, Abam Kie pun kurang pasti.

6. Madame Tussauds London


Wah! Inilah tempat yang abam kie tunggu-tunggu. Abam Kie memang la mahu mengunjungi sebuah muzium sekaligus berkenalan dengan para tokoh terkenal di dunia! Biarpun tokoh-tokoh terkenal tu cumalah patung-patung lilin, namun dapatlah juga abam kie bergambar dengan mereka. Macam hentian setempat gitu. Madame Tussauds London ialah sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin yang merupakan ukiran dari tokoh-tokoh terkenal dari seluruh dunia dan dibuat sehingga sangat mirip dengan individu-individu berkenaan.

Patung para tokoh terkenal itu diantaranya meliputi pemimpin dunia, ilmuwan, penulis, seniman, atlet, pelakon, ahli sukan, penyanyi dan tidak ketinggalan keluarga diraja Inggeris semuanya dapat dijumpai di muzium ini. Siaplah Abam Kie wefie dengan mereka semua. Patung-patung lilin ni nampak macam 'real' je! Pasti tak rugi abam kie mengunjungi Madame Tussauds London!

7. Tower Bridge of London


Sebuah struktur mercu tanda yang paling menakjubkan di Kota London ialah Tower Bridge. Ia telah dibina di Sungai Thames sejak 1894 dan merupakan salah satu tempat pelancongan di London yang paling terkenal di dunia.

Di sini abam kie boleh menyaksikan mekanisme dan panel maklumat yang menjelaskan tentang teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun untuk mengangkat Tower Bridge bagi membolehkan kapal-kapal kecil belayar di bawahnya! Memang saat-saat yang dinantikan dan perlu disaksikan dengan mata kepala abam kie sendiri! Khabarnya abam kie boleh mengunjungi London Bridge ini setiap hari mulai dari pukul 10.00 pagi hingga 6.30 petang dengan bayaran 7 Euro sahaja. Satu pengalaman bermakna yang bakal Abam Kie tempuhi kan?

8. Piccadilly Circus


Jika abam kie ingin berjalan-jalan santai sambil memerhatikan masyarakat London lalu-lalang, Piccadilly Circus tempatnya. Piccadilly Circus merupakan kawasan persimpangan yang paling ramai dilalui orang di London. Di sini terdapat barisan kedai dan ada juga Muzium Ripley’s Believe It or Not!

Layar-layar iklan raksasa juga dipasang di sekitar Piccadilly Circus. Selain itu di sini juga abam kie dapat melihat sebuah air pancut dengan patung cantik di tengahnya. Untuk sampai ke Piccadily Circus ini Abam Kie boleh menaiki subway dari hotel dan turun di Stesen Piccadilly Circus.

9. Portobello Road Market
 
Abam Kie memang meminati barang-barang antik, jadi Abam Kie sememangnya perlu mengunjungi Portobello Road Market.  Portobello Road Market adalah pasar yang paling terkenal di London yang terletak di kawasan Nothing Hill. Pada pagi Sabtu, pasar ini akan dipenuhi dengan penjual barang-barang antik seperti perabot, pakaian, pinggan-mangkuk, cenderahati, sehingga perhiasan diri dan rumah. Ia berkonsepkan flea market. Jadi hampir segala benda dengan harga berpatutan boleh didapati di sana. Janji duitnya cukup! Setelah penat membeli-belah, Abam Kie boleh bersantai di kafe dan restoran 'funky' yang ada di kawasan tersebut sambil menghirup air teh di dalam cawan ala Inggeris. Pasti nyaman dan romantik gitu jika minum teh dengan yang tersayang!

10. Sungai Thames


Akhir sekali sebuah pelayaran menyusuri Sungai Thames adalah salah satu cara terbaik untuk melihat London. Pelayaran ini bakal menjadi pelengkap lawatan abam kie di London kali ini. Abam Kie akan dapat melihat pemandangan dan kemegahan kota besar ini dari kapal pesiaran. Semua kapal memiliki dek atas terbuka dan saloon rendah yang luas dengan panorama jendela. Boleh tengok foto di atas untuk membayangkan situasi di sana nanti.

Abam Kie dikhabarkan kapal-kapal ini beroperasi setiap hari mulai pukul 10.00 pagi  sehingga 10.00 malam. Dengan tambangnya cuma 13.50 Euro Abam Kie boleh menaikinya dan melihat pemandangan kota London yang hebat dan menakjubkan. Sungai Thames ialah tempat pelancongan di London yang wajib Abam Kie kunjungi.

Memang menarik bukan percutian impian Abam Kie di London nanti? Maklumat yang Abam Kie perolehi dari kawan-kawan yang pernah belajar dan bekerja di sana ini memang mengujakan. Tak sabar rasanya hendak berkunjung ke sana. Baiklah Traveloka. Jadikan fantasi ini bertukar menjadi realiti! Terima kasih, Traveloka. Semoga #MyTravelokaEscapade bakal menjadi kenyataan!

12 Comments

  1. Bestnyaaa London !!!! Good luck Abam Kie . =)

    ReplyDelete
  2. Menarik paparan infonya cikgu semoga cikgu berjaya ke London insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. Portobello market best! Moga Abam Kie berjaya ke london :)

    ReplyDelete
  4. gud luck abam kie! bestnya london...

    ReplyDelete
  5. wahhh .. banyak rupanya tempat menarik dekat london .. semoga berjaya abam kie =)

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya menjejakkan kaki ke kota london.

    ReplyDelete
  7. ada rezeki..sampai juga ke sana nanti...good luck cikgu

    ReplyDelete
  8. bestnya kalau percutian ditaja oleh traveloka kan?

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.