Medan Selera, Dataran Dato' Sagor

Cuti sekolah yang cuma 5 minggu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Pada tahun ini abam kie dan kak ton bercadang membawa anak2 bercuti ke Perak dan Pulau Pinang. Kami memulakan perjalanan pada 30 Nov lepas dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 6.40 a.m. Kami menghala ke pekan Jeli sebelum membelah Banjaran Titiwangsa melalui Lebuhraya Timur Barat. Kemudian kami sampai ke pekan Grik sebelum menghala ke bandar Diraja Kuala Kangsar. Selepas tu kami memasuk Lebuhraya Utara Selatan menghala ke bandaraya Ipoh. Setibanya di Ipoh kami cuba cari tempat letak kereta di dalam kota dan UTC tapi x jumpa. Malas nak pusing banyak kali, abam kie menghala ke Masjid Negeri sebab kami kelaparan. Bimbang takut tersesat, abam kie bertanya kat anggota polis di Ibupejabat Polis Negeri di manakah tempat makan. Ipoh ni tak sama macam Kelantan yang gerai makanan halal mudah dicari di mana2 aja. Abam polis tu kata medan selera tu cuma di belakang masjid je. Huh! Macam mana x perasan nih? Lalu kami menghala ke Medan Selera Dataran Dato' sagor untuk menikmati makan tengahari.

Selesai makan, kami menunaikan solat jamak takdim Zuhur dan Asar. Kemudian kami meneroka kota Ipoh untuk mencari kedai kek di pasaraya berdekatan. Cari punya cari terjumpalah Ipoh Parade. Naik tangga turun tangga, tak jumpa pun kedai kek.  Lalu kami cuma membeli barang dapur untuk dimasak sempena sambutan hari lahir Imtinan yang pertama. Selesai membayar harga barangan tersebut, kami bergegas meninggalkan kota Ipoh menghala ke pekan Tapah.

Kolam Air Panas Sungai Klah

Adik kak ton, Ustaz Loh sudah menunggu kami di exit Tapah. Masuk ke Tapah terus kami mencari kedai kek. Kebetulan di Secret Recipe je yg dijamin halal dan sedap maka kami beli di situ. Kemudian kami terus ke rumah adik ipar di Kampung Tersusun Muhibbah, Jalan Temoh. Pada malam Khamis tu kami mengadakan sambutan hari lahir Nur Imtinan yang pertama. 

Pada petang Khamis Ustaz Loh membawa kami sekeluarga ke Kolam Air Panas Sungai Klah yg terletak di Sungkai. Anak2 kami memang teruja nak mandi di kolam air panas dan sejuk. Abam Kie tak mandi pun. Cuma jadi penjaga barang2 berharga aje. Hampir Maghrib baru kami sampai di Tapah. Pas tu baru sedar yg 3 lampu kereta dah terbakar. Diparahkan lagi air cond pula tak sejuk langsung! Duit lagi!

Kolam Air Panas Sungai Klah

Pada pagi Jumaat sebelum berangkat ke Pulau Pinang abam kie dengan ditemani oleh Ustaz Loh perlu keluar membaiki air-cond dan lampu kereta yang rosak. Mula-mula kami pergi ke Pusat Giat Mara Temoh tapi cikgu kat situ tak boleh baiki. Dia mencadangkan kami pergi ke Pusat Servis EON di Kampar. Bila sampai di Kampar, kedai tu pulak kata x de barang. Dia suruh kami ke Pengakalan Lahat pulak. Huh, meronda la kami ke sana. Guna Waze nak cari Pusat Servis EON Ipoh tp x jumpa2. Last2 abam kie berhenti di Pengkalan Hulu dan baiki aircond dan tukar lampu di sebuah kedai berhadapan Stesen Petronas. Huh! Buat penat dan terasa diri ini dipermainkan aje.

Dekat jam 12 barulah kami sampai di Temoh. Mujur kak ton dan biras abam kie, Na sudah mengemaskan segala barang yang nak dibawa ke Penang. Tanpa membuang masa kami berkonvoi ke Penang melalui lebuhraya PLUS. Tunggu sambungan perjalanan kami ke Penang, ok?