jamuan akhir tahun
Dari kiri; Abam Kie, Ustaz Zulmajdi dan Ustaz Mukti

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun penat mengajar murid2 sama ada di dalam kelas atau di padang, maka kini tibalah masanya guru2 sekolah abam kie diraikan di dalam majlis jamuan akhir tahun kelab guru dan kakitangan (KGKT) yang diadakan di Restoran New Horizon, Kota Bharu, Kelantan. Jamuan bermula pada jam 12.30 tengahari pada 1 November 2016. 

Pada hari berkenaan, abam kie menumpang kereta rakan sejawat, Ustaz Zulmajdi ke lokasi jamuan. Baik berkongsi kereta sebab ada teman berbual. Minyak pun jimat. Kami bertolak dari tanah Merah pada jam 11.15 pagi dan tiba sejam kemudian. Rupa2nya majlis sudah bermula dengan acara penyampaian cenderahati kepada guru yang bersara iaitu Puan Maznah Musa.

Sebaik sampai di restoran tersebut, kami mendapat door gifts iaitu satu set tuala dan hamper. Berbaloilah dengan yuran tahunan sebanyak RM150 tu. Selepas tamat ucapan dan penyampaian hadiah, doa pun dibaca dan kami para hadirin mula menjamu selera. Hidangannya ala Thai seperti tomyam, daging goreng hitam, ayam goreng halia, ikan siakap kukus dan pencuci mulut. Menu pada hari tersebut kira memuaskan aje.

Selepas selesai menjamu selera, tibalah ke acara kemuncak iaitu cabutan bertuah. Para pentadbir yg akan membuat cabutan. Jika nombor kami naik, kami perlu membuat cabutan untuk memilih jenis hadiah pulak! Panjang gak la prosesnya. Apa yg pasti semua guru dan staff mendapat hadiah semasa cabutan bertuah ini. Cuma berbeza dari segi jenis, harga dan saiz sahaja.

Kira2 jam 2.10 petang Ustaz Zul mengajak saya beredar kerana dia perlu balik ke rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah berasrama pula. Kami tiba di Tanah Merah kira2 sejam kemudian. In Shaa Allah abam kie berharap majlis jamuan akhir tahun akan lebih meriah dengan hadiah2 cabutan bertuah yang mahal dan makanan yg sedap2 pulak. Aamiin...

16 Comments

  1. oo ckgu ckgu pon ado mjlis hjung tahun jugok dih :)

    ReplyDelete
  2. hujung tahun biasalah jamuan kelab.. kito pun baru jamu jugok semalam..

    ReplyDelete
  3. wahhh , menang cabutan bertuah tu .

    ReplyDelete
  4. best semua orang terlibat sama dan dapat hadiah. so semua akan rasa happy :) nice!

    ReplyDelete
  5. bestnya jamuan akhir tahun macam ni, lama da x merasa

    ReplyDelete
  6. sdapnya cikgu..hjung thn ada jamuan..:)

    ReplyDelete
  7. Best owh.. Lama tak joint jamuan akhir tahun macam nie..

    ReplyDelete
  8. Selamat berjamuan cikgu2, lepas berhempas pulas hampir setahun menghadap mcm2 ragam budak2. hahaha, next year sambung lagi khidmat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..masa nilah cikgu-cikgu boleh refresh semula..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...khas untuk guru-guru yang banyak berjasa

    ReplyDelete
  11. Assalamulaikum,

    Best dpt door gift. Boleh buat kenangan.

    Cikgu, jangan pulak sekolah cuti menghantar entry ke sini pun cikgu turut cuti. Berehat sementara ok lah sebab menulis pun macam sukan, both need a short break.

    Jangan main banjir kat sana.

    ReplyDelete
  12. assalammualaikum cikgu..sy tumpang singgah dan follow blog cikgu..:) follower#1015

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.