Jarang benar hotel2 di Malaysia menyediakan perkhidmatan membawa penghuni hotel ke masjid untuk bersolat jemaah apatah lagi solat Subuh. Namun hotel bertaraf 5 bintang di Kota Bharu, Kelantan iaitu Hotel Perdana mengambil inisiatif dengan memperkenalkan perkhidmatan 'shuttle' dari hotel berkenaan ke Masjid Muhammadi iaitu masjid utama di bandar KB ini. Perkhidmatan ini adalah percuma. Bas akan bertolak dari hotel ke masjid pada jam 5.15 pagi jadi sempatlah tetamu mengerjakan solat sunat witir sebelum azan Subuh. Manakala bas akan bertolak pulang ke hotel pada jam 6.30 pagi. Mungkin x sempat la untuk mendengar kuliah Subuh sehingga tamat. Tapi x apalah, janji dapat berjemaah di masjid terbesar di Kota Bharu ini.

Jadi kepada kawan2 yg berduit boleh la menginap di Hotel Perdana ini yang terletak berdekatan dengan Stadium Sultan Muhamad ke4. Abam Kie jika tidur di hotel biasanya akan terjaga awal kerana kebiasaannya hotel yg abam kie tinggal tu berdekatan dengan surau atau masjid. Cuma abam kie je yg malas nak pi surau semasa menginap di hotel. Kalau tidur di rumah lain la. In Shaa Allah, abam kie akan cuba solat berjemaah di masjid berdekatan. Aamiin.

9 Comments

  1. alhamdulilah kelantan my love

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..

    Tak tahu pulak pihak hotel perdana ada buat perkhimatan bus ke masjid muhammadi untuk solat subuh..

    Posting terbaru AM Rumah Idaman : Stainless Steel Water Tank

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. HOTEL 5 BINTANG MMG PATUT BERI KHIDMAT TERBAIK KPD PELANGGANNYA KAN

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..ada hotel macam ni

    ReplyDelete
  5. hari tu cari hotel kat area tepi sungai kelantan kat KB semua penuh.. pergi kat tgh bandar sikit baru dapat.. hotel apa ntah x igt nama.. tau duduk je sbb dah mengantuk sangat sbb ride naik moto dari penang semata pergi knduri kat kelantan. then lepak dengan kawan sampai malam.. hehehe

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.