Assalamualaikum. Abam Kie pasti kawan2 kenal dengan storan awan seperti Dropbox, OneDrive, Google Drive, Box dan sebagainya. Namun pernah ke kawan2 mendengar tentang Storan Awan Mega? Mega ini ialah perkhidmatan terbaharu yang berpangkalan di New Zealand. Apa yang menarik tentang Mega ialah ia menawarkan storan berkapasiti sehingga 50GB! Sangat besar dan memadai untuk kita menyimpan imej, lagu, video, dokumen dan sebagainya di dalam talian. Perkhidmatan storan awan yg lain menawarkan kapasiti yg sedikit seperti Dropbox: 2GB, OneDrive: 5GB, Box: 10GB dan Google Drive: 15GB. Memang berbaloi kan?

Selain dari itu segala fail kita akan diseragamkan atau 'synchronized' di dalam PC, atas talian dan telefon pintar. Untuk penyeragaman di dalam PC, kita dikehendaki memuatturun dan memasang applikasi desktop Mega. Jadi segala fail di dalam folder Mega di dalam PC kita akan dikemaskini di 3 tempat serentak iaitu PC, laman web Mega dan telefon. Mudah kan?

Jadi kalau ada fail2 yg sayang nak dibuang tu bolehlah disimpan di applikasi storan awan Mega ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI.

Selamat mencuba!