Aku tidaklah ghairah sangat dgn statement2 begini atas sebab2 berikut:-

1) Dulu pun ada statement lebih kurang macam ni gak, dilafazkan pada hari guru kebangsaan, iaitu; guru2 sarjana dan PhD akan diberi kenaikan gaji, akan digelar 'bitara guru'!  Hmm....habuk pun tadak! Yg buat statement pun dah dilucut jawatan, dipecat!

2) Golongan guru ni ramai, ubah skim melibatkan peruntukan kewangan yg besar,  keadaan ekonomi dan krisis sekarang ni, nampak macam tak logik jer!

3) Golongan pensyarah pun tak puas hati. Mereka pun nak skim time-based macam golongan guru atas alasan mereka ada PhD !! Cuma yg eloknya pensyarah ni kalau nak mintak naik gaji, mintak jer ler!..jgnlah kata kelulusan pensyarah lebih tinggi drp guru! Org ramai pun dah tahu! Apa salahnya buat alasan kerja banyak ke, pensyarah penting ke, atau apa shj alasan yg tak mengguris hati guru!. Ingatlah, dpt jadi pensyarah tu pun selepas berguru dgn guru!

4) Skim sekarang pun dah ok, cuma agihan beberapa kategori jawatan baharu yg dikira tak berkesan dan 'not value for money'! dgn kata lain berlaku pertindihan dan pembaziran. Contohnya, telah diwujudkan jawatan pakar SIC+, SIP+, tapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Bila buat program daerah, masih lagi konsultan luar berbayar digunakan. Ironinya konsultan2 tersebut ada yg bukan guru pun!

5) Kenyataan2 begini laksana bunyi guruh di langit, tanda nak hujan. Jadi agaknya ini tanda PRU dah dekat.. maklumlah golongan guru ni ramai, mampu memberi impak kpd yg bertanding...

6) Itulah bezanya antara pegawai kerajaan dgn org politik! Pegawai kerajaan, buat kajian keperluan, perkiraan kewangan, aspek  perundangan, bila dah selesai, barulah tersenyum buat pengumuman. Org politik buat pengumuman dulu, kemudian barulah nak buat kajian, bila tak jadi, tersengih2 macam....tak tergamak nak cakap, satgi ada kengkawan marah!

7) Aku pun dah di penghujung masa.. membilang hari shj....tak rasa exited pun, kecuali kalau statement tu kata, naik gaji bulan depan! 

% PEACE! %