Assalamualaikum. Selepas sambutan hebat kepada GA pertama abam kie yang lalu, lalu terbuka hati ini untuk menganjurkan GA kali kedua sempena Hari Raya Aidil Adha nanti. GA kedua ini bertemakan buku kerana abam kie ingin memupuk minat membaca buku dikalangan rakyat Malaysia. Dengan sukacitanya, abam kie ingin mempelawa blogger2 yg baik hati untuk menaja GA tersebut. Syarat2 untuk menjadi penaja mudah aje. Baca dengan teliti ya?

1. Bentuk tajaan ialah buku. Tak kisah la nak taja novel, buku agama, buku motivasi, buku masakan dan sebagainya. Minima tajaan ialah sebuah buku berharga RM10.

2. Kemudian, sila Whatsapp atau SMS maklumat seperti nama penuh, alamat rumah, alamat emel, URL blog, jenis dan tajuk buku ke no 0129820100 pada atau sebelum 22 Ogos 2016.

3. Bakal peserta segmen ini diwajibkan 'follow' blog penaja sebagai syarat mandatori.

Sekiranya ada pertanyaan sila Whatsapp abam kie segera! Sekian. Terima kasih abam kie dahulukan.