Assalamualaikum. Anak sulung abam kie, Nur Anis Dalilah sudah pun mencecah 13 tahun. Terasa sekejap je masa berlalu. Lalu abam kie terfikir untuk membuka akaun bank di atas namanya sendiri. Sebelum ni dia memang pun ada akaun Tabung Haji dan Maybank tapi atas nama abam kie aje. Setelah google akaun remaja yg sesuai abam kie tertarik untuk memilih akaun simpanan BESTARI-i di Public Bank. Jadi pada awal Ramadhan lalu kami berkunjung ke cawangan PB Tanah Merah, Kelantan. Proses nak buka akaun pun cukup mudah. Cuma bawa kad pengenalan! Staff di situ juga mesra pengguna dan kami tidak perlu menunggu. Terus dapat giliran! Antara ciri-ciri akaun Bestari-i ialah:

1.Kemudahan untuk membuka akaun bagi individu di bawah umur 18 tahun dengan deposit serendah  RM20.00 sahaja. Baki minima RM20 ini hendaklah dikekalkan di dalam akaun pada setiap masa.

2. Hibah (jika ada) akan dikreditkan ke dalam akaun penyimpan pada setiap 1 hb.

3. Kad ATM disediakan kepada remaja di atas 12 tahun. Tapi kena caj RM8 setahun la...

4. Buku simpanan disediakan.

5. Pengeluaran wang tanpa had.

6. Penukaran automatik kepada akaun simpanan Wadiah apabila penyimpan mencapai usia 18 tahun.

7. Kemudahan ATM dan perbankan internet [Pbe].

Jadi kepada ibubapa di luar sana yg berhajat untuk membuka akaun simpanan Islamik untuk anak2 remaja mereka bolehlah berbuat demikian di cawangan Public Bank yang berhampiran.

Sekian. Terima kasih.