Abam Kie sudah lama menutup akaun di Bank Islam kerana tak sanggup mengendalikan banyak akaun simpanan. Namun apabila abam kie terbaca berita yang KAFA melancarkan Kad Debit-i Visa Bank Islam Kelantan FA "The Red Warriors" baru2 ini maka abam kie melangkah masuk ke Bank Islam cawangan Tanah Merah, Kelantan tanggal 30 Mei 2016 lalu.

Oleh kerana niat utama abam kie cuma nak mendapatkan kad debit The Red Warriors tersebut jadi abam kie cuma membuka akaun simpanan asas yg memerlukan abam kie mengekalkan akaun minima RM20 sepanjang masa. Lama juga la menunggu tengahari itu sampai perut ni berkeroncong. Malangnya apabila abam kie nak buat kad debit tersebut pengurus bank beritahu yg kad debit TRW belum sampai. Geram tul! Jadi dia mencadangkan abam kie datang esoknya. 

Pada petang keesokan harinya abam kie ke BIMB sekali lagi. Kali ini siap berisi borang dan yuran tahunan kad sebanyak RM12.72. Bank komersial lain x mengenakan caj kad kepada pemegang akaun BSA tapi tidak Bank Islam Malaysia Berhad. Bengang tul! Lepas tu pemegang akaun Simpanan Asas BIMB juga x boleh menggunakan perbankan internet! Sedangkan CIMB dan PB boleh je? Arrgghhh!

Tak apalah. Bayar je la demi dapat menambahkan koleksi kad visa debit. Betul kan? Menurut kata pengurus bank yang boroi tu, selain faedah kad debit biasa, kad debit yang diperkenalkan itu juga akan memberi kemudahan kepada pemegang untuk mengeluarkan wang tunai minimum RM500 dan maksimum RM2,000 sehari di Petronas terpilih di kawasan Pantai Timur. Syaratnya cuma beli minima RM5 barangan di kedai Mesra Petronas menggunakan kad debit TRW ini. Lepas tu isi slip keluar wang di kaunter stesen minyak.

Tambah pengurus tersebut pengguna kad debit TRW ini juga sekali gus menyumbang kepada perkembangan bolasepak Malaysia amnya dan Kelantan khususnya dimana setiap kad baru dan yang diperbaharui, FAM akan mendapat RM2 dan Kafa RM2.

Jika berminat silakan ke cawangan Bank Islam yg berhampiran, OK? Selagi stok masih ada.