Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberikan ruang dan masa untuk abam bernafas pada 19 Mei lalu untuk menyambut hari lahir yang ke 43. Abam Kie dilahirkan pada 19 Mei 1973 (Sabtu) di Kampung Tandak, Machang, Kelantan. Anak kelima daripada 6 adik beradik. Bapa bekerja kampung aje. Ibu pula surirumah. 

Baiklah. Apa yang terjadi pada 19 Mei 2016? Abam Kie tak cukup tidur kerana kerap kali terjaga kerana anak nak minum susu. Pergi ke sekolah pun dalam keadaan mengantuk. Masuk ke kelas pun tiada semangat. Namun tugas perlu dilaksanakan. Bila buka FB tengok ramai rakan mengucapkan Happy Birthday. Ada 200 orang tu! Kat FB Messenger dan Whatsapp pun ada. Terasa diri ini dihargai biarpun cuma di alam cyber. Tengahari tu abam kie jamu kawan2 guru lelaki minum sikit. 

Bila pulang tu abe kie pergi beli ayam KFC untuk makan malam. Makan bersama anak2 n isteri tercinta. Syukurlah mereka masih setia menyokong dan menyayangi abam kie sebagai bapa/suami. 

Azam bila masuk 43 tahun ni hendak lebihkan aktiviti keagamaan bagi bekalan menuju ke akhirat nanti. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Doakan abam kie dapat menggapai azam ini, OK?

10 Comments

  1. Happy Birthday to u Abam Kie, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa. Semoga bahagia di samping keluarga selalu. Amiin.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Abam Kie.... Sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh ALLAH swt...

    ReplyDelete
  3. http://jmbelog.blogspot.my/

    HB2U ABAM

    ReplyDelete
  4. Happy Belated Birtday Abam Kie.. Semoga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Amin..amin..amin..in sya Allah Cikgu AK...moga apa yang Cikgu hajati Allah perkenankan..kerana niat yang baik pasti Allah bantu...
    Selamat Ulangtahun Kelahiran Cikgu :)

    ReplyDelete
  6. sanah helwah abe qie, i'allah, semoga brtmbah umur, brtambah juga amal kita..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.
    tahniah aban kie,
    smoga trus diberi kesihatan yang kuat.
    ore mache uponyo.
    kito kampong kok lanas :)

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Abe Kie..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.