Assalamualaikum.

Abam Kie mula berkhidmat sebagai guru TESL pada 16 September 1997 di Papar, Sabah setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Kemudian abam kie ditukarkan ke Ayer Lanas, Kelantan pada Jun 2001 sebelum mengajar di Tanah Merah, Kelantan pada Januari 2004. 

Pada September 2007 abam kie dinaikkan pangkat ke DG44. 2 tahun kemudian abam kie mendapat pangkat Guru Cemerlang tanpa kenaikan gaji. huhuhuhu... Setelah lama menanti akhirnya abam kie dilantik ke DG48 berkuatkuasa pada 16 September 2015. Namun surat pelantikan hanya diserahkan kepada abam kie pada 21 Februari lalu!

Nampaknya banyaklah kelebihan dan tunggakan gaji yg abam kie bakal dapat nanti. In Shaa Allah, duit tersebut akan digunakan sebaik mungkin bagi menyara isteri dan anak2 selain disimpan sebagai bekalan hari tua. Tak lupa disedekahkan kpd fakir-miskin dan diwakafkan kpd anak2 yatim dan pelajar2 yg menuntut ilmu ke jalan Allah.

Abam Kie akan berada selama 6 tahun di gred DG48. In Shaa Allah, kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki, pada 2021 nanti abam bakal mendapat gred DG52 pula.