Sekarang ni ada macam2 cara orang tipu orang untuk mendapatkan duit. Skim cepat kaya dan piramid seperi Pak Man Telo, Penternakan ikan keli di Kelantan dan sebagainya sudah lama memungut deposit secara haram daripada orang-ramai. Mereka yg mula2 join tu memanglah boleh jadi kaya tetapi yang baru join akan ditipu. Jadi janganlah terpedaya dengan skim cepat kaya internet sekarang. Baik kawan2 laburkan duit yg lebih tu ke dalam Tabung Haji, ASB atau unit saham amanah CWA seperti abam kie baik. Biar sedikit keuntungannya tapi selamat! 

Di bawah adalah senarai syarikat business yang beroperasi tanpa lesen yang dibenarkan sedang bergiat aktif di facebook dan group whatsapp sekarang. Mereka juga membuat kegiatan MONEY GAME rolling money bersembunyi di sebalik forex produk, syarikat hartanah pemaju, MLM dan macam-macam. Mereka menawarkan bermacam-macam faedah. Mereka beroperasi tidak lama hanya kurang setahun target mereka cukup mereka lari dan duit semua dibawa lari. Separuh company tidak dapat dicari dalam website, cuba menyembunyikan kegiatan mereka. Ini bukan judi tapi rolling money. Senarai company di bawah:

1. Wadiah trading.
2. Rainbow fx.
3. Highway Group.
4. Bitcoin aviafx.
5. Qaisar solution gemcoin.
6. Raja kereta azza auto.
7. Imavel.
8. Unico.
9. Mym1.
10. Unascos dulu ufun.
11. Bkg group naim corp unascos.
12. Baiduri4u.
13. MX3.
14. Premiumgalaxy fx.
15. CPO Trading.
16. Altero club.
17. Komuniti RM50.
18.1WHP

SEBARKAN semua orang supaya jangan terpedaya. Sudah ramai orang yang join sekarang, di dalam facebook bergiat aktif mencari mangsa begitu juga di group WhatsApp, wechat. Waallahu a'lam.

7 Comments

  1. Ya Allah..tergamaknya mereka...tiada rasa takutkah..berhati-hati ya semua..terima kasih Cikgu AK kongsikan maklumat ini...

    ReplyDelete
  2. Bila dah makan duit haram, hati jadi kering dan tiada lagi belas kasihan. Mereka akan terus menipu dan menipu lagi.

    ReplyDelete
  3. Bila dah makan duit haram, hati jadi kering dan tiada lagi belas kasihan. Mereka akan terus menipu dan menipu lagi.

    ReplyDelete
  4. masalahnya abe kie.. puak dia ni kalau kita nasihat awal2 tak maunye nak dengar. cakap kita dengki la ape lah... dah kena sampai puluh K rugi, baru sebek.

    ReplyDelete

  5. A new Omega Watches is always an event. Especially when it squarely is the launch of a new collection! Let us recall that the Swiss Watches Parisian watchmaker and jeweler is still the most important brand of the Richemont group.The Christian Dior bag has become alike and iconic to Gucci , and something every affected woman have to own. This is the ultimate affluence if it comes to the Louis Vuitton handbags .Good Hermes Handbags Replica auction is a acceptable choice.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.