Saturday, 31 October 2015

Keburukan media sosial kepada kehidupan kita

Saturday, October 31, 2015 3
Keburukan media sosial kepada kehidupan kita

Assalamualaikum. Sesuatu yang bermanfaat untuk Abam kongsi dengan kawan2 blogger yang dihormati sekalian. Semoga kawan2 membacanya sampai habis. Terima kasih.

Imam Masjidil Al Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah Jum’at beliau berkata:

"Adakah dari kita yang tidak melihat perubahan dalam hidup setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan yang lainnya dalam kehidupannya?

Bacalah!

Hal ini merupakan Ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat2 sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah ta'ala.

Kita telah menjadi penyembah2 dan pengekor Whats App, Twitter, Facebook, youtube , Instagram dan semacamnya.

📹 Kenapa hati kita mengeras ?
Itu karena seringnya kita melihat video yang menakutkan dan juga kejadian2 yang dikongsi di Whats App. Byk perkara pelik dan hiburan di sana sini.

💜 Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras bagai batu.

💔 Kenapa kita terpecah belah dan kita putus tali kekerabatan ???

Karena kini silaturrahim kita hanya via Whats App saja, seakan kita bertemu mereka setiap hari.
Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita , teknologi dihujung jari kita ada.

☎Kenapa kita sangat sering mengghibah (mengumpat), padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun.
Itu karena saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sadar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi pecandu teknologi ini.

🍴 Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.
🌺 Kita duduk bersama teman2, HP ada digenggaman. Suami isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.
✏📖Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.
🚕 Sedang memandu, HP juga di tangan.
💐Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, karena kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

"Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Karena sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada salat dan tilawatul al Qur'an kita"????

Adakah kita yang mengingkari hal ini ?
Dan siapa yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seeorang muslim dan setelah menjadi pecandu ?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ?

Mari kita sama2 kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal2 yang menyibukkan kita dari agama kita.
Kita tak tahu berapakah sisa umur kita".

Allah ta'ala berfirman:

( ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻋْﺮَﺽَ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻱ ﻓَﺈِﻥَّ ﻟَﻪُ ﻣَﻌِﻴﺸَﺔً ﺿَﻨْﻜًﺎ )

“Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit”. QS.Thoha: 124.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan....

Sebuah Peringatan Bermanfaat utk kita smua..😄 jdikan hp sbgi medan dakwah bkan medan dosa.. Wallahua'lam..😄
posted from Bloggeroid

Thursday, 29 October 2015

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Thursday, October 29, 2015 5

Assalamualaikum. Izinkan Abam Kie berkongsi tazkirah tentang keperluan menghormati mentua. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita bersama. Hayatilah. Terima kasih.

Hari ini ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mertua, Justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan ole menantu lelaki. Mengabaikan teguran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak kita sendiri.

Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

#Ustaz Iqbal Zain

Tuesday, 27 October 2015

Auto Ping Entry Blog di Telegram

Tuesday, October 27, 2015 7

Apa itu Ping Entry?

Ping adalah istilah yang digunakan oleh kebanyakan blogger untuk promote entry mereka.

Selalu blogger akan auto ping entry ke facebook atau twitter. Kalau ke group facebook, blogger akan ping secara manual satu persatu atau ping secara berjemaah.

Sekarang dah ada satu telegram channel yang akan auto ping setiap entry kita. Channel ini akan semak blog kita setiap 15minit sekiranya ada entry baru.


Kalau ada sesiapa yang berminat nak turun serta, bolehlah PM di telegram mommy irra @irrayyan. Kalau nak tengok blog mommy irra pulak silakan ke www.irrayyan.com.

Kalau masih tak faham, boleh klik link ini : http://telegram.me/PingEntriBlog untuk usha dulu, apa sebenarnya Auto Ping Entry Blog ni.

Lagi ramai yang join, lagi besar audience coverage dan lagi meriah dengan link entry yang akan dikongsi bersama.

Jom meriahkan dunia blog dgn informasi terus ke telegram.

Sunday, 25 October 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Sunday, October 25, 2015 23

Assalamualaikum..... semasa blogwalking semalam abam kie terjumpa dengan entri segmen jom tambah follower di blog Jamil. Bila tengok macam ada sambutan je terus abam teruja nak join. Bukannya apa, saja nak sokong rakan blogger yang kerap juga komen di blog abam. Selain daripada itu dapat gak tambah follower yg masih kekal di angka 816 sejak sebulan lepas! Geram tul sebab tak ada orang yang sudi follow blog abam biarpun abam dah follow blog mereka. Sombong betul blogger yang tak mesra alam ini!

Baiklah, kepada rakan2 blogger yang ingin menyertai segmen di atas, silalah klik banner di atas sekarang juga. Segmen ini berlangsung sehingga 31 Dis 2015. Semoga berjaya!


Friday, 23 October 2015

Mencari talian prabayar kedua

Friday, October 23, 2015 6

Abam Kie memiliki dua telefon bimbit iaitu telefon pintar dan telefon cap ayam. Telefon cap ayam abam kie adalah seperti di atas tu. Murah je harganya iaitu RM100. Mengapa abam beli hp murah ni sedangkan sudah memiliki hp Asus Zenphone 5? Mudah je jawapannya. Telefon jenama SBM ni kecik dan ringan serta mudah dibawa ke mana2 kerana kelasakannya. Nak gi masuk hutan pun boleh bawa. 



Bila ada handphone perlulah ada simcard kan? Susah juga nak pilih talian prabayar yang bersesuaian kerana telco sekarang ni menawarkan pelbagai pakej dengan keistimewaan yang tersendiri. Selepas window shopping akhirnya abam membeli kad sim Digi dengan harga RM8. Talian kedua ni sebagai alternatif sekiranya hp utama tu rosak atau hilang. Jadi kepada sesiapa yang nak call atau sms abam bolehlah mendail no 016-2582290 sekarang! Talian ini tidak ada Whatsapp. Harap maklum. 

Wednesday, 21 October 2015

Maksud pelukan suami kepada isterinya

Wednesday, October 21, 2015 3

FUHH……!!! 5 Jenis Pelukan Kenapa Suami Suka Peluk Isteri, Tahu Tak Apa Maksudnya.? Meh abam kie ceritakan pada anda.... sila baca dengan teliti dan amalkannya selalu, OK?

Suami mana tak sayang isteri dan isteri mana tak sayangkan suami dia. Dalam sesebuah perhubungan suami isteri, pelukan adalah sesuatu perbuatan yang penuh makna dan mempunyai kekuatan sendiri. Kebanyakan isteri tidak tahu apa disebalik pelukan yang diberikan suami.. haha betul tak?. Takkan tiba-tiba laki ko peluk tanpa sebab mesti ada makna tersirat dan tersurat.

Tahukah anda, kesan apabila suami anda memeluk anda dan ini menurut kajian pakar perhubungan. Pelukan suami sebenarnya dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri. Walaupun pelukan yang diberi itu lembut, kita boleh rasai sendiri getaran hangat dalam jiwa raga kita. Suami yang ingin isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap!

Namun pelukan bukan hanya pelukan. Anda perlu tahu apa yang si suami ingin sampaikan melalui pelukan. Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.

1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga bererti pasangan anda ingin meminta maaf.

2. Memeluk Sambil Meletakan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalkan ciuman di bahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.

3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.

4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.

5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.

Lepas ni kalau suami peluk tu, faham-faham la maksudnya especialy no.5 jangan pula buat tak tahu ye. So suami yang dah habis baca tu apa lagi nak ditunggunya peluk laa isteri anda ketat-ketat confirm dia kurus lepas ni.. haha.... isteri je jadi kurus sedangkan suami makin bambam!

Monday, 19 October 2015

How to Get Band 7 or Better for All IELTS Components?

Monday, October 19, 2015 2
How to Get Band 7 or Better for All IELTS Components?

The International English Language Testing System, commonly known as IELTS is one of the most famous international tests in the world. It has a universal appeal and is given by students as well as professionals alike.

IELTS is not an easy nut to crack as it is concerned with the English language. Languages cannot be mastered in a day or a week. They have to be learnt phrase by phrase, sentence by sentence and sometimes, word by word.

Students who want to score as high as band 7 or above should know that preparing for the IELTS requires dedication and planned preparation. Following are some tips which can help you in preparing for the test.

1. Go beyond the study books

There is a lot of material like books and journals on how to score band 9 in IELTS. While such resources can be beneficial, depending only on them may be unwise. In order to get a good score in IELTS, students must explore all the possible ways of learning English and practise them.

Going beyond books means students must not restrict their target to the test; instead, their target should be mastering the English language. They should utilise all possible means to master it.

It includes accessing web portals which can help in learning English, interacting with people who know good English through social media. Internet can be used as a highly effective resource to learn English.

2. Prepare for all sections

There are 4 sections in the IELTS exam, listening, reading, writing and speaking. All four need good preparation and practise. It should also be remembered that different sections need different ways of preparation. For example, in order to hone listening and speaking skills, one must listen to English in its actual accent and practise speaking it.

One of the common mistakes done by students while preparing for IELTS is ignoring a particular section of the test. Some students may think that –for instance- they are good at reading or listening and may not consider it necessary to prepare for it resulting in marks lower than what they had anticipated. So, it’s necessary that students take all the four sections of the exams seriously.

While preparing for a particular section, students should focus all their energies for that particular section only. For example, if a student is preparing for reading, then they should dedicate a day or two just for reading and should not deviate to other sections during that time.

3. Previous papers are a treasure : use them

It’s very essential that students get accustomed to the test pattern of IELTS so that they can prepare accordingly. It’s always a good idea to go through previous papers of the tests to get familiarised.
IELTS British Council

Previous papers, if solved, will give students an edge and they will be able to react to the real paper much faster.

There are study resources available on the British Council’s official portal too which can be utilised to prepare for the test.

4. Get help

People who have passed the IELTS are resources themselves. Those who are attempting the test can get help from those who have passed it as they can provide insights, especially about the listening and speaking sections of the exam in which preparations cannot be done merely by studying.

By asking advice from those who have appeared for the test, students will know what kind of questions to expect in the various sections of the test. They will also get guidance as to which resources can be used during the preparation and how to use them.

Students can also avail the services of professional trainers and get trained for the test. Professional trainers have much greater expertise and experience in training and can guide the students more effectively.

Going through newspapers, reading novels and books will prove to be a huge boost to enhance the reading skills. A good reader can also become a good writer. Writing short passages and getting them reviewed will also help. It must be remembered that punctuation and grammar is very important in writing.

As far as the listening and speaking sections are concerned, students must practice speaking in English with someone who is well versed in the language. Watching English movies with subtitles, listening to English radio stations will also help.

Due to the popularity of IELTS, professionals have taken the reigns of guiding and training students for the test. Students can now get in touch with experts so that they can be guided and instructed on how to prepare for the test and how to improve on their weaknesses in all the four sections.

Source: http://www.malaysia-students.com/

Friday, 16 October 2015

Mengumpul pahala tapi masih berbuat dosa

Friday, October 16, 2015 5

Apa yang dimaksudkan dengan SUPIK BOCOR? Di Kelantan, supik bocor bermaksud beg plastik yang bocor atau tiris airnya. Dalam konteks amalan kita, supik bocor membawa maksud seseorang itu yang membuat amalan kebajikan, sunnah dan sebagainya tetapi pada masa yang sama membuat dosa dan amalan mungkar! Tidakkah itu dinamakan perbuatan yang sia-sia? Jom kita hayati tazkirah ini. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.

Hati2 dengan supik bocor..

Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi membazir air..
(Supik bocor)

Kamu solat, sedekah, baca Quran, pergi haji n umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang..
(Supik bocor)

Kamu beri byk sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka..
(Supik bocor)

Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga..
(Supik bocor)

Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu..
(Supik bocor)

Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat..
(Supik bocor)

Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia..
(Supik bocor)

Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah..
(Supik bocor)

Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa)..
(Supik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam supik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Ya Allah, bantulah dan ampunilah kami yg sering alpa ini..Aamiin
Muhasabah buat diriku sendiri.

22 Zulhijjah 1436H...

Wednesday, 14 October 2015

Pesan guru kepada anak muridnya...

Wednesday, October 14, 2015 3


cikgu bukanlah sesiapa...cikgu hanyalah SESEORANG yang singgah dalam hidup kamu seketika cuma... bersama kamu sekejap sahaja... memberi tunjuk ajar... memarahi dan membetulkan bila kamu salah... menenangkan kamu bila kamu menghadapi kesulitan... cikgu tidak akan singgah lama menemani kamu. janganlah kamu bazirkan masa membenci guru yang memarahi kamu, berdendam dengan guru kerana menegur kamu. janganlah buang masa... menjalani zaman persekolahan kamu dengan hati yang sentiasa tidak tenang...

Satu hari nanti kamu akan tinggalkan saya di sini dan pergi meneruskan kehidupan kamu. hargailah masa-masa yang kamu ada. percayalah... zaman persekolahan adalah zaman yang terindah. Bila dewasa kelak, kamu akan teringin kembali ke zaman persekolahan.

Saya sayang kamu semua. marah saya sebab sayang. teguran saya sebab ambil berat. senyuman saya harap menenangkan kamu. jenaka saya untuk kenangan terindah suatu masa kelak. dan hadirnya saya.. harap dihargai kamu semua.. sebab saya hanyalah seseorang yang singgah menemani kamu untuk seketika sahaja...

Friday, 9 October 2015

Caj Astro HD kini RM25 sebulan

Friday, October 09, 2015 2

Apabila memiliki TV LED dengan melanggan siaran ASTRO sudah tentu datang keinginan untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik daripada TV LED dan perkhidmatan HD tersebut. Pada awal 2013 abam kie melanggan siaran HD dengan ASTRO dengan membayar RM20 sebulan. Selepas setahun didapati jumlah itu sudah tidak dicajkan ke dalam bil ASTRO Abam. Sukanya hati sebab bil sudah turun. Jimat la sikit dan kurang beban... 

Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Pada Julai lalu abam kie mendapati bil ASTRO naik mencanak. Biasanya bayar RM42.50 je sebulan. Tetiba je bulan tu naik sampai RM68.85. Geram tul lalu dengan pantasnya abam menelefon ASTRO. Abam ceritakan tentang masalah bil yang mencanak2 tu. Kemudian staff ASTRO tu citer selama 18 bulan abam kie dapat rebat yuran HD. Selepas tamat tempoh itu caj RM25 akan dicajkan semula! Terkejut sakan abam!

Terfikir gak nak tutup langganan saluran HD tu. Tapi bila memikirkan anak2 suka tengok CH393 dan abam suka channel 721, 729 dsb maka niat itu terbantut. Ialah kan, x best la tengok saluran family favourites saja kan? Macamana dengan kawan2 sekalian? Adakah perlu melanggan perkhidmatan HD ini?  

Wednesday, 7 October 2015

40% Lelaki Dewasa Malaysia Alami Mati Pucuk

Wednesday, October 07, 2015 2

Assalamualaikum. Tentu kawan2 terkejut bila membaca tajuk entri di atas kan? Tak kira lelaki atau perempuan memang mendapati tajuk ini relevan kepada kehidupan seksual mereka. Entri ini khas untuk mereka yang sudah berumahtangga. Kepada yang belum tu boleh gak baca sambil sembunyi2. heheheheh. Pertama sekali apakah itu 'mati pucuk'? Definisi mati pucuk ialah 'Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks'.

Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

Sekarang mari kita tengok sebab-sebab mati pucuk:

1. Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
2. Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
3. Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
4. Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
5. Kegagalan hati dan buah pinggang
6. Penyakit Parkinson
7. Angin ahmar
8. Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
9. Kesan sampingan ubat-ubatan

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

Antara simptom mati pucuk ialah:

1. Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
2. Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
3. Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks

Komplikasi dari mati pucuk ialah seperti berikut:

1. Kemurungan
2. Kebimbangan semasa hubungan
3. Masalah perkahwinan
4. Rasa rendah diri
5. Kualiti hidup rendah / kurang

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat boleh diambil pada peringkat awal mati pucuk iaitu dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti:

1. Berhenti Merokok
2. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
3. Meningkatkan aktiviti fizikal
4. Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
5. Pengurusan stres yang lebih sistematik.

Rawatan Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut)

Pencegahan

1. Berhenti merokok dan mengambil alkohol
2. Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima
3. Mengamalkan cara hidup yang sihat
4. Pengendalian stress yang lebih berkesan.

Semoga entri yang abam kie kongsi hari ini dapat memberikan panduan kepada sahabat blogger sekalian dalam menangani masalah mati pucuk ini. Terima kasih.

Monday, 5 October 2015

Getting Thrifty in Your 40s

Monday, October 05, 2015 3

Jobs with good pay are hard to come by, money flows faster than water and with the ringgit going steadily downhill, one can't help but to worry about the current financial situation in Malaysia.

It seems that a change of lifestyle is in order if one is to cope with the deteriorating state of finances in our beloved country.

I admit: I am a late bloomer when it comes to finances. Despite passing the 40 mark I didn't have the rosiest of bank balances. I am a married man with a decent salary but very little of it was saved and almost none invested.

When I heard my friends talking about upgrading their homes and cars; I realised I was missing out because I hadn't been more prudent with my money.

The change was hard but I lived through many nights of crying over the fine dinner I was missing with my colleagues or the new handphone I couldn't afford but the thrifty lifestyle soon became a norm and things got a lot easier.

If you're a late bloomer just like me: here are some of the tips I held close to my heart when getting my financial house in order.

Lesson 1: It's NEVER Too Late to Save

While it is ideal to start saving during your 20s, not everyone may have had the means or thoughts of the future on their mind at the time. In your 20s, you might not earn as much or are too busy paying off your PTPTN loan to find your financial groove.

Many people are discouraged by their age and think: if I haven't got my head around all of this - I never will. That's not true and your pessimism will be your biggest stumbling block.

It's better late than never so don't let negative Nellies get you down!

Lesson 2: You Can Save Without Sacrificing Pleasure

If your budget has been written right; there's always a bit of cash for fun. While you might think this is not the thrifty way, it is certainly more realistic to make sure you have a healthy balance rather than suffer burnout midway through your goals.

Allocate a sum you can afford and stick to it. It will be difficult in the beginning but not nearly as bad as if you had cut out entertaining budgets completely.

Lesson 3: Keep to a Specific Budget

That said, having a budget that you keep to is imperative. But you probably already knew this. Keeping track of the ins and outs did wonders to my spending psychology.

Lesson 4: No Amount is Too Small to Save

Just like no age is too old; no sum is too small when you are looking to correct financial mismanagement. Even if you save RM5 everyday from foregoing your evening snack or tea - it will add up in the long run.

No amount is too small and every ringgit and sen counts!

Lesson 5: Online Banking is the Way to Do it

Missing payments or worse, getting mugged at ATMs is no way to be doing your banking when you could save so much time, effort and money by using online banking.

Pay your bills, loans and everything else this way and watch your fuel spend go down along with your late fees.

Lesson 6: Procrastinate When it Comes to Shopping

Impulse buys are a big no-no! Always deliberate carefully when you are about to buy something. You will often find that if you let the urge to shop pass - it will most likely not return.

Not only will pausing the purchase potentially save you money; you'll avoid the uncomfortable feeling of buyer's remorse. If you wait and still want the item - you can then think about how to finance it because you will know you really want it and it isn't just a passing fancy.

Lesson 7: Secondhand is Not Second Best

Whether it's clothes or household items, buying secondhand should always be considered. Not only can you score a bargain - you're doing the environment a huge favour by not adding to a landfill!

You can find good quality items at bundle shops and cash converters or if you trawl the 'want to sell' pages online. Keep an eye out for people moving out as they are sure to want to discard something or the other to reduce their moving costs.

Lesson 8: Home, Single and Small

Being single allows one to adapt to smaller homes. There is no use in renting a big house with extra space, which you will only end up filling with more clutter.

Downsize your living arrangements and see just how much you can save from it all.

Lesson 9: Stop Being Air-Conned

It's no secret how hot Malaysia can get and to have an air-conditioner seems more like a necessity rather than a luxury. But using an air-conditioner can run up your electricity bill like crazy.

Cut the bill in half by using fans or 'natural' coolants like the breeze if you live in a high-rise building. Many condo units on higher floors benefit from a really cool breeze so if you are lucky enough to find one - do make the most of it!

Lesson 10: Find Cheap Alternatives

When you've got a budget to work in - you'll find yourself keeping your eyes peeled for better buys and bargains. There are always cheaper alternatives if you care to look for them.

Could you buy generic store brand detergent instead or branded? Perhaps you can carpool with a colleague instead of driving to work everyday. Maybe you could give up your hefty gym membership and take on housework and stair climbing as a means to keep fit.

However, do note your limits. Don't find alternatives for things that could detrimentally affect your health and safety. The money saved is not worth that!

Lesson 11: Invest!

It doesn't matter how averse to risk you may be - there is an investment type/account for everyone. Once your savings are at an impressive level, it's not enough to simply let it sit.

Inflation is eroding your money value every day so you need to make sure it can at least hold a portion of it's value as time passes. This means investing your savings.

No matter what age you are at and whether you want to lead your life being thrifty or already are, remember it is never too late to start working towards a better future.

Thursday, 1 October 2015

TIGA SEBAB KUCING DATANG KEPADA KITA

Thursday, October 01, 2015 9


This is something good to read. Please go through this post.

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan. Allah maha mampu memberi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah berikan kepada kita. Rezeki itu luas bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai mengucapkan terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.