Assalamualaikum. Tentu kawan2 terkejut bila membaca tajuk entri di atas kan? Tak kira lelaki atau perempuan memang mendapati tajuk ini relevan kepada kehidupan seksual mereka. Entri ini khas untuk mereka yang sudah berumahtangga. Kepada yang belum tu boleh gak baca sambil sembunyi2. heheheheh. Pertama sekali apakah itu 'mati pucuk'? Definisi mati pucuk ialah 'Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks'.

Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

Sekarang mari kita tengok sebab-sebab mati pucuk:

1. Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
2. Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
3. Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
4. Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
5. Kegagalan hati dan buah pinggang
6. Penyakit Parkinson
7. Angin ahmar
8. Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
9. Kesan sampingan ubat-ubatan

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

Antara simptom mati pucuk ialah:

1. Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
2. Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
3. Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks

Komplikasi dari mati pucuk ialah seperti berikut:

1. Kemurungan
2. Kebimbangan semasa hubungan
3. Masalah perkahwinan
4. Rasa rendah diri
5. Kualiti hidup rendah / kurang

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat boleh diambil pada peringkat awal mati pucuk iaitu dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti:

1. Berhenti Merokok
2. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
3. Meningkatkan aktiviti fizikal
4. Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
5. Pengurusan stres yang lebih sistematik.

Rawatan Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut)

Pencegahan

1. Berhenti merokok dan mengambil alkohol
2. Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima
3. Mengamalkan cara hidup yang sihat
4. Pengendalian stress yang lebih berkesan.

Semoga entri yang abam kie kongsi hari ini dapat memberikan panduan kepada sahabat blogger sekalian dalam menangani masalah mati pucuk ini. Terima kasih.