Friday, 30 January 2015

Pesanan ustaz-ustaz terkenal mengenai solat

Friday, January 30, 2015 7

Assalamualaikum,

Solat itu tiang agama. Jika solat ditinggalkan nescaya amalan2 lain tidak akan diterima oleh Allah. Jadi jom kita cepat2 pi solat. Kalau boleh, solatlah berjemaah di masjid atau surau berhampiran. Baiklah, abe kie ingin berkongsi kata2 dan pesanan2 dari ustaz2 terkenal mengenai solat. Mohon baca ye/ Terima kasih.

 1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi berjemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati, mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, berdoa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.

     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani

10. Jangan cakap:"Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!" Tapi cakap:"Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol.

Rasulullah bersabda:

Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI


Wednesday, 28 January 2015

Kerana Rasulullah S.A.W melakukannya

Wednesday, January 28, 2015 9

Assalamualaikum,

Alangkah indahnya hidup berkeluarga sekiranya suami dan isteri saling membantu dalam melakukan kerja rumah seperti apa yg Abe Kie dan Kak Wan lakukan. Sekiranya ada kerjasama pasti segala tugasan akan cepat selesaikan? Jadi kalau nak tahu mengapa abe kie selalu menolong isteri di rumah, ini adalah sebab2nya. 

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.     

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.     

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.      

Indahnya hubungan, kalau kita mencontohi Bagindaاللهم صل على سيدنا محمد

Sunday, 25 January 2015

Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Sunday, January 25, 2015 9

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 semua? Pada hari minggu ini teringin pula abe kie nak join GA anjuran Cik Iqa. Khabarnya cik iqa baru balik dari Oman dan dia berkeinginan untuk bagi sedikit cenderahati kpd blogger2 yg bertuah. Harapnya abe kie salah seorang dari mereka. In shaa Allah. 

OKlah, cakap banyak tak guna. Jika kwn2 berminat nak join, sila klik banner di atas. Selamat mencuba!

Friday, 23 January 2015

10 Tanda Suami Curang Pada Isteri

Friday, January 23, 2015 7

Tanda suami curang kepada isteri, selalunya kita pasti terbaca si laman sesawang atau berita terkini kes suami curang. Yang pelik nya isteri dia tu cantik cun melecun tapi si laki tetap curang. Namun tak semua lelaki begitu dan tak semestinya isteri tak pandai curang kepada suami. Disini Abe Kie mahu kongsikan 10 tanda suami anda curang kepada anda.

Jangan ingat suami yang baik di depan anda tidak akan curang. Jangan pandang remeh, sebenarnya banyak tanda suami curang kepada isteri yang isteri sendiri yang tidak sedar. Percayalah suami yang tampak bagai seorang 'family-man' itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri. Ketahui 10 Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada  Affair Dan Skandal!!

1. Marah-marah bila isteri tanya suami kat mana.

Hastag: awak kat mana, sayang kat mana. Bila isteri tanya, 'Malam semalam pergi mana?'. Suami jawab, 'Eh, pergi rumah Marzuki la, tengok bola Machester United lawan Arsenal. Kalau tak percaya call Marzuki tu', sambil mendengus. Tengok nama Abe Kie juga yang jadi mangsa kan tolong cover line..ceh memang hampeh dapat kawan cam gini. Itu biasanya lelaki akan cuba mengelak pertanyaan dari wanita supaya tak kantoi.

Percayalah, bila lelaki bersikap defensif apabila ditanya ke mana dia pergi, itu adalah satu petanda yang tidak baik. Kalau betul, kenapa nak tinggikan suara kan.?

Lagi satu, suami ni sangat fobia dengan fungsi 'location tracking;. Fungsi ni memang ramai yang guna produk dari Maxis iaitu 'Friend Finder' akan membuat suami tidak senang duduk.

2. Menjadi sama ada lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri

Sangat pelik kalau suami tidak melayan isteri di ranjang untuk memenuhi tuntutan seksual. Sebab lelaki normal tidak akan menolak ajakan isteri untuk melayari bahtera rumah tangga.

Namun, apabila suami ghairah tidak bertempat, lain dari kebiasaan ia juga satu petanda dia menyimpan perempuan lain. Suami sebenarnya rasa bersalah dan ingin menebus kesalahan dengan melayani isteri sebaiknya. Lebih teruk, apabila suami telah bersama dengan skandalnya tu, ia akan menaikkan hormon testosteron. Dan isteri di rumah lah yang menjadi mangsa rakusnya, walaupun ia halal.

3. Tiba-tiba berperwatakan kemas dan berpenampilan menarik

Kalau dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang tiba-tiba  suami 'tuck in' baju ke dalam seluar. Baju kemeja ata t-shirt, hatta jika ingin ke kedai, suami akan seterika sendiri. Sebelum ni bau minyak wangi pun tak boleh, hari ni dah pandai pakai minyak wangi juga sudah pandai beli sendiri. Seluar kecik sebelum ni isteri yang pilih dan belikan, sekarang suami dah pandai memilih. Janggut dan misai pun dah pandai 'trim'.

Hati-hati la yer wahai kaum hawa. Pada zahirnya nampak seperti perubahan positif, sebenarnya 'ada udang disebalik batu'.

4. Perubahan sikap suami yang ketara

Sekadar peringatan untuk kaum hawa, antaranya tanda lain ialah 'mood' suami juga berubah-rubah. Hurm sekejap baik sekejap melampau, sekejap kasar. Sekejap marah, sekejap tak marah. Sekejap cium isteri, sekejap malas nak pandang isteri. Kenapa ye..? Biar Abe Kie bagitahu rahsia dia sebenarnya perkara kat atas berlaku disebabkan dalam hati suami ada orang perempuan dalam sesuatu masa, dia rasa tak dan cemas.

5. Sudah pandai bawa telefon bimbit dalam tandas

Takkan nak masuk tandas pun bawa telefon..? Buat apa nak bawa 'handphone' dalam tandas. Pelik kan.. selalunya alasan suami untuk bermain game ' Clash Of Clan' atau game-game lain itu sekadar contoh aje. Tak usah percaya sebab tu adalah satu penipuan yang perlu diselidik. Suami sebenarnya ambil peluang untuk bermain mesej dengan skandalnya dari pengetahuan isteri dan anak-anak.

6. Telefon bimbit ada kata laluan

Pasangan suami isteri sepatutnya sentiasa berterus-terang antara satu sama lain. Tiada rahsia perlu disimpan. Jadi apabila suami meletakkan 'password' pada handphone dengan alasan takut anak 'delete' mesej penting adalah karut semata-mata.

7. Menjadi seorang perahsia dan tidak mahu bercakap

Selalunya, suami akan bercerita apa yang berlaku di pejabat. Apabila dia tidak lagi mahu bercakap dengan isteri dan mula berahsia tentang aktiviti hariannya, isteri patut selidik. Suami akan berkata dia sebenarnya penat dan perlukan rehat. Sebenarnya, dia penat untuk melayani dan mencintai dua perempuan dalam satu-satu masa.

8. Asyik suruh isteri balik rumah mak

Dulu selalu marah bila isteri ingin melawat mak dan ayah. Sekarang asalkan hujung minggu sahaja, nak hantar isteri dan anak-anak balik kampung. Apatah lagi cuti sekolah. Kalau boleh sepanjang cuti sekolah dia mahu bersendirian. "Ada banyak kerja, selalu balik lambat". Alasan yang tak munasabah.
Dulu tidak pernah tolong 'packing' beg untuk balik kampung. Sekarang suami terlebih rajin pula tolong isteri siapan beg, kemaskan baju dan permainan anak untuk di bawa pulang.

9. Naluri seorang ibu, '6th sense' atau 'woman instinct'

Ini ialah tanda yang paling jelas dan terakhir. Bila isteri " Macam ada something yang tidak kena je", sebenarnya memang ada sesuatu yang tidak kena. Jarang sesekali telahan isteri itu salah. Rasanya tak perlu dipertikai kan lagi setiap isteri memang dikurniakan deria keenam yang tiada siapa boleh menidakkannya.

10. Terlebih 'caring; pada isteri

Selalunya, suami kita tak bergitu. Tiba-tiba sahaja, dia berubah menjadi baik. Kalau berlaku perubahan mendadak sebegini, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Orang bila dilamun cinta, begitulah hendaknya. Senyum memanjang. Bila bersama isteri sendiri, dia teringat bersama 'skandal'. Sebab itulah asyik senyum je. Hi nama pun dah lelaki, cukup mudah ditafsir apatah lagi yang menaip artikel ini juga adalah seorang lelaki hensem.. (tolong jangan muntah, ok?)

Masalah ni memang selalu terjadi, tak kira anda berstatus seorang datin sekalipun. Selalunya lelaki curang sewaktu isteri dalam keadaan berpantang selepas bersalin. Sebab waktu tu isteri tak dapat beri apa yang suami mahukan so si laki ni akan cari wanita lain yang boleh penuhkan kehendaknya.. 

Jaga-jaga ye sekadar peringatan bersama. Akhir kata dari Abe Kie semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami. Sama-sama kita berdoa agar dapa melayari rumah tangga yang harmoni dan bahagia.

Wednesday, 21 January 2015

Menyambut Hari Lahir Lili di Pizza Hut

Wednesday, January 21, 2015 8


Sebelum menjamu selera kena snap satu foto dulu....

Assalamualaikum. Pada 17 Januari lalu Nur Alis Dalili genap 9 tahun. Biarpun masih kanak-kanak namun beratnya sudah mencecah 64kg. Pelbagai cara yang saya, mummy dan umminya buat untuk mengawal nafsu makannya yang keterlaluan namun gagal. Setahu abe kie, dialah budak perempuan tahun tiga tergemuk di sekolahnya.



Dari kiri: Nur Anis Dalilah, Nur Alis Dalili dan Nur Alin Dahlia.

Pada 18 Januari iaitu sehari selepas hari lahirnya, abe kie membawa Alis, Anis dan Alin ke restoran Pizza Hut untuk menikmati dua keping pizza dan hidangan sampingan. Maka tahun ini abe kie terlepas menonton Anugerah Juara Lagu. Tak apalah, abe kie dah kurang minat hburan setelah mencecah 41 tahun ni. 


Dah hampir sebulan kami mendirikan rumah tangga

Akhir sekali sempat gak abe kie dan kak wan enterframe dalam blog ini. Dah hampir sebulan kami kahwin tapi majlis bertandang ke kampung abe kie belum diadakan. Maklumlah rumah abe kie belum siap dikemaskan lagi selepas banjir baru2 ni. Siapa2 yg nak dtg kenduri kami tu sila confirm kehadiran anda, ok? Thank you in advance. 

Monday, 19 January 2015

Fadhilat Mencium Anak, Isteri Dan Suami

Monday, January 19, 2015 9

As'salamualaikum wbt...

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt BAHAGIA SELAMANYA***

i) Fadhilat Cium ANAnK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.

Brg siapa keluar ke pekan dan membeli barang2 dan kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah dan tdk diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau dikucup dahi isteri.


Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadhilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt pahala kpd suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
*************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota:

Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...

Klu dah mati bru nk cium dan peluk...itu dah takde maknanya lg. Dah jd mayat kaku...takde rasa apa selain kesal.

😔😔😔😔😔

Friday, 16 January 2015

Jangan menunjuk-nunjuk di laman sosial

Friday, January 16, 2015 11

Perkongsian hari ini..untuk kita semua.

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..

kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan nanti kawan sedih nak beli kerana mungkin mak ayahnya tak mampu..

Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nanti dia terliur..
betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.


Tapi kini..tanpa kita sedari.. melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'.. beli barang baru, upload gambar..,sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak-banyak, upload gambar.. dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank..anak dapat result exam bagus, upload result anak; banyak lg yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli.. ada antara mereka yg lihat gambar makanan yg kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan..
ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada dikalangan mereka yang baru diberhentikan kerja.. ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada dikalangan mereka dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada dikalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya...

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia..
Apa yang lepas itu biarkan ia berlalu.. marilah sama2 kita berusaha ke arah kebaikan..😇

Wednesday, 14 January 2015

Lelaki vs Perempuan

Wednesday, January 14, 2015 10

Assalamualaikum,

Ada sebilangan kecil kaum wanita yang mengeluh kerana kesukaran bergerak dan mengatur hidup di dunia ini kerana kekangan2 seperti terpaksa menutup aurat setiap masa, susah untuk bermusafir sendirian dan terpaksa melayan dan patuh kepada suami. 

👦  LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
🍀 Tidak payah pakai TUDUNG...
🍀 Tidak payah pakai STOKIN...
🍀 AURAT senang dijaga ...
🍀 Tidak risau dengan FITNAH...
🍀 MUDAH nak buat apa sahaja..

📢 Tapi di AKHIRAT:-
👉 Tanggung dosa DIRI SENDIRI..
👉 Dosa ISTERI...
👉 Dosa ANAK-ANAK ..
👉 Dosa TANGUNGJAWAB yang TIDAK DIBUAT..
👉 DOSA TIDAK MEMBERI NAFKAH..
👉 DOSA TIDAK MENJAGA PANDANGAN...
👉 Dosa ADIK-ADIK...
👉 Dosa sesama MANUSIA...
👉 Dosa tidak SOLAT...

📢 SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...
👦👧 LELAKI dan PEREMPUAN masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL..
⭐🌙 Janganlah kita MERUNGUT dan TIDAK REDHA atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...
🌙⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH CIPTAKAN .
................ Allahurobbi..

Monday, 12 January 2015

31 Ciri Suami Idaman

Monday, January 12, 2015 6

Assalamualaikum

Dalam kehidupan berumah tangga perkara yang sering menjadi perhatian umum adalah bagaimana ciri-ciri isteri idaman. Hal ini terjadi kerana dipengaruhi oleh budaya masyarakat kita di mana pihak lelaki yang meminang wanita. Ertinya kuasa memilih lebih berada di tangan lelaki. Oleh itu lelakilah yang memilih calon isteri idamannya sedangkan pihak wanita tiada pilihan. Sebab itulah agaknya jarang dibincangkan bagaimanakah ciri-ciri seorang suami idaman.

Sebenarnya mencari atau mendapatkan seorang suami idaman itu lebih penting daripada mendapatkan isteri idaman. Ini kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada isteri, yang akan membimbing dan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hal ini Allah jelaskan dalam firman-Nya:

"Kaum lelaki adalah pemimpin atas kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain" (Surah an-Nisa' : 34)

Apakah ukuran suami yang idaman? Buku ini menggariskan ukuran suami idaman menurut kata mata Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w. Buat gadis-gadis yang bakal mendirikan rumah tangga buku ini akan memberikan pedoman buat anda untuk memilih calon suami yang bakal membahagiakan anda.

Buat pada lelaki dan suami... apa yang digariskan di dalam buku kecil ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi membentuk diri menjadi seorang suami idaman setiap para isteri. Dan buat para isteri hadiahkanlah buku ini buat suami tercinta.

Nota kaki: Abe Kie dah sebulan membeli buku ini namun belum sempat membacanya kerana sibuk membersih dan mengemaskan rumah. 

Friday, 9 January 2015

Majlis Perkahwinan Abe Kie dan Kak Wan

Friday, January 09, 2015 29


Assalamualaikum...

Setelah mengenali hati budi masing2 hampir 1 tahun 4 bulan maka abe kie dan kak wan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Perkenalan di sebuah laman sosial membibitkan rasa cinta antara kami biarpun pada mulanya abe kie keberatan untuk melamar kak wan kerana faktor jarak. Maklumlah kan dulu mahligai abe kie musnah dek faktor ini jadi abe kie takut terkena lagi. Namun melihatkan kesungguhan kak wan untuk berpindah ke negeri asal menyebabkan abe kie bersetuju menyunting kak wan sebagai isteri dan ummi kepada puteri2 abe kie. Kemesraan dan keprihatinan kak wan kepada anak2 sangat menyentuh hati abe kie. Dia menerima anak2 dara abe kie sebagai anak2nya sendiri. Iyalah kan, kami juga berhak bahagia seperti org lain. 


Setelah hasrat kami dimaklumkan kepada keluarga kedua2 belah pihak maka tarikh 24 Dis 2014 dipilih sebagai hari akad nikah diikuti majlis kenduri pada 25 Dis 2014. Namun siapa sangka, siapa menduga. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Pada tarikh tersebut banjir terburuk melanda Kelantan. Namun setelah mengharungi arus deras abe kie tiba di kampung kak wan untuk ijab dan kabul. Biarpun hanya yang wajib dibuat namun itu sudah cukup bagi menghalalkan perhubungan kami. The rest is history.

Akhir sekali doakan agar perkahwinan kami kekal ke Jannah. Aamiin..

Wednesday, 7 January 2015

Bilangan pengikut saya di laman sosial

Wednesday, January 07, 2015 9
Asssalamualaikum...

Apa khabar kwn2 yg dikasihi sekalian? Abe Kie harap semuanya sihat sejahtera pada awal tahun baharu 2015 ini. Abe Kie memiliki beberapa rangkaian sosial spt Facebook, Twitter, Instagram, Blogger dan Google+. Pada setiap rangkaian sosial ini abe kie memiliki pengikut atau follower tersendiri. Sama ada pengikut aktif atau pasif abe kie x kisah. Janji mereka mengikuti perkembangan abe kie di rangkaian sosial berkenaan.

Sekarang abe kie senaraikan bilangan pengikut abe kie di laman2 sosial berkenaan setakat hari ini.

Facebook: 2150 orang
Twitter: 279 orang
Instagram: 659 orang
Blogger: 786 orang
Google+: 607 orang

Terima kasih kepada pengikut2 abe kie yg dihormati sekalian. Kesetiaan anda amatlah abe kie hargai.

Monday, 5 January 2015

Angka lima dalam Islam

Monday, January 05, 2015 8

✅ Angka 5 memainkan peranan penting di dalam Islam. Cuba kwn2 hayati apakah lima perkara tersebut:

▶ 5 waktu solat fardhu WAJIB didirikan.

▶ 5 Rukun ISLAM.

▶ 5 Hukum syariah Islamiah;
🔺 Wajib
🔺 Haram
🔺 Sunat
🔺 Makruh
🔺 Mubah (harus).

▶ Ingat 5 prkra sblm 5 prkra:
Masa sihat sblm sakit;
Masa kaya sblm miskin;
Masa lapang sblm sibuk;
Masa muda sblm tua;
Masa hidup sblm mati.

▶ 5 peperangan besar dlm ISLAM;
√ Perang Badar
√ Perang Uhud
√ Perang Khandak
√ Perang Muktah
√ Perang Hunain

▶ 5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI
✔ Nabi Nuh a.s
✔ Nabi Ibrahim a.s
✔ Nabi Musa a.s
✔ Nabi Isa a.s
✔ Nabi Muhammad SAW

▶ 5 Perkara yang WAJIB disegerakan.
1) Wajib segerakan memberi makan apabila tetamu datang ke rumah.
2) Wajib segerakan urusan ke atas jenazah.
3) Wajib segerakan anak gadis nikah jika baligh.
4) Wajib segerakan bayar hutang jika telah mampu.
5) Wajib segerakan TAUBAT atas pelbagai dosa lepas.

▶ 5 Dosa Besar yang Utama;
🎈 Syirik kepada Allah,
🎈 Derhaka pada  ibubapa
🎈 Tinggal Solat Fardhu
🎈 Makan Harta Anak Yatim
🎈 Bunuh jiwa yang Islam

dan terdapat 70 dosa besar lain yang juga wajib ditinggalkan.
▶ 5 perkara yang dicintai dan 5 perkara yang dilupakan pada akhir zaman.

🔺 Mencintai Dunia dan melupakan Akhirat.
🔺 Mencintai Hidup dan melupakan Mati.
🔺Mencintai harta benda dan melupakan Hisab.
🔺 Mencintai beli-belah dan melupakan Kubur.
🔺 Mencintai Makhluk dan melupakan Khalik yakni Allah s.w.t

♦ Mohon panjangkan perkongsian ini kepada sesiapa shj. Terima kasih.

Friday, 2 January 2015

Jelaskan bil utiliti anda dengan Maybank Autopay

Friday, January 02, 2015 5

Assalamualaikum. Abe Kie ialah pemegang kad kredit Maybank sejak 2000. Dahulu abe kie guna kad kredit konvensional. Kini abe kie telah beralih kpd kad kredit Islamik iaitu Visa Ikhwan Platinum. Diantara ciri2 terbaik kad kredit Maybank ialah kemudahan pembayaran bil utiliti secara automatik. Abe Kie sendiri membayar bil TNB, TM, Maxis, Astro dan MAA Takaful secara autopay. Mudah sgt sbb pada akhir bulan abe kie cuma settle bayaran kad kredit aje. X perlu beratur di pejabat pos atau buka Maybank2U. Cuma bil air Kelantan je abe kie bayar melalui M2U. Yg paling best perkhidmatan autopay ni percuma dan memudahkan kerja seharian abe kie!

Untuk memohon servis autopay ni abe kie cuma perlu hubungi Maybank atau penyedia2 perkhidmatan yang tersebut di atas. Dalam masa dua minggu perkhidmatan ini sudah boleh beroperasi. Baiklah, selamat mencuba!