Assalamualaikum

Dalam kehidupan berumah tangga perkara yang sering menjadi perhatian umum adalah bagaimana ciri-ciri isteri idaman. Hal ini terjadi kerana dipengaruhi oleh budaya masyarakat kita di mana pihak lelaki yang meminang wanita. Ertinya kuasa memilih lebih berada di tangan lelaki. Oleh itu lelakilah yang memilih calon isteri idamannya sedangkan pihak wanita tiada pilihan. Sebab itulah agaknya jarang dibincangkan bagaimanakah ciri-ciri seorang suami idaman.

Sebenarnya mencari atau mendapatkan seorang suami idaman itu lebih penting daripada mendapatkan isteri idaman. Ini kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada isteri, yang akan membimbing dan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hal ini Allah jelaskan dalam firman-Nya:

"Kaum lelaki adalah pemimpin atas kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain" (Surah an-Nisa' : 34)

Apakah ukuran suami yang idaman? Buku ini menggariskan ukuran suami idaman menurut kata mata Islam berlandaskan al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w. Buat gadis-gadis yang bakal mendirikan rumah tangga buku ini akan memberikan pedoman buat anda untuk memilih calon suami yang bakal membahagiakan anda.

Buat pada lelaki dan suami... apa yang digariskan di dalam buku kecil ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi membentuk diri menjadi seorang suami idaman setiap para isteri. Dan buat para isteri hadiahkanlah buku ini buat suami tercinta.

Nota kaki: Abe Kie dah sebulan membeli buku ini namun belum sempat membacanya kerana sibuk membersih dan mengemaskan rumah. 

6 Comments

  1. Malangnya lelaki idaman itu tidak pernah wujud dan tidak akan mahu diwujudkan oleh sesiapa dalam masyarakat ini.

    ReplyDelete
  2. baca dulu lah... nanti share kat sini ngan semua orang... gimana sekalipun suami idaman tu takkan pernah sama pada setiap wanita atau orangtua wanita tersebut... sentiasa berubah2 spesifikasinya dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  3. sebelum berkahwin,saya tak pernah letak syarat untuk lelaki idaman.Cukuplah meyakini bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.So, bila jumpa seorang yang baik,lakukan solat istikharah untuk memastikan keputusan kita memilih pasangan adalah tepat.

    ReplyDelete
  4. semoga buku tu benar2 beri kesan kepada bakal2 suami diluar sana..ewah

    ReplyDelete
  5. Jadi panduan kpd Abe Kie dan para lelaki di luar sana :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.