Assalamualaikum...

Setelah mengenali hati budi masing2 hampir 1 tahun 4 bulan maka abe kie dan kak wan mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Perkenalan di sebuah laman sosial membibitkan rasa cinta antara kami biarpun pada mulanya abe kie keberatan untuk melamar kak wan kerana faktor jarak. Maklumlah kan dulu mahligai abe kie musnah dek faktor ini jadi abe kie takut terkena lagi. Namun melihatkan kesungguhan kak wan untuk berpindah ke negeri asal menyebabkan abe kie bersetuju menyunting kak wan sebagai isteri dan ummi kepada puteri2 abe kie. Kemesraan dan keprihatinan kak wan kepada anak2 sangat menyentuh hati abe kie. Dia menerima anak2 dara abe kie sebagai anak2nya sendiri. Iyalah kan, kami juga berhak bahagia seperti org lain. 


Setelah hasrat kami dimaklumkan kepada keluarga kedua2 belah pihak maka tarikh 24 Dis 2014 dipilih sebagai hari akad nikah diikuti majlis kenduri pada 25 Dis 2014. Namun siapa sangka, siapa menduga. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Pada tarikh tersebut banjir terburuk melanda Kelantan. Namun setelah mengharungi arus deras abe kie tiba di kampung kak wan untuk ijab dan kabul. Biarpun hanya yang wajib dibuat namun itu sudah cukup bagi menghalalkan perhubungan kami. The rest is history.

Akhir sekali doakan agar perkahwinan kami kekal ke Jannah. Aamiin..

29 Comments

  1. Tahniah Abe Kie..umur bukan penghalang..semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki..Selamat Pengantin Baru Abe Kie dan Kak We

    ReplyDelete
  2. Tahniah ya abe..selamat pengantin baru..semoga kekal bahagoia hingga selamanya..jaga hati isteri pupuk kasih sayang usah ego..selalu berselawat ke atas nabi dan pelihara keluarga dengan penuh ikhlas dan kasih sayang...tahniah

    ReplyDelete
  3. ni lah peluang lahirkan zuriat yang sihat solleh sakinah..kena rancang tul2 sebeb peluang abe tau..amalkan yang baik2. Abe nak tak oder pallas frime ..terbaik tau..orignal dan tak ada kesan sampingan..abe kena positif hal kaum adam ni..nak tak..kalau nak Etuza bagi murah ja ya,....Etuza amalkan..alhamdulillah sihat..

    ReplyDelete
  4. maaf lah jika abe tak dapat terima jika kat sini infor produk ni..pada Etuza ok ja kat ulasan..

    ReplyDelete
  5. Barakallahu Lakuma Fii Khair abe kie.. semoga perkahwinan ini akan kekal hingga ke jannah . AMin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Selamat pengantin baru Abe kie dan Kak Wan

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.
    semoga kekal hingga akhir hayat.
    http://jmbelog.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Tahniah Abe Kie dan Kak Wan...Selamat pengantin baru. InsyaAllah, ibuhana doakan semoga perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi Allah selalu..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Abg Kie & Kak Wan...
    Semoga berbahagia hingga jannah :)

    ReplyDelete
  10. tahniah abe kie
    selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  11. Barakallahum...

    Tahniah.
    Akhirnya merasa menikah satu lagi ya.
    Hehehe

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah yer Abe Kie.. Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum Abe kie...tahniah2 yer moga jodoh kekal hingga hujung nyawa...:)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. semoga bahagia hingga syurga.. tahniah abe kie... :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah dan tahniah..
    Tak tau pun abe kie ni duda sbl ni, tahniah kerana gigih membesarkan anak2 sendirian, moga lepas ni ada baby baru,inshaa Allah...

    ReplyDelete
  16. tahniah abe kie moga kekal bhgia selamanya...

    ReplyDelete
  17. Tahniah sekali lg Abe Kie...moga bahagia...
    Saya kat Laguna. Air dah ada ke kat T.M?..

    ReplyDelete
  18. Sekalung tahniah dari Warna Nostalgia. Semoga bahgia hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.
    tahniah abe kie dan kak wan.
    semoga rumahtangga yang baru dibina terus disinari sakinah mawaddah wa rahmah. InsyaAllah

    ReplyDelete
  20. Tahniah abe kie. Semoga kebahagiaan kekal hingga ke syurga. Tumpang gembira mendengar perkhabaran ini

    ReplyDelete
  21. Selamat Pengantin Baru buat Abe Kie ^-^

    ReplyDelete
  22. Semoga perkahwinan Abe Kie dan Kak Wan sentiasa bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..Amiin..:)

    ReplyDelete
  23. tahniah buat abe ki dan kak wan..semoga berbahagia hingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  24. suka lagi love story cenggini.. semoga berkekalan :D

    oh ye yg segmen haritu salah copy link.. T_______T

    ni link nya : http://cikimanbobe.blogspot.com/2015/01/first-and-simple-giveaway-oleh-cik-iman.html

    ReplyDelete
  25. Tahniah... Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  26. Tahniah abam kie. Semoga jodoh berpajangan, amiinn
    suka bila terbaca kisah2 cinta sebegini, buat saya rasa muda kembali, kikikiii

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.