cikgu bukanlah sesiapa...cikgu hanyalah SESEORANG yang singgah dalam hidup kamu seketika cuma... bersama kamu sekejap sahaja... memberi tunjuk ajar... memarahi dan membetulkan bila kamu salah... menenangkan kamu bila kamu menghadapi kesulitan... cikgu tidak akan singgah lama menemani kamu. janganlah kamu bazirkan masa membenci guru yang memarahi kamu, berdendam dengan guru kerana menegur kamu. janganlah buang masa... menjalani zaman persekolahan kamu dengan hati yang sentiasa tidak tenang...

Satu hari nanti kamu akan tinggalkan saya di sini dan pergi meneruskan kehidupan kamu. hargailah masa-masa yang kamu ada. percayalah... zaman persekolahan adalah zaman yang terindah. Bila dewasa kelak, kamu akan teringin kembali ke zaman persekolahan.

Saya sayang kamu semua. marah saya sebab sayang. teguran saya sebab ambil berat. senyuman saya harap menenangkan kamu. jenaka saya untuk kenangan terindah suatu masa kelak. dan hadirnya saya.. harap dihargai kamu semua.. sebab saya hanyalah seseorang yang singgah menemani kamu untuk seketika sahaja...