Abam Kie tinggal di pinggir pekan Tanah Merah, Kelantan. Lot rumah ini abam beli pada tahun 2005 dengan harga RM38K. Luasnya cuma 5500 kaki persegi. Cukuplah untuk dibina sebuah banglo kecil berukuran 2000 kaki persegi. Banglo ini siap diduduki pada pertengahan 2007. Abam suka bercucuk tanam di halaman rumah namun ruang yang sempit sedikit sebanyak menghalang minat abam untuk berbakti kepada tanah.

Abam dan isteri selalu membeli sayuran dari pasar. Namun kami mula ingin berjimat. Lalu abam kie meminta beberapa batang serai dari akak cleaner di sekolah.Lalu abam menanam serai2 tersebut di dalam pasu dan bekas terbuang.  Dapatlah 9 bekas semuanya. In Shaa Allah bila serai2 itu besar dan tinggi dapatlah abam merasa hasilnya. Tak perlu lagi membeli serai dari pasar. Jimat bukan? 

Selepas ini abam bercadang untuk menanam pokok cili api pula. Kalau ada pokok lada sendiri kan senang? Kalau nak guna dalam masakan cuma pergi petik aje kan? Bersamalah kita bercucuk-tanam bagi menjimatkan belanja dapur dan menambahkan bekalan oksigen ke udara. Jom!