Pada hari Selasa terakhir Ramadhan sekembalinya abe kie dari sekolah, isteri menghulurkan sepucuk surat daripada Ketua Wanita Umno Bahagian Tanah Merah. Katanya pada malam nanti akan diadakan majlis pengagihan sumbangan Hari Raya. Maka pada malamnya lebih kurang pukul 10, abe kie bergegas ke dewan serbaguna di kampung berdekatan untuk menerima sumbangan tersebut. Ramai sungguh org yg dtg. Al-maklumlah siapa tak nak barang free kan? Setibanya di sana, abe kie mendapat satu kotak yang tertera pelekat nama dan foto Ketua Wanita Umno berkenaan iaitu Cikgu Dayang. Terfikirlah dalam hati apakah isi kandungan kotak tersebut?


Setibanya di rumah apabila abe kie membuka kotak berkenaan barulah abe kie tahu isi kandungannya. Rupa2nya abe kie mendapat 3 buah periuk dan senduk. Hmmm...ok jugak la. Boleh guna untuk memasak rendang raya nanti. Barangan tersebut ditempah dari kedai 1Malaysia rupa2nya. Apa2 pun, terima kasih kepada cikgu Dayang dan barisan kempimpinan UMNO Bahagian Tanah Merah.