Assalamualaikum. Sudah lama abe kie bercita-cita ingin memiliki kabinet dapur atas bagi menyimpan barang2 yang memenuhi ruang stor rumah selama ini. Cuma bajet je yg x de. Jadi niat murni itu terpaksa ditangguhkan.



Mujurlah baru2 ini cik puan sudi berkongsi kos pemasangan kabinet berkenaan. Legalah sikit. Lalu kami pun meninjau2 tukang kabinet yang terbaik dan termurah di pasaran. Mujur jugalah boss cik puan pernah menggunakan khidmat seorang tukang kabinet yang terbaik di Kelantan ini. Lalu dia memperkenalkan kami dengan tukang tersebut yang bernama Abe Ya. Dia boleh dihubungi di 012-9286457. Lokasi kedai dia di Wakaf Bharu, Kelantan. Pada awal Mac lepas dia datang ke rumah untuk mengukur saiz kabinet.



Alhamdulillah, pada hari Sabtu terakhir bulan April, dua orang pekerja Abe Ya datang memasang kabinet berkenaan dari pukul 10 am hingga 5 pm. Lihatlah hasil kerja mereka. Berbaloikan dengan caj RM3670 tanpa GST? Kalau nak pasang kabinet, almari dan sebagainya bolehlah hubungi Abe Ya di talian tertera di atas. Terima kasih.
Letih