Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah 18 tahun berkhidmat sebagai pendidik, akhirnya abe kie dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Terima kasih kepada Allah s.w.t yang telah membukakan hati Pengetua dan Penolong Kanan sekolah abe kie untuk mencalonkan nama abe kie kpd PPD tahun lepas. 

Abe Kie mula berkhidmat sbg guru di SMK Majakir, Papar, Sabah pada 16 September 1997. Kemudian abe kie ditukarkan ke SMK Ayer Lanas, Kelantan pada 1 Jun 2001. Selepas itu abe kie berkhidmat di SMK Dato' Mahmud 2, Tanah Merah bermula 6 Januari 2004 sehinggalah sekarang.

Sesungguhnya APC ini akan menyemarakkan lagi semangat abe kie untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamiin...