Pada musim banjir besar hujung tahun lepas sebahagian daripada barang2 abe kie telah ditenggelami air sedalam paras lutut di dalam rumah. Antara barang2 yg rosak ialah album gambar semasa zaman kanak2, remaja dan universiti. Abe Kie cuba menyelamatkan mana2 gambar yg masih elok. Proses menyelamat amat sukar dan mengambil masa dua bulan.


1. Abe Kie menjemur album gambar itu bagi mengeringkan air yang memasuki foto2 kenangan terindah abe kie.



2. Mana2 foto yang masih boleh diselamatkan akan dipotong 'margin' atau birai tepi. Biasanya bahagian tengah foto masih elok.


3. Foto2 yg telah dipotong itu akan dibiarkan kering selama seminggu. Itulah lantai tempat memandikan jenazah abe kie nanti...



4. Kemudian foto2 tersebut akan diasingkan mengikut tahun..



5. Akhir sekali foto2 berkenaan akan ditampalkan di dalam foto yg baharu. Taadaa.....dah siapkan tutorial abe kie dalam bab menyelamatkan album gambar yang ditenggelami banjir. 

SELAMAT MENCUBA!