Pada musim banjir besar hujung tahun lepas sebahagian daripada barang2 abe kie telah ditenggelami air sedalam paras lutut di dalam rumah. Antara barang2 yg rosak ialah album gambar semasa zaman kanak2, remaja dan universiti. Abe Kie cuba menyelamatkan mana2 gambar yg masih elok. Proses menyelamat amat sukar dan mengambil masa dua bulan.


1. Abe Kie menjemur album gambar itu bagi mengeringkan air yang memasuki foto2 kenangan terindah abe kie.



2. Mana2 foto yang masih boleh diselamatkan akan dipotong 'margin' atau birai tepi. Biasanya bahagian tengah foto masih elok.


3. Foto2 yg telah dipotong itu akan dibiarkan kering selama seminggu. Itulah lantai tempat memandikan jenazah abe kie nanti...



4. Kemudian foto2 tersebut akan diasingkan mengikut tahun..



5. Akhir sekali foto2 berkenaan akan ditampalkan di dalam foto yg baharu. Taadaa.....dah siapkan tutorial abe kie dalam bab menyelamatkan album gambar yang ditenggelami banjir. 

SELAMAT MENCUBA!

10 Comments

  1. pasni album gambar kena letak tinggi-tinggi or balut ngan plastik..hehe

    ReplyDelete
  2. Kenangan2 yang sayang sekali jika tidak mampu diselamatkan..

    ReplyDelete
  3. rajinnya a.kie..klu cik nor lama dah buag..haha

    ReplyDelete
  4. album tu tanda memori yg terpahat kan..kalau album tu rosak memang rasa ralat sgt

    ReplyDelete
  5. FOTO2 YG SGT BRHRGA MERAKAM KENANGAN YA...

    ReplyDelete
  6. Sayangnya... tapi betullah mana yg boleh diselamatkan sebaiknya buat macam itu. Semuanya ada memori tersendiri pastinya.

    ReplyDelete
  7. kenangan yg terakam...
    walaupun lama, masih seronok untuk dibelek..
    pandai abe kie selamatkan..

    ReplyDelete
  8. apa kata amik gambar2 tu semua dah tu masukkan dalam satu blog sendiri... esok lusa boleh belek2 lagi... kat alam maya ni takleh kena banjir

    ReplyDelete
  9. Kena buat back up lepas ni... Takut kalau terjadi sekali lagi... :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.