Assalamualaikum. Pertama sekali abe kie ingin mengucapkan rasa terima kasih yang teramat kpd rakan2 blogger yg sudi meninggalkan komen di blog abe kie yg suam2 kuku ni. Namun begitu abe kie juga ingin memohon jutaan maaf kerana tidak sempat membuat kunjungan balas dan menulis komen di blog kwn2 sekalian. Ada beberapa sebab kenapa abe kie gagal berbuat demikian.

Pertama sekali abe kie baru sahaja berkahwin buat kali ke (sila isi sendiri).... jadi banyak masa dihabiskan untuk berbulan madu dengan isteri tersayang. Faham2 je la kan apa yg pengantin baharu lakukan...!!!! hehehehehehehehe. Lagipun abe kie seboleh2nya tak nak buka PC bila kak wan ada di rumah. Bukan takut kat dia cuma nak menghabiskan masa berkualiti dengannya.

Pas tu dalam rumah abe kie dinaiki air sehingga paras lutut semasa banjir lepas. Jadi abe kie dan kak wan kena membersihkan dan mengemaskan rumah terutama sekali pada hujung minggu. Dah lebih sebulan banjir berakhir namun kerja2 mengemas n membersih masih juga belum berakhir.

Tapi jangan bimbang, bila keadaan mengizinkan nanti abe kie pasti akan menjejak blog kwn2 dan menulis komen yang bernas. Sabar lah ye. I love you all .................!!!!!