Monday, 31 March 2014

Cara letak butang follower di sidebar



Assalamualaikum. Bertemu lagi di entri terkini blog Abe Kie. Pada kali ini Abe Kie nak bagi tutorial mudah cara-cara hendak meletakkan butang follower di sidebar. Sebagaimana kita maklum sejak akhir-akhir ini kita sukar nak follow blog org lain kerana masalah butang follower ni. Jadi sekarang Abe Kie nak bagi alternatif agar memudahkan org nak follow blog kita. 

Dulu2 abe kie x gemar kpd blogskin yg letakkan butang follower macam foto kat atas tu kerana abe kie x tahu sama ada abe kie sudah berjaya follow blog mrka atau tidak. Ini kerana avatar abe kie x terpamer di sidebar blog mrka. Tapi skrg baru abe kie sedar akan kegunaan butang tersebut.  

OKlah, kalau nak letak butang "Join this site" macam kat atas tu sila copy n paste kod HTML di bawah ke dlm sidebar kawan2. Tapi pastikan blog ID telah ditukar kpd yang kwn2 punya. Jangan guna yang abe kie punya itu i.e. blogID=8505379168878983145. Kemudian lihatlah hasilnya. Orait? Selamat mencuba. Kalau ada masalah silalah PM atau SMS Abe Kie. No HP ada kat bawah tu. hehehhehehehe..


Saturday, 29 March 2014

Memasang borang pesanan di blog


Salam kepada semua rakan blogger. Kawan2 perasan tak kat navigation bar kat atas tu ada menu 'Contact Me'? Widget itu abe kie baru letak semalam bagi memudahkan kwn2 PM (private message) kat abe kie. Kdg2 ada perkara yg kwn2 rasa x selesa utk dituliskan di ruangan komen, jadi itulah kegunaan utama contact form tu. Mesej yg dihantar akan terus masuk ke inbox Yahoo abe kie. Jika kwn2 nak tinggalkan link atau jejak boleh je gunakan contact form tu. Sudah tentu abe kie akan follow back blog kwn2 baru. You follow me, I follow you back. Abe Kie x berkira dlm hal folo memolo ni. X mcm sebilangan kecil blogger tu yang perasan bagus.




Abe Kie memang x bubuh chat box sbb terlalu byk spam yg masuk kat situ. Yg iklankan produk ubat kuat pun ada. Jrg benar yg 'genuine comments'. Buat menyemak cbox je. Jadi harapan abe kie agar kwn2 akan gunakan contact form yg abe kie dah buat tu. Kalau ada yg nak hantar secret love msg dan no HP pun buleh gak!  Gatalnya org tua ni. hehehehhee.. Sekian. Terima kasih.

Thursday, 27 March 2014

Mengambil keputusan SPM sekolah di PPD


Pada hari Khamis, 20 Mac 2014 keputusan SPM diumumkan di seluruh negara. Abe Kie dan 2 guru lain bersama pengetua telah pergi ke PPD Tanah Merah untuk mengambil slip keputusan SPM tersebut. Puan Pengetua telah menerima sampul berisi slip keputusan SPM 2013 dari Penyelia Peperiksaan PPD dan Abe Kie pula diberikan penghormatan untuk membuka sampul surat besar berkenaan.

Setelah dibuka terkejut juga kami kerana seorang pelajar mendapat straight As iaitu 11A dan tiga calon lagi mendapat 10A. Gred Purata Sekolah (GPS) kami ialah 4.60 iaitu yang terbaik di daerah Tanah Merah. Pengetua bersyukur dengan pencapaian yang memberangsangkan ini kerana pada tahun lepas kami menduduki tangga kelima.

Tapi Abe Kie bersedih dengan peratusan lulus Bahasa Inggeris yang turun kepada 70% berbanding 74% pada tahun sebelumnya. Cuma dua orang mendapat A untuk subjek ini. Rasanya Abe Kie sudah mencuba sehabis baik untuk membantu murid2 kelas 5 Sains 1 (kelas pertama) dan 5 Kr (kelas tercorot) tapi rasanya kejayaan itu belum berjaya dikecapi. Namun demikian Abe Kie bersyukur kerana semua pelajar dalam kelas 5 Sains 1 berjaya mendapat sekurang2nya gred C dalam subjek ini, bermakna mereka layak memohon ke program matrikulasi KPM. Pada tahun sebelumnya beberapa orang pelajar 5 Sains 1 gagal mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris. Bagi kelas 5 Kr pula, dua orang lulus subjek Bahasa Inggeris berbanding semua gagal pada SPM 2012. Bukankah itu dinamakan peningkatan kan?

Secara amnya Abe Kie kena berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan pencapaian subjek BI akan meningkat pada masa hadapan. Pray for me please.. Thank you in advance.

Tuesday, 25 March 2014

Tutorial Menangani Masalah Tidak Dapat Follow Blog


Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ini satu masalah yang menghantui para blogger ialah widget follower yang tidak berfungsi. Segala macam cara dibuat untuk mengatasinya namun gagal. Penganjur segmen GA dan BW memang terasa sebab syarat utama penyertaan ialah peserta kena follow blog mereka. Kalau x follow maka x sah lah kan? Peserta2 yg dah join dan buat BW mcm Abe Kie juga cukup tertekan dgn masalah ini. Mana taknya? Pada Sabtu dan Ahad lepas Abe Kie dah BW n follow hampir 20 blog. Namun setakat ini cuma 2 org je yg follow back gara2 masalah ni. Ada blogger yg tulis komen n bagitahu x leh follow blog Abe Kie. OKlah, saya faham. Itu di luar bidang kuasa kita. Tapi jangan berduka wahai kwn2ku sekalian! Kini Abe Kie sudah berjaya mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Jom ikuti tutorial mudah ini. X sangka plak guru TESL boleh jadi penyelamat masalah ICT sekejap. Oppss! Jangan takbur, ok?



1. Sebelum nak buat troubleshooting ini kawan2 mesti menggunakan browser Opera atau Chrome sahaja. Jika guna firefox dan Internet Explorer mahu pun fireflyz memang x boleh. Jadi sape yg belum muatturun Opera atau Google Chrome sila berbuat demikian skrg juga!!! Cuba tengok anak panah merah kat atas tu. Pada asalnya bil follower n32.blogspot.com ialah 421 sahaja. Pas tu mcm biasa klik butang 'Join this site'. 




2. Selepas klik butang 'Join this site' tadi maka akan keluarlah pop-up window spt gambarajah 2. Sila klik pada link 'More options' spt yg ditunjukkan oleh anak panah merah tu.




3. Selepas itu akan keluar pop-up window spt gambarajah 3. Sila klik pada butang 'Follow' spt yg ditunjukkan oleh anak panah.




4. In Sha Allah, selepas klik butang 'Follow' tadi maka kwn2 akan berjaya melihat pop-up window spt di atas tandanya blog itu berjaya kita follow. Yahoo! Pakcik buleh buat! Klik aje butang 'Done'.




5. Selepas itu pop-up window tadi akan hilang dan skrin akan kembali spt asal dimana ia menunjukkan bilangan penambahan bil follower kpd 422. Itu tandanya misi Abe Kie tadi sudah berjaya. Alhamdulillah.

Saya berharap kwn2 akan mencuba tutorial ini di rumah. Kalau masih jugak x berjaya abe kie akan telefon pakcik blogger kat Amerika nun... Kalau perlu abe kie akan bagi flying kick kat dia kerana menyusahkan hidup kita semua. Terima kasih. Wassalam.

Monday, 24 March 2014

Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Tanah Merah 2014



Assalamualaikum. Pada 17 hingga 19 Mac lalu berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Tanah Merah 2014 di SMK Alor Pasir. Pada kali ini sekolah Abe Kie menghantar 33 orang atlit dan 7 orang guru pengiring. Abe Kie sendiri bertindak sebagai pengurus pasukan sejak 2006. Setelah berlatih selama tiga minggu tibalah masanya untuk atlit2 sekolah Abe Kie membuktikan kehandalan mereka di padang dan trek. 

Pada hari pertama kami memperolehi tiga pingat emas sahaja. Ini sedikit merimaskan Abe Kie kerana beberapa acara yang disandarkan pingat emas terlepas begitu saja. Mujurlah Shah Rizal memungut dua pingat emas dalam acara lempar cakera dan lontar peluru 18L biarpun terpaksa menanggung ketidakselesaan kerana penyakit kulit yang dialaminya. Dia tidak sekalipun turun berlatih. tetapi kerana semangatnya yang membara untuk membantu sekolah maka dia mengetepikan segala rintangan itu. Nor Shafika pula menyumbangkan emas ketiga dalam acara lontar peluru 15P.

Pada hari kedua sekolah Abe Kie mendapat lima lagi pingat emas iaitu dalam acara lontar peluru dan rejam lembing 15L, rejam lembing 18L dan 15P dan 1500M 15P. Masing-masing disumbangkan oleh Azim, Hakimi, Tengku Khairul, Nor Shafika dan Mazzuin.

Pada hari terakhir sekolah SMKDMPR2 memperolehi dua lagi emas menerusi Hakimi dalam acara lempar cakera 15L dan pasukan 4 X 400M 15P. Secara keseluruhannya sekolah Abe Kie mendapat 10 emas, 8 perak dan 7 gangsa untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan. 

Abe Kie berharap atlit-atlit yang ada akan menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila mewakili sekolah pada tahun hadapan dan seterusnya terus mengharumkan nama SMKDMPR2. In Sha Allah.


Sunday, 23 March 2014

Mini GA T-shirt Blogger


Assalamualaikum,

Baru tadi tertengok segmen ini di blog alyadina.blogspot.com. Dia dah ajak abe kie join minggu lepas tapi abe kie bz sikit dgn sukan. Skrg dah senang sikit. Hadiah pun mmg chantek punya! Terus abe kie nak join. Kepada kwn2 yg nak join sila klik banner kat atas tu ye? All the best!

Saturday, 22 March 2014

Segmen : Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah


Assalamualaikum. Ayuinsyirah adalah antara rakan blogger yang kerap membuat segmen blogwalking. Pada minggu lepas Abe Kie join segmen mencari rakan blogger anjuran beliau. Alih2 baru je tamat segmen tu dia terus buat segmen baharu! Kelas gitu! 

Sebagai guru maka Abe Kie rasa teruja untuk menyertai segmen ini dengan harapan dapat menambah bilangan follower tulen blog Abe Kie. Berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali-kali. Baiklah, jika kawan2 nak sertai segmen ini, sila klik banner kat atas tu. Mudah kan? Lepas tu kita boleh sama2 BW n follow blog masing2.

Good luck!


Friday, 21 March 2014

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER


Salam. Dah lama Abe Kie tak join apa2 segemen. Jadi pada hari Jumaat yang mulia ini tergerak hati nak masuk SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER. Mana tahu dapat tambah follower lagi. Setakat ini bilangan follower cuma 472. Masih sedikit. Sedih n geram tul sebab ramai yang join segmen sebegini dulu x reti2 nak follow back. Kalau macam tu jangan gatal2 nak join segmen tambah follower, OK? Buat letih Abe Kie blogwalking ke blog korang je. 

Cukuplah bab membebel ni. Jika kawan2 nak join segmen ni klik aje banner kat atas tu. Mudah kan? Abe Kie berasal dari Kelantan. Jemputlah shopping ke sini masa cuti sekolah ni. Nanti Abe Kie jadi tourist guide. Thanks.

Wednesday, 19 March 2014

Hadiah novel dari Cik Akak


Assalamualaikum. Pada minggu lepas Abe Kie menerima bungkusan berdaftar dari Cik Akak yang berada di Sibu, Sarawak. Itu adalah hadiah novel kerana Abe Kie menjadi pemenang bertuah dalam satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Akak tahun lepas. Segmen tersebut ialah Segmen Follow April hingga Disember 2013. Sebenarnya pengumuman keputusan pertandingan itu dibuat tahun lepas tetapi memandangkan Cik Akak sibuk menguruskan perkahwinan adiknya maka dia lewat sikit mengirimkan novel itu. It's OK sebab Abe Kie faham akan situasi Cik Akak ini.

Berbalik kepada novel ini. Memang jalan ceritanya lucu dan penuh sindiran. Setakat ini Abe Kie baru je abis baca bab 1. In sha Allah pada cuti sekolah minggu depan maka keseluruhan novel ini akan habis dibaca. Lagipun anak sulung Abe Kie suka membaca novel ni. Pasti dia yang lebih cepat menghabiskannya.

Berbalik kepada Cik Akak yang berasal dari Sibu, Sarawak ni. Dia mula menulis pada lewat 2012. Hampir serentak dengan Abe Kie namun kepopularan blog beliau jauh meninggalkan blog Abe Kie. Maklumlah, dengan kecantikan, keramahan dan budi-bahasa Cik Akak menyebabkan ramai orang ingin menjadi follower dan membaca blognya setiap hari. Follower blog Abe Kie cuma bertambah jika Abe Kie join segmen ramaikan follower dan blog list aje. Huhuhuhu.

OKlah. Cakap banyak tak guna. Abe Kie update blog ini dari atas padang sekolah sambil menyaksikan anak-anak murid bertanding. Yezza! Satu lagi pingat emas diperolehi. Syukur kepada Allah.

Monday, 17 March 2014

Mac ialah bulan paling sibuk dalam hidupku



Salam. Setiap orang ada bulan masing-masing di mana mereka mengalami kesibukan melampau. Bagi ibu-bapa mereka mungkin sibuk pada hujung tahun sebab menyiapkan keperluan anak-anak memasuki tahun persekolahan yang baru. Bagi Abe Kie pula, lain pula ceritanya kerana bulan Mac adalah bulan yang paling sibuk kerana tugasan di sekolah datang serentak pada bulan ini. Begini kisahnya.....

Pada bulan Mac ini kelas tambahan petang dan malam untuk tingkatan 5 diadakan seperti biasa. Selain dari itu Abe Kie perlu mengajar kelas anjuran RISDA pada hari Sabtu selang dua minggu. Nak tak nak kena buat kelas tambahan ini kerana ia telah termaktub di dalam jadual. Lagipun guru-guru diberikan sedikit elaun. Hmm...dapatlah sikit duit poket untuk bawa anak-anak shopping di Kota Bharu. Kalau FOC mungkin tiada guru-guru yang dengan rela hati nak buat kan? Elaun ini dibayar oleh PIBG dan yuran murid-murid itu sendiri.

Kemudian Abe Kie perlu menolong kawan melatih atlit-atlit sekolah ke kejohanan olahraga daerah. Biasanya kami berlatih selama tiga minggu sebelum kejohanan. Latihan dijalankan pada waktu petang, hujung minggu dan pagi apabila hampir dengan kejohanan. Sudah tentu Abe Kie tidak cukup rehat kerana selesai kelas wajib pada jam 2 petang, terpaksa bergegas ke rumah untuk solat, mandi dan makan sebelum datang ke sekolah sebelum 4 petang untuk melatih murid-murid. Pada malamnya ada pula kelas malam dari jam 8.30 ke 10.30 malam.Pada tahunn ini kejohanan olahraga daerah akan bermula pada 17 Mac dan berakhir pada 19 Mac. Semoga pasukan sekolah Abe Kie mendapat banyak pingat emas pada tahun ini.

Pada bulan Mac juga Abe Kie mula mendaftarkan murid-murid tingkatan 5 untuk peperiksaan SPM kerana Abe Kie ialah Setiausaha SPM. Seawal bulan Januari lagi Abe Kie sudah memungut salinan IC mereka bagi memudahkan proses pendaftaran. Pendaftaran SPM telah dijalankan secara atas talian sejak 2004 lagi. Kerja perlu dilakukan dengan teliti kerana ini menentukan masa depan calon-calon SPM. Mujurlah line SPM laju, tak sama seperti line PBS. Yang membuatkan Abe Kie bengang ialah ada ketikanya keputusan SPM diumumkan serentak dengan kejohanan olahraga sekolah menyebabkan Abe Kie sukar membuat keputusan untuk berada di mana pada hari tersebut. Adalah mustahil untuk menjadi 'hantu raya' kerana itu adalah syirik di sisi Islam. Kedua-dua acara iaitu mengambil keputusan SPM di PPD dan kejohanan olahraga daerah penting kepada Abe Kie. Last2, Abe Kie ambik cuti rehat dan gi jalan-jalan ke Cameron Highlands..Hah! Baru tahu!

Kesimpulannya kita hendaklah bijak membahagikan masa apabila kesibukan melanda dengan memberikan keutamaan dengan program yang lebih dekat dan penting kepada kita. In sha Allah, rasa sibuk itu akan berkurang. Apa2apa pun Abe Kie tak sabar menunggu berakhirnya bulan Mac ini agar kehidupan Abe Kie akan kembali normal seperti dulu. Begitulah ceritanya kawan2ku sekalian.

Friday, 14 March 2014

Mengapa lelaki perlu menyimpan janggut


Salam kepada rakan blogger. Abe Kie nak tanya sikit kepada blogger lelaki. Adakah kwn2 menyimpan janggut? KAJIAN terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu. Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. SUBHANALLAH! Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Wallahualam. 

RASULULLAH SUKA TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI. Pada zaman Rasulullah ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid dan masa mengambil wuduk, lelaki tersebut memandang Rasulullah.. Rasulullah pun senyum kpd lelaki itu.. lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di dagu.. 

Keesokan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya.. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat.." 

Oleh itu simpan la janggut ye kaum Adam.. it's Sunnah, right?? Abe Kie pun ada menyimpan goatee. Tapi x la menyimpan janggut panjang macam PU Mamu tu...

Wednesday, 12 March 2014

Kisah wanita yang mencari suami ultra warak


Salam kepada semua sahabat blogger. Pada hari ini Abe Kie ingin berkongsi kisah yang boleh menguji kecerdikan akal kita tentang cara-cara menjadi seorang suami yang ultra warak. Caranya mudah sangat. Sila baca dengan teliti dan komen ye? Thanks my dear friends...

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak couple-couple nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

 
Takda sorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan depa, pempuan tu perati jejaka tu.
"Eh...x puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa.

Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia".

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..

Monday, 10 March 2014

Jiwa Guru - Sajak Penuh Bermakna Buat Guru


Pada satu hari kawanku di sekolah ada forward sajak di atas ke group Whatsapp kami. Bila ku hayati baris-baris sajak berkenaan hatiku menjadi sayu memikirkan ada ketikanya aku sedikit lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai guru. Nobody is perfect, right? Kadang2 tu terlewat masuk ke kelas sebab asyik memeriksa buku latihan atau menulis buku rancangan mengajar. Mulai hari ini aku berazam untuk menjadi guru yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!In Sha Allah.....

Baiklah, sama2lah kita hayati sajak ini. 

Bila kita seorang guru,

Pastikan kita berjiwa guru,
Berhati bersih dan suci,
Tidak ada benci membenci,
Hati dan minda sentiasa terbuka,
Tiada dendam dan prasangka.

Bila kita berjiwa guru,
Pastikan perkataan ini tidak diguna:
* 'Masa kerja telah habis'.
* 'Itu bukan kerja saya'.
* 'Ini bukan kerja murid'.
* 'Saya tidak dapat apa-apa'.
* 'Buat apa susah-susah'.
* 'Cukuplah apa yang kita sudah buat'.
* 'Buat apa kerja rajin-rajin'.

Ingatlah!
Sekali kita bergelar cikgu,
Perkataan kita jadi ingatan,
Kelakuan kita jadi ikutan,
Amalan kita jadi panduan.

Oleh itu....
jadilah cikgu berjiwa guru,
* Hati bersih sentiasa pemaaf.
* Rela bekerja bila-bila masa kerana sedar kerja itu ibadah kita.
* Guru yang mulia mesti berhati mulia. Semoga Allah memberkati semua cikgu yang berjiwa guru.
* Semoga semua cikgu berjiwa guru.

Aku yang tak punya apa-apa. Sekian, terima kasih.

Friday, 7 March 2014

Tukar tulisan Rumi kepada Jawi secara Online


Assalamualaikum. Tulisan jawi sudah mula dipinggirkan dalam dunia pendidikan apabila Menteri Pelajaran pada tahun 60an, Tan Sri Khir Johari memansuhkan penggunaan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Biarpun masih diajar dalam skala kecil namun ia tidak dapat menarik minat murid-murid sekolah untuk menguasai tulisan ini. Sudahnya kaum Melayu semakin hilang wadah tulisan sendiri. Akhbar Utusan Melayu yang dulu menjadi sumber maklumat rasmi kaum Melayu era awal kemerdekaan akhirnya terpaksa gulung tikar. 

Di sekolah menengah hari ni cuma ada tiga subjek yang memerlukan calon-calon SPM menjawab menggunakan tulisan jawi iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Sekolah Abe Kie menawarkan subjek2 ini kepada calon2 SPM. 

Namun begitu dengan kepesatan dunia teknologi maklumat sekarang, sudah ada perisian dan laman web yang menawarkan penukaran tulisan rumi kepada jawi. Kawan2 bukan saja boleh menukar entri ini kepada tulisan jawi malah keseluruhan blog! Abe Kie betul2 kagum dengan  تراوجا ترنسليتراسي رومي جاوي (TranslitERasi RUmi JAwi) http://www.jawi.ukm.my/ yang merupakan salah satu web aplikasi untuk menukarkan tulisan rumi kepada jawi. Amat sesuai untuk pelajar sekolah agama dan pelajar-pelajar universiti. Selamat mencuba!

Wednesday, 5 March 2014

Cara-cara menghidu kecurangan suami



Salam kepada semua pembaca blog Abe Kie, khasnya kaum wanita. Pada kali ini Abe Kie ingin berkongsi entri panas untuk mendapatkan komen-komen bernas dari kaum Hawa sekalian.  Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami anda? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu  outstation bersama dan juga kekasih lama. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awaslah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2 lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami anda. Jadi sekarang, apakah tanda-tanda suami puan-puan sudah mula berlaku curang di belakang anda? Meh, Abe Kie nak bagi tahu. Baca dengan teliti, ok?

1. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

2. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

3. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

4. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan anda, mula komplen anda tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka.

5. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan.

6. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa.

7. Kalau outstation puan nak ikut, dia beriya-iya pujuk puan tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriendnya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia, fireflyz dan malindo air!

8. Memberi perhatian lebih pada puan…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert puan punya syak wasangka.

9. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis!

10. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan puan yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila puan tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?

11.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak.

12. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah mentua kat kampung. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya.

Baiklah kawan2 bloggerku sekalian. Abe Kie bukan nak belot kepada kaum sendiri dan suami di luar sana dengan mendedahkan rahsia ini. Tapi percayalah kepada Abe Kie 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami puan ni jenis solat tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul! Berhati2lah sebelum suami puan2 berkahwin lagi! Tak pasal2 dapat minum madu setiap hari. hehehehehhe...

;