Salam kepada semua sahabat blogger. Pada hari ini Abe Kie ingin berkongsi kisah yang boleh menguji kecerdikan akal kita tentang cara-cara menjadi seorang suami yang ultra warak. Caranya mudah sangat. Sila baca dengan teliti dan komen ye? Thanks my dear friends...

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak couple-couple nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

 
Takda sorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan depa, pempuan tu perati jejaka tu.
"Eh...x puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa.

Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung, "Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia".

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..

21 Comments

  1. salam, puteri datang membalas kunjungan abe kie, jadi follower yg ke 469 :) ultra warak? a smart man...

    ReplyDelete
  2. Abe Kie, nasib baik gadis tu 'terlalu cantik'... kalau tak, saya diam jer bila hakim tanya soalan-soalan macam tu... Dalam hati "ikut mung aaah" wakakaakka
    (gurau jer) :D

    Great story... terselit dengan ilmu lagi... tak termari idea untuk tulis macam ni... nak try jugak one day :D

    ReplyDelete
  3. warak n bijak sangat...elok juga bersederhana dlm segala hal n kalau berlebihan amalannya ternyata lbh baik kot..

    ReplyDelete
  4. Lelaki yang bukan saja warak tetapi bijak....
    Bersyukurlah sekiranya adalelaki sebegitu...

    Alkisah dan pencerahan yang sangat mengetuk pintu hati bila membacanya...

    Terima kasih....

    ReplyDelete
  5. Lepas baca ni jgn ada pula yg tak buat puasa sunat, baca quran dan solat sunat tengah malam dah le... Biarpun kisah ini punya maksudnya tapi bukanlah jadi alasan utk kita tidak melakukannya.
    Rebutlah ilmu, amalan dan kejayaan dunia dan akhirat...kerana kedua2nya adalah ibadah.

    ReplyDelete
  6. Lepas baca ni jgn ada pula yg tak buat puasa sunat, baca quran dan solat sunat tengah malam dah le... Biarpun kisah ini punya maksudnya tapi bukanlah jadi alasan utk kita tidak melakukannya.
    Rebutlah ilmu, amalan dan kejayaan dunia dan akhirat...kerana kedua2nya adalah ibadah.

    ReplyDelete
  7. bijak lelaki tu tapi akan lebih bijak jika lelaki tersebut memahami maksud yg disampaikan oleh isterinya... :)...

    ReplyDelete
  8. Seorang wanita yang jelita zahirnya tetapi kurang ilmunya. Dalam ultra beribadah, ada hak yang tidak boleh diabaikan. Sabda Nabi s.a.w:

    “Wahai Abdullah (bin ‘Amr bin al-Ash r.a)! Adakah benar apa yang diceritakan kepadaku sesungguhnya engkau telah berpuasa setiap hari dan solat sepanjang malam? Aku (Abdullah bin ‘Amr) berkata: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Jangan kamu lakukan begitu. Berpuasalah dan tinggalkan (tidak berpuasa) serta solat dan tidurlah kerana sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu, kedua-dua mata kamu mempunyai hak ke atas kamu, isteri kamu mempunyai hak ke atas kamu dan tetamu kamu mempunyai hak ke atas kamu. Cukuplah bagi kamu berpuasa tiga hari setiap bulan dan sesungguhnya setiap kebaikan akan dibalas untukmu sebanyak sepuluh kali ganda yang sepertinya. Jika kamu melakukan begitu, ia seperti berpuasa sepanjang masa.” - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, hadis no 1975.

    ReplyDelete
  9. masa saya baca soalan hakim , saya dah ada jawapannya cuma tang beribadah sepanjang mlm tu yg tak tau ... alhamdulillah , dpt ilmu di sini .

    ReplyDelete
  10. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. Islam itu indah dan bukannya menyusahkan... yang penting kualiti bukan kuantiti...

    ReplyDelete
  12. dkna pernah baca kisah nie..tapi lupa kat mana :)

    ReplyDelete
  13. This is a nice story. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. Bijak suaminya tu... secara tak langsung beliau mendidik isterinya secara mendalam.. mmg akan sungguh terkesan sesiapa yg mendengar ulasan suaminya tu. Dengan hakim sekali dia sekolahkan hehee.. salam Jumaat Abe Kie.. :)

    ReplyDelete
  15. salam AK, kita ni nak mencari kesempurnaan memang tak jumpa, apa yang boleh kita perbaiki diri dari hari ke sehari..

    ReplyDelete
  16. Takde manusia yg sesempurna itu...hanya Allah yg ada...dan alhamdulillah..perempuan tu masih lagi dapat suami yg ultra siap extra warak lagi :D

    ReplyDelete
  17. Berilmu dan beramal dengan ilmu yang kita ada, lebih baik lagi jika kita sebarkannya: )

    ReplyDelete
  18. moralnya jgn menilai sesuatu dari mata kasar saja...dari luaran saja..

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.