Assalamualaikum. Tulisan jawi sudah mula dipinggirkan dalam dunia pendidikan apabila Menteri Pelajaran pada tahun 60an, Tan Sri Khir Johari memansuhkan penggunaan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Biarpun masih diajar dalam skala kecil namun ia tidak dapat menarik minat murid-murid sekolah untuk menguasai tulisan ini. Sudahnya kaum Melayu semakin hilang wadah tulisan sendiri. Akhbar Utusan Melayu yang dulu menjadi sumber maklumat rasmi kaum Melayu era awal kemerdekaan akhirnya terpaksa gulung tikar. 

Di sekolah menengah hari ni cuma ada tiga subjek yang memerlukan calon-calon SPM menjawab menggunakan tulisan jawi iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Sekolah Abe Kie menawarkan subjek2 ini kepada calon2 SPM. 

Namun begitu dengan kepesatan dunia teknologi maklumat sekarang, sudah ada perisian dan laman web yang menawarkan penukaran tulisan rumi kepada jawi. Kawan2 bukan saja boleh menukar entri ini kepada tulisan jawi malah keseluruhan blog! Abe Kie betul2 kagum dengan  تراوجا ترنسليتراسي رومي جاوي (TranslitERasi RUmi JAwi) http://www.jawi.ukm.my/ yang merupakan salah satu web aplikasi untuk menukarkan tulisan rumi kepada jawi. Amat sesuai untuk pelajar sekolah agama dan pelajar-pelajar universiti. Selamat mencuba!