Wednesday, 17 December 2014

Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks


Assalamualaikum....

Perasaan malu masyarakat kita membicarakan masalah seks masih menebal. Bukan sahaja menjawab persoalan seks, malah bertanya tentang seks pun kita masih ragu-ragu. Oleh yang demikian Abe Kie ingin mencadangkan buku berjudul SOAL JAWAB TENTANG SEKS TAPI ANDA MALU BERTANYA yang ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Rohidzir Rais sebagai rujukan kawan2 blogger sekalian. Ia diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dan terdapat di kebanyakan kedai buku utama di seluruh negara.

Buku ini membicarakan pelbagai  isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Ia sangat berguna kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab pertanyaan anak-anak dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada  pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, abe kie merasakan buku inilah penyelesaiannya.

Harga buku ini cuma RM19.90. Abe Kie mendapat potongan 10% semasa membelinya di Kedai Buku Banggol, Tanah Merah, Kelantan. Terdapat 261 soalan yang dikemukan di dalam buku tersebut. Contohnya ialah seperti di bawah ini:

Soalan:

Apabila terjaga daripada tidur, saya dapati kain yang saya pakai ketika tidur terdapat kesan air likat padanya. Adakah saya perlu mandi wajib walaupun saya tidak bermimpi apa-apa?

Jawapan:

Ya. Seseorang itu perlu mandi wajib jika betul-betul pasti air itu ialah air mani. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah rha:

Maksudnya: Nabi s.a.w ditanya seorang lelaki yang mendapati basahan di atas pakaiannya tetapi tidak sedar sama ada dia telah bermimpi ataupun tidak, lalu Baginda menjawab: “ Dia perlu mandi”. Baginda juga ditanya tentang lelaki yang bermimpi tetapi tidak mendapati basahan, lalu Baginda mengatakan : “ Dia tidak perlu mandi.” Ummu Sulaim berkata: “ Adakah wanita yang melihatnya perlu juga mandi?” Baginda menjawab: “Ya, sesungguhnya wanita adalah ‘saudara kandung’ lelaki.”

Jadi apa lagi? Pergilah ke kedai2 buku berhampiran untuk membeli buku ini. Ingat! Ia ada unsur 18SX dan cuma boleh dibaca oleh suami isteri dan teruna dara yang bakal berkahwin dalam masa yang terdekat ini seperti Abe Kie. Hehehehehehe....


5 comments:

  1. Alamak..mungkin lebih baik abah buka jualan pasal buku ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Tak perlu malu untuk belajar tentang sex ni..mesti berfikiran terbuka..

    ReplyDelete
  3. Kalau zumal pun segan nak tanya-tanya...

    ReplyDelete
  4. Kalai ilmu macam nie abah...boleh juga cik akak terima..tapi kalau dot....dot...dedah sana sini...memang malu nak tengok..huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Perkara sebegini perlu dipelajari. Ilmu menjamin sesuatu ibadah itu diterima.

    ReplyDelete