Pada 16 September lalu Abe Kie telah berkesempatan berjumpa dengan sahabat blogger Shaiful Zaidi yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Dia menulis di http://lagunamerbok.blogspot.com. Pada hari berkenaan dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Kota Bharu, Kelantan setelah bercuti di kampung. Jadi kami berjanji untuk berjumpa di Restoran Edde, Tanah Merah selepas solat Maghrib. Kebetulan kami sampai serentak dan memakir kereta bersebelahan. Pada mulanya Abe Kie terkejut melihat penampilannya yang agak 'sihat' dan berbeza dengan fotonya di blog. Mesti isterinya pandai masak, kan? Alah, Abe Kie ni tak sedar diri yang BMI dia pun dah cecah 30! Hehehehehe... 

Tiga orang anak perempuan  Abe Kie pun turut sama pergi ke restoran berkenaan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak mengenai pekerjaan dan keluarga masing-masing. Ternyata Epul ni seorang yang peramah dan baik hati dengan kawan2 di sekelilingnya. Setelah berborak lebih sejam kami pun beredar. 


Sebelum dia pergi, Epul memberikan ole-ole berupa jeruk madu Pak Ali yang sgt popular di Penang tu. Terima kasih banyak. Segan pulak sebab Abe Kie tak bawakan hadiah. It's OK, next time I will give something to my cyber friends...

In sha Allah, selepas ini abe kie ingin gak bertemu dengan kwn2 blogger yg lain. Jika abe kie ke negeri anda sudi2kanlah berjumpa dgn abe kie. Kalau nak dtg bercuti ke Kelantan tu bagitahulah abe kie, ya? Sekian. Terima kasih.

Kisah pertemuan ini boleh juga dibaca di blog Encik Shaiful Zaidi. Sila klik di SINI.

20 Comments

  1. seronok dapat bertemu dengan blogger kan..ada buah tangan lagi..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Abe Kie buat entri ni..
    Ya saya semakin 'sihat' bila berada di Kelate ni. Makanannya sedap-sedap belaka...

    ReplyDelete
  3. waa siap dapat ole ole tu yang bestnyer tu

    ReplyDelete
  4. Bagus bila sesama blogger merapatkan Ukhwah..

    ReplyDelete
  5. Salam. Balas kunjungan abe ki.

    Sedap jeruk p.ali tu.

    ReplyDelete
  6. sronok kan berjumpa secara live...bereyeball eyeball gtu...

    ReplyDelete
  7. abe jumpa dia di kb. saya jumpa dia di sp.

    p/s jeruk madu pak ali memang terkenal di utara.

    ReplyDelete
  8. Insyallah ..satu hari kita akan jumpa

    ReplyDelete
  9. abe kie, bila kita pulak nak jumpa ni??Acik balik kerja, boleh je pusing TM dulu..hehehee

    ReplyDelete
  10. a.kie bla nak jumpa cik nor?hihik

    ReplyDelete
  11. Penang famous denagn jerukkan..kita pernah beli jeruk pala kat balik pulau..sedap..

    ReplyDelete
  12. Wah,seronok dapat berjumpa 4 mata. Apa khabar Abg Kie.. :-)

    ReplyDelete
  13. Seronok dapat jumpa dan jeruk sekali :)

    ReplyDelete
  14. Abah bila nak turun Sabah, kupi-kupi dulu ba kita..:)

    ReplyDelete
  15. Salam Abe kie,denge ambo toksey jupa ko retek,....

    ReplyDelete
  16. Salam singgah...cantik jeruk tu mcm2 Kaler ada...pernah rasa rmh sepupu raya hari tu...tp Lebih seronok bertemu si dia kt sebelah tu kan..

    ReplyDelete
  17. Terlupa lak...eh muka uolls seiras le cam adik beradik.

    ReplyDelete
  18. walla seronoknyer, ada juga jodoh dpt berjumpa yer !

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.