Pada hari Khamis, 20 Mac 2014 keputusan SPM diumumkan di seluruh negara. Abe Kie dan 2 guru lain bersama pengetua telah pergi ke PPD Tanah Merah untuk mengambil slip keputusan SPM tersebut. Puan Pengetua telah menerima sampul berisi slip keputusan SPM 2013 dari Penyelia Peperiksaan PPD dan Abe Kie pula diberikan penghormatan untuk membuka sampul surat besar berkenaan.

Setelah dibuka terkejut juga kami kerana seorang pelajar mendapat straight As iaitu 11A dan tiga calon lagi mendapat 10A. Gred Purata Sekolah (GPS) kami ialah 4.60 iaitu yang terbaik di daerah Tanah Merah. Pengetua bersyukur dengan pencapaian yang memberangsangkan ini kerana pada tahun lepas kami menduduki tangga kelima.

Tapi Abe Kie bersedih dengan peratusan lulus Bahasa Inggeris yang turun kepada 70% berbanding 74% pada tahun sebelumnya. Cuma dua orang mendapat A untuk subjek ini. Rasanya Abe Kie sudah mencuba sehabis baik untuk membantu murid2 kelas 5 Sains 1 (kelas pertama) dan 5 Kr (kelas tercorot) tapi rasanya kejayaan itu belum berjaya dikecapi. Namun demikian Abe Kie bersyukur kerana semua pelajar dalam kelas 5 Sains 1 berjaya mendapat sekurang2nya gred C dalam subjek ini, bermakna mereka layak memohon ke program matrikulasi KPM. Pada tahun sebelumnya beberapa orang pelajar 5 Sains 1 gagal mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris. Bagi kelas 5 Kr pula, dua orang lulus subjek Bahasa Inggeris berbanding semua gagal pada SPM 2012. Bukankah itu dinamakan peningkatan kan?

Secara amnya Abe Kie kena berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan pencapaian subjek BI akan meningkat pada masa hadapan. Pray for me please.. Thank you in advance.