Monday, 3 February 2014

Cara Memperbaiki Kehidupan dan Personaliti Diri


Assalamualaikum semua. Semoga menjadi prinsip amalan budaya kehidupan kita semua di 2014. Yang indah dan sempurna hanya  Allah...

Sekadar perkongsian motivasi diri sendiri....
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini.
3. Jangan berlebihan, tetapkan had.
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius.
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip.’

6. Bermimpilah ketika anda berjaga.
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan.
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang.
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.

11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri.
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.
13. Lebihkan senyum dan ketawa.
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

15. Kerap menelefon ahli keluarga.

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain.
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya.
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun.
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari.

20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda.

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka.

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan.
23. Allah akan mengubati segala galanya.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah.

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba.
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan.
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah.
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

22 comments:

  1. Banyak sungguh senarainya...thanks
    Ya, bersangka baik dan sentiasa positif. Pengalaman mengajar, semoga hari ini kita menjadi lebih baik dari semalam...Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. akan sentiasa bersangka baik & positif...:)

    ReplyDelete
  3. sentiasa positif dan muhasabah diri ... perkongsian yg baik .

    ReplyDelete
  4. In Shaa Allah..pkongsian sangat bguna... plahan-lahan abak nak amlkan..
    ^___________________^_

    ReplyDelete
  5. Panjang list ni AK...Nway Jom sama-sama kita perbaiki diri...Semoga kebahagian dunia dan akhirat milik kita semua..

    ReplyDelete
  6. Byk yg kena ubah ni.... Nice share...

    ReplyDelete
  7. fuh..banyak benda lagi rupanya nak kena buat nih..thanks abg kie sbb sharing this...hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. suka baca entry mcm ni...byknya senarainya..

    ReplyDelete
  9. Lama tak blogwalking ke sini!!
    Maaf yekk

    Info yang menarik!!!

    ReplyDelete
  10. bagus sekali ^_^ banyak pekara yang perlu di baiki ^_^

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  11. Insya Allah...sama2x kita perbaiki dan lakukan ye... ;)

    ReplyDelete
  12. kita yang kena berubah.. org sekeliling hanya mampu memberi nasihat sahaja.. terima kasih perkongsian..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. bagus tips2 ni abe kie.. teman suka baca .. tq sangat2 yea..

    ReplyDelete
  14. Is shaa Allah.. mudah2an dpt menjadi insan & hamba Allah yg lebih baik.. aamiin..

    ReplyDelete
  15. Walaupun jauh kita mesti kerap phone ahli keluarga kita...ada whatsapp.

    ReplyDelete