Friday, 28 June 2013

Bertukar kepada Maxis Portafi

Friday, June 28, 2013 15
Bertukar kepada Maxis Portafi

Abe Kie sudah menggunakan Celcom broadband sejak 2008. Pada mulanya servisnya amat memuaskan berbanding broadband yang lain. tetapi sejak akhir2 ini servis berukband Celcom memang mengecewakan. Bila nak bertenet asyik merah aje lampunya. Terus x leh sambung. Ada gak Abe Kie menghubungi Celcom minta mereka refresh penggunaan data tu. Dapatlah bermain kejap. Tapi esoknya merah balik. 

Akhirnya Abe Kie pergi ke Maxis Priority Dealer di Tanah Merah, Kelantan untuk mendaftar pakej Portable Modem Wifi (Portafi) pada 22 Jun lepas. Abe Kie ambil pakej RM68 sebulan dengan had penggunaan data 8GB. Sebelum daftar kena bayar yuran pengaktifan RM150 dimana RM50 tu akan dikreditkan kembali ke dalam akaun kita. Cuma RM100 tu kira harga modem portable wifi ini lah. Staff Maxis di situ buat demo cara nak sambung wifi. kaedah plug n play. Selepas staff tersebut key in data terus boleh guna. Senangnya! Wifi ini boleh menyokong 5 peranti serentak. 

Bila balik ke rumah terus Abe Kie cuba online. Netbook Acer yang baru tu tak ada masalah nak detect signal wifi tapi netbook yang lama tu x dapat detect. Tak apa...nanti Abe Kie minta tolong staff berkenaan atau kawan-kawan di sekolah.

Jadi kawan-kawan jom bertukar kepada Maxis Portafi! Segala maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Maxis. Sekian. terima kasih.


Wednesday, 26 June 2013

The Busy Life of a Dad of Three

Wednesday, June 26, 2013 0

My typical day starts at 5.45 am when I get up from my sleep. After taking my bath and performing my Subuh prayer, I wake my three daughters up. They can get  themselves ready within half an hour. I have my light breakfast before leaving for school. Breakfast only consists of a cup of hot coffee and a few slices of sandwich bread. That's enough to supplement me with some energy to carry out my duties at school.

After taking my girls to their respective schools, I drive to my school. My third girl studies at a kindergarten while her two older sisters go to the primary school next to mine. I am one of the teachers who always arrive early at the school as I want to avoid the massive traffic jam in this small town. Normally I arrive at 7.10am.

My middle girl finishes her lessons at 1 o'clock and then she walks to my school. While waiting for me to finish my class, she surfs the Internet in the staff room. I can clock out of my school at 2.10pm. On our way back, we always stop by the food stall to have our lunch. Then, I will fetch my third daughter from her kindergarten.

As soon as I arrive at home, I take a shower and perform my Zuhur prayer. I barely have time to rest as by 4.30pm I have to fetch my first daughter from her religious class. After performing my Asar prayer, I will go out to buy some packed food for dinner before heading to their grandmother's house for Al-Quran reading session.

Only by 7am my daily schedule is almost over. I can have some time for myself like reading Al-Quran and newspapers as well as watching the news bulletin on TV. But before hitting the sack for that day, I have to fold the clothes and pack my girl's bag for the next day. I can only lie down by 11.45pm and hope to get a good night's sleep.....



Monday, 24 June 2013

10 KELEBIHAN COCA COLA?

Monday, June 24, 2013 1



"Setiap hari Selasa dan Rabu Abe Kie mesti minum air coke nie selepas training triathlon di Universiti Malaya kira-kira 20 tahun yang lampau. Memang sedap air ni. Sedap giler! Kawan-kawan pun mesti ade yg suke air ni. Sama ada kawan2 tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Abe Kie dpt bende ni dari emel yg member Abe Kie bagi. Apa lagi!!

"Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US,  kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, Adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang ke dalam satu mangkuk yang diisi Coke. Ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke ke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.

Saturday, 22 June 2013

50 Perkara Penting Daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Saturday, June 22, 2013 0

Semoga dengan membaca artikel ini sedikit sebanyak dpt membuka minda masyarakat Melayu yang lupa diri. Ini merupakan hadiah istimewa Tan Sri Syed Mokhtar untuk orang Melayu Muslim. Sila baca dan amalkan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Terima kasih kerana baca hingga habis.

Thursday, 20 June 2013

Betulkah 70% guru Bahasa Inggeris tidak fasih?

Thursday, June 20, 2013 0
Betulkah 70% guru Bahasa Inggeris tidak fasih?

Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching bahawa tujuh puluh peratus guru Bahasa Inggeris gagal menguasai bahasa itu dengan fasih berdasarkan ujian Cambridge Placement Test (CPT), tahun lalu amatlah mengejutkan Abe Kie sebagai seorang lulusan TESL Universiti Malaya. 

Lalu beliau menggesa semua guru terbabit agar meningkatkan penguasaan kerana tahap kefasihan yang rendah menyukarkan mereka mendidik pelajar untuk cemerlang dalam subjek berkenaan. 

Beliau juga mendakwa cuma 30 peratus guru Bahasa Inggeris yang menyertai CPT biarpun kami para guru Bahasa Inggeris tidak dimaklumkan keputusan ujian berkenaan. Ia terus menjadi rahsia kerana cuma Kementerian Pelajaran mengetahui keputusan itu. 

Di daerah Abe Kie mengajar, cohort pertama sedang menjalani kursus intensif Bahasa Inggeris setiap hari Rabu di Pejabat Pelajaran Daerah. Mereka diajar oleh jurulatih utama dari United Kingdom. Ini adalah satu usaha KPM membantu semua guru Bahasa Inggeris menguasai bahasa itu bagi meningkatkan tahap kefasihan mereka.Semoga Abe Kie dikecualikan. Amin..... 

Akhir kata, Abe Kie berharap KPM akan merealisasikan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2016. Ini penting bagi memberi nilai tambah kepada subjek BI dan memastikan murid-murid sekolah menengah memberi fokus kepada subjek ini. Sekarang sebahagian dari mereka memandang enteng terhadap subjek ini. Tak lulus pun tak apa bagi mereka kerana masih dapat lulus SPM. Wallahualam.

Tuesday, 18 June 2013

Muatturun Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013

Tuesday, June 18, 2013 0

Assalamualaikum,

Sebagai setiausaha SPM di sekolah, Abe Kie ingin memberikan kepada murid-murid sekolah Abe Kie khasnya dan rakan-rakan blogger pautan untuk memuat-turun jadual waktu SPM 2013. Mulai dari tahun ini LPM tidak lagi mencetak jadual SPM. Jadi semua calon, guru dan ibubapa perlu memuat-turun sendiri jadual itu di internet. Sila klik pautan di bawah bagi tujuan berkenaan. SPM pada tahun ini akan bermula pada 6 Nov 2013 (Rabu). Kepada semua calon SPM 2013, Sir Zuki ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

Sunday, 16 June 2013

Selamat Hari Lahir buat Anis dan Hari Bapa buat Abe Kie

Sunday, June 16, 2013 0



16 Jun 2013 adalah satu tarikh yang bersejarah dalam hidupku dan anak sulungku kerana pada tarikh keramat ini anak sulungku, Nur Anis Dalilah menyambut hari lahirnya yang kesepuluh. Secara tidak langsung ini bermaksud Abe Kie telah sepuluh tahun menjadi bapa! Lebih menyeronokkan lagi pada 16 Jun 2013 ini Hari Bapa disambut di seluruh Malaysia.

Amat menyedihkan kerana Hari Ibu disambut secara besar-besaran tapi Hari Bapa disambut secara ala-kadar aje. Kalau tiada bapa masakan seorang perempuan itu mampu bergelar ibu kan? Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa. Siapa tak sayang anak, beb? Bini boleh dicari lagi kalau mati atau diceraikan tapi anak tak bisa diganti. Mungkin boleh ambik anak angkat tapi tak sama dengan anak kandung. Tidak dinafikan tiga puteriku ini ialah nadi kehidupanku. Tanpa mereka kehidupanku tidak bermakna.

Sempena Hari Bapa dan Hari Lahir Along kesepuluh tahun, aku membawa anak-anak ke Restoran Ayamas, KB Mall untuk menikmati hidangan nasi ayam di situ. Selalunya kami pergi ke Pizza Hut, KFC, McDee dan sebagainya. Tapi kali ini aku nak ubah selera pula. Masakannya tak la sedap sangat. Tawar sikit. Tapi suasana di restoran itu eksklusif dan mendamaikan. Tidak seperti restoran makanan segera lain yang hingar-bingar dengan pengunjung.

Sesungguh hari ini, Ahad 16 Jun 2013 membawa seribu kenangan bermakna yang akan terpahat di dalam memori Abe Kie dan anak-anak.

Friday, 14 June 2013

Operasi Unfollow Blog-Blog Yang Sombong

Friday, June 14, 2013 3
Salam.

Sebenarnya begitu berat untuk Abe Kie menaip entri ini tapi abe gagahi tangan ini untuk mengetuk papan kekunci netbook ini. Abe cuma ingin menyuarakan rasa tidak puas hati kepada blogger yang tidak berpegang janji kepada konsep segmen tambah follower n blogwalking yang dianjurkan oleh beberapa orang blogger famous. 

Abe ada menyertai satu segmen berkenaan pada bulan Mei lalu. Penganjur menggesa semua peserta agar saling blogwalking n follow blog2 yang menyertai segmen itu. Lalu Abe pun BW n follow 40 blog yang tersenarai. Ada 170 blog semuanya. Tapi biarlah Abe follow 40 yang pertama dulu. Selepas 2 hari cuma 4 blogger yang follow blog Abe. Terima kasih kepada blogger berkenaan. Abe fikir mungkin 36 blogger lain tu sibuk dengan tugas atau pengajian jadi Abe tunggu sehingga 3 minggu. Selepas 3 minggu namun mereka masih mendiamkan diri. Apa lagi, Abe terus unfollow blog mereka satu demi satu. Puas hati aku! Kalau x nak follow back blog aku x payah la join segmen sebegini. Buat orang sakit hati aje. 

Jadi nasihat Abe kepada blogger yang menyertai segmen sebegini pada masa hadapan agar patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh penganjur. Segmen tu dianjurkan agar kita dapat menambah follower sesama kita. Jadi kalau blogger tak tolong blogger, siapa lagi yang nak tolong kita? Orang berbudi kita berbahasa.... kalau orang buat baik pandai-pandai la ucap terima kasih samada secara perbuatan, perkataan atau wang ringgit. Siapa yang tak setuju dengan kenyataan Abe sila angkat tangan sekarang!

Terima kasih kepada semua follower blog Abe Kie setakat ini. I love you all....!!!! 

Tuesday, 11 June 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu

Tuesday, June 11, 2013 0

TINGG! 

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

TINGG! 

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. 

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. 

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. 

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. 

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih. 

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Monday, 10 June 2013

#SEGMENT TAMBAH FOLLOWER & PENCARIAN BLOGLIST

Monday, June 10, 2013 0

Assalamualaikum,

Teringin pulak menyertai segmen tambah follower n pencarian bloglist anjuran Bro Ikhwan. Syaratnya mudah aje. Boleh klik banner di atas kalau mahu join gak... BTW, bilangan follower sy setakat ini cuma 238 aje...X ramai tapi berkualiti..namun begitu saya mahu jugak menambahkan follower n rakan blogger. Jom sama2 follow satu sama lain, OK?