Pada 18 hingga 20 Mac 2013 telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan Daerah Tanah Merah Kali Kelima di SMK Alor Pasir. Pada kali ini sekolah saya telah menghantar 41 orang atlit dan 8 orang guru. Pasukan olahraga sekolah sudah berlatih sejak pertengahan Januari lagi kerana kami ingin memperbaiki pencapaian 12 emas pada tahun lepas.

Pada hari pertama pasukan kami telah memenangi lima pingat emas menerusi Shafika (Rejam Lembing dan Lontar Peluru 15P), Syahrizal (Lempar Cakera 18L), Anis Nurliana (200M Lari Berpagar 15P) dan Zafirah (400M 15P).

Keesokan harinya 3 lagi pingat emas berjaya diraih iaitu menerusi Hakimi (Rejam Lembing 15L), Razlie (Rejam Lembing 18L) dan Intan (1500M 18P).

Pada hari terakhir Anis Nurliana berjaya menewaskan lawan yang lebih dewasa dalam acara 100M Lari Berpagar. Seterusnya pasukan 4 X 400M 15P telah memenangi pingat emas sekaligus memecahkan rekod MSSD. Akhir sekali pasukan 4 X 400M 18P telah membuat kejutan dengan meraih pingat emas buat julung kalinya. Sejak sekolah saya dibuka pada 2004 quartet perempuan belum pernah memenangi acara lari berganti-ganti. Ini sudah dikira sebagai anjakan paradigma kepada pasukan olahraga kami.

Secara keseluruhannya pasukan DMPR2 telah meraih 11 emas, 10 perak dan 5 gangsa. Shafika juga dipilih sebagai atlit terbaik kategori 15P setelah memecahkan rekod MSSD acara rejam lembing. Sekolah kami menduduki tangga ketiga keseluruhan iaitu mengulangi pencapaian tahun lepas. Biarpun gagal mencapai sasaran 13 pingat emas namun kami berpuas hati kerana kami cuma mengambil bahagian dalam 70% acara yang dipertandingkan.

2 Comments

  1. masa sekolah dulu saya tak pernah masuk sebarang acara sukan..tapi seronok sokong kawan2 yg masuk bertanding.. :D

    ReplyDelete
  2. sukan memang saat saat ditungguh oleh atlet2 kita..tahniah

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.