Sila selidik calon suami anda!
Pernah dengar tak orang cakap kita boleh pilih siapa 'suami atau isteri' kita tapi anak2 kita tak boleh pilih siapa ibu atau ayah mereka.
Perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang main2. Biarlah orang nak cakap kita memilih ke apa kanji pilihan yang kita buat itu menyakinkan Dan kita rasa tenang.
Dan satu lagi kenapa kita perlu selidiki dulu latar belakang bakal calon suami kita tak Ada Salah pun kan demi untuk memastikan kita tak tersalah pilih seperti apa yg telah terjadi kepada kakak jahidah Nordin Dan beberapa lagi wanita yg jadi mangsa keganasan rumah tangga. Nak selidik bakal calon isteri rasanya tk perlu sbb yg jadi ketua keluarga adalah lelaki.
Disini Saya cadangkan beberapa Cara utk selidiki latar belakang bakal calon suami.
1- untuk check status perkahwinan bakal suami boleh ke web https://www.esyariah3.gov.my/
2-untuk check rekod jenayah- boleh buat semakan dengan pergi ke mana2 balai polis berhampiran utk check rekod suami sama Ada Bersih atau Ada rekod jenayah
3-untuk check rekod kewangan - boleh dapatkan laporan CTOS untuk menyemak rekod kebankraban atau hutang.
4- untuk check pekerjaan. Yg ni kena tanya dengan bakal suami dimana dia bekerja Dan dapatkan no telepon majikan. Hubungi lah majikan tanya tentang rekod pekerjaan suami. Yg ni penting nak tahu tempoh masa kerja bakal suami sama Ada masih baru atau Lama. Ini penting kerana ia berkaitan kestabilan pekerjaan bakal suami
4- media sosial- Facebook, tik tok, Instagram. Boleh terus google je letak je nama bakal suami tu kalau Ada rekod pasti akan tersembur keluar segala sejarah silam dahulu kala. Kalau tiada maka your bakal husband clear.
5-Dah tentu tempat paling mudah nk selidiki bakal suami adalah pada tok imam Masjid, tok penghulu ketua kampong dimana bakal suami mu tinggal. Kat sinilah boleh tahu yg bakal suami mu tu kaki Masjid atau tidak, juga peel perangainya di kg tu semua dalam pengetahuan penghulu sbb dia adalah anak buah dia.
So inilah antara2 cadangan2 Saya utk gadis2 Dan wanita2 di luar Sana nak selidiki latar belakang suami. Tk Salah pun buat tk Salah pun utk kita berhati hati ya tak..






10 Comments
Zaman sekarang memang perlu buat semua ini, takmo dah kahwin nanti rupanya dapat suami yang kaki pukul, buat jenayah atau jenis tak kerja.
ReplyDeletebetul...kalau boleh siasat kita siasatlah. Kawan ammi ada sorang berkahwin baru setelah kematian suami (sbb lelaki tu kata nak jaga dia dan anak-anak)...sekali suami baru tu hanya gunakan dia je. Ambil loan kereta, minta tolong bayarkan duit rumah yang isteri pertama duduk..huhu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kawan ammi dah berjaya lepaskan diri dari lelaki macam ni. Dia berusaha minta mahkamah percepatkan urusan penceraian sbb katanya mcm lebih menyusahkan dia pulak
semoga yang baik2 untuk anak2 kita nanti.. bukan kata calon suami je, zaman sekarnag ni, calon isteri pun ke buat cek background juga...
ReplyDeleteMemang perlu siasat sebelum menyesal kemudian hari.
ReplyDeleteSaya seorang ayah, setuju dengan posting ini.
ReplyDeletebetul..betul..betul
ReplyDeleteZaman skrg ni senang je nak selidik background bakal pasangan sebab semuanya di hujung jari. Tapi mmg betul, saya dulu siap Google lagi nama suami nak tgk kot2 la dia penjenayah dikehendaki ke 🤣 muka innocent je tak boleh percaya jugak hehe.
ReplyDeleteSaya seorang ayah punya anak perempuan, setuju dengan posting ini.
ReplyDeleteDalam hal mencari jodoh di Indonesia ada ungkapan: bibit, bebet, bobot.
Kira-kira kalau translate ke bahasa English: Pedigree, Prosperity, and Personality.
Betul, saya setuju. Eloklah sebelum berkahwin tu, google dulu bakal pasangan.
ReplyDeleteKena tinjau calon suami, jangan terima dahulu, kena pantau jg kan ..Suami dan isteri keduannya pelengkap kehidupan,,jika tak sunyi serba serba rasa tak lengkap..hidup kena bahagia..Allah suka hambaNya berkahwin..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.