Assalamualaikum. Umur Abe Kie bertambah lagi tanggal 19 Mei lepas kepada 53 tahun! Tua sudah diri ini. Terasa baru semalam aku mula melangkah ke alam perkahwinan. Sedar2 sudah ada 5 orang anak perempuan. Yang sulung umurnya 23 manakala yang bongsu baru 11 tahun. Alhamdulillah. Semua anak Abe Kie masih lagi belajar. Tak pasti la bila nak dapat menantu. harap2 dapat menantu yang baik dan soleh serta dapat menjaga anak2 Abe Kie tu seperti mana Abe Kie menjaga mereka sedari kecil. Aamiin.

Sambutan hari lahir peringkat sekolah diadakan di Bilik Guru Kanan pada 18 Mei. Pada asalnya cuma Abe Kie yg nak buat sambutan tu. Alih2 Kak Ta, Guru Kanan Sosial ingin membuat sambutan hari lahir mega untuk kami berempat. Maka kami berpakat kumpul duit la sikit sorang untuk membeli sedikit juadah seperti mihun goreng, puding colour blocking (seperti dalam gambar), kuih-muih, buahan dan minuman. Kebetulan hari tu pula minggu exam menengah rendah dan selepas rehat tu pulak ada meeting pentadbir sekolah makan tak dapat la kami nak melayan rakan-rakan guru yang hadir dengan sepenuhnya. Namun begitu makanan pada hari tersebut habis licin!

Kak Ta juga membelikan hadiah hari lahir untuk kami berempat seperti dalam gambar. Guru Kanan ini ada 4 sahaja iaitu Guru Kanan Bahasa (Abe Kie), Guru Kanan Sains Sosial (Kak Ta), Guru Kanan Sains Matematik (Amy) dan Guru Kanan Teknik dan Vokasional (Musa). Setakat ni masih dapat elaun pengurusan sekolah sebanyak RM120 tu tapi dengar khabar elaun ini akan ditarik balik sebab sekolah kami telah diturun taraf kepada gred B kerana bilangan murid tak sampai 400 orang. Sedih dan geram tul kalau ditarik-balik. Dah la sekolah kami jauh di dalam ladang. Kalau elaun tu kekal dapatlah juga cover duit beli minyak petrol yang mahal sekarang ni.

Sambuatan hari lahir di rumah pula diadakan pada 23 Mei kerana menunggu semua anak pulang ke rumah dari kampus masing2. Selalunya kami akan makan malam di luar tapi tahun ni Abe Kie cuma order pizza dari Pizza Hut sahaja kerana isteri berpuasa sunat pada awal bulan Zulhijjah. Banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan, kan? Ada 4 pan pizza semuanya termasuk 2 pan pizza tempatan. Jenuh la kami nak perhabiskan pizza malam tu. Abe Kie cuma mampu makan 2 slices manakala 2 lagi disimpan dalam peti sejuk untuk dimakan pada esok hari.

Jemputlah makan pizza dan hidangan sampingan ni. Pasti kenyang sampai menyandar kat dinding. Doa Abe Kie sempena hari lahir yang ke 53 ini agar dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah, diberikan kesembuhan dari penyakit yang dihidapi sekarang, dimurahkan rezeki untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan, diberikan ketenangan dalam kehidupan dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang. Pendekata Abe Kie ingin memohon doa yang baik2 sahaja dari Allah s.w.t. Aamiin. Semoga diperkenankan oleh Allah Yang Maha Kuasa...
15 Comments
Happy Bday Abam Kie. =)
ReplyDeleteHappy belated birthday Abam Kie!
ReplyDeleteHappy belated birthday buat AK.. semoga yang baik² saja...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Happy belated birthday AK. Semoga dirahmati Allah dan happy sokmo
ReplyDeleteALHAMDULILLAH SELAMAT HARI LAHIR CIKGU AK AFIAT TIASA MURAH REZEKI DALAM LINDUNGAN RAHMAT ALLAH
ReplyDeleteHappy belated birthday. Semoga sihat selalu. Tak lama lagi nak pencen dah tu.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun buat Abam Kie. Seronok tengok sambutan bersama keluarga dan orang tersayang. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa ceria bersama keluarga tercinta
ReplyDeleteselamat hari lahir abe kie. semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu
ReplyDeleteHappy Birthday Abam Kie.
ReplyDeleteSemoga sehat selalu dan bahagia bersama keluarga
Happy belated birthday Abamkie
ReplyDeleteSelamat hari lahir.. Kita sebaya rupanya. lagi 2 tahun kita pakat pecen.. haha
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir abam Kie.. semoga sihat-sohat selalu
ReplyDeleteHappy Birthday Uncle! Biarpun umur 53, tapi semangat hidup selalu 23 ya, hehehe
ReplyDeleteHappy belated beday AbamKie. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki utk terus mendidik anak bangsa.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kelahiran yang ke-53, Abam Kie. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Meriah betul tengok sambutan kat sekolah tu, puding 'colour blocking' dengan segala juadah nampak sangat menyelerakan patutlah licin habis! Bagus betul Kak Ta dan Guru-Guru Kanan yang lain sudi pakat buat sambutan mega macam ni. Bab makan pizza kat rumah tu jangan risau sangat pasal had 2 slices tu; yang paling mahal dan penting ialah 'quality time' dapat berkumpul dengan keluarga. Selamat melangkah ke usia baru dengan penuh keceriaan..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.