Mengapa UPSR dan PT3 perlu diadakan kembali?
Pada pendapat saya,UPSR wajar diwujudkan semula.
Peperiksaan bukan sekadar nak nak uji kepandaian, tetapi:
i- Beri motivasi untok para pelajar capai satu kejayaan
iii- Memudahkan guru sekarang dan masa akan datang untok fokus kelemahan dan pemahaman pelajar dalam akademik
iv- Hadiah kepada ibubapa dan guru
v- Antara cara terbaik untok disiplinkan pelajar
Ada yang kata, peperiksaan akan lahirkan pelajar mondok dan hanya pandai study sahaja.
Ikut pengalaman saya, perkara ini kurang tepat kerana:
i- Kebanyakan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan, juga cemerlang dalam kokurikulum
ii- Jarang dengar pelajar cemerlang yang fokus belajar sahaja. Kebanyakan mereka aktif dengan benda lain
iii- Kebanyakan pelajar cemerlang akademik, mereka juga sertai aktiviti yang membantu dalam kemenjadian pelajar. Contoh, pertandingan Debat, Syarahan, Pidato.
iv- Dan ramai pelajar cemerlang akademik juga berjaya dalam aktiviti sukan. Contoh, pemain bola sepak, olahraga, bola tampar.
v- Malah, kebanyakan mereka juga terlibat dalam jawatan kepimpinan contohnya Pengawas, PSS, Koperasi.
Jadi, nak kata peperiksaan ini jadikan pelajar akan hasilkan pelajar mondok, saya kira ini kurang tepat.
Apa yang berlaku sekarang, UPSR tak ada, PT3 tak ada, tapi masih lagi ramai pelajar yang tak terlibat pun dengan aktiviti kokurikulum.
Sebab apa ramai tak terlibat?
Sebab mereka memang TAK MAHU pun aktifkan diri. Ada peperiksaan atau tidak, mereka tetap tak mahu sertai aktiviti luar kelas.
Jadi, bukan salah peperiksaan mereka ni jadi mondok.
Sekarang bertambah buruk. Mereka ni, sudahlah takda peperiksaan, aktiviti luar pun tak terlibat. Kemenjadian apa yang kita nak capai?
Belum lagi cerita kes ponteng sekolah yang makin meningkat, disebabkan tiada motivasi nak ke sekolah. Kalau dulu paling kurang, ada lah benda nak ditakutkan.
Kalau betul lah kita nak pelajar cemerlang semua segi, ini pendapat saya:
i- Jadikan penterlibatan aktiviti kokurikulum sebagai salah satu 'subjek' yang diambil kira dalam keputusan peperiksaan.
ii- Contoh: UPSR ada 5 kertas: BM, BI, Sains, Math, Sejarah. Tapi ada satu subjek lagi yang perlu mereka skor: Kokurikulum
iii- Jadi, mereka perlu dapat 6A dalam peperiksaan.
iv- Macam mana nak dapat A dalam aktiviti kokurikulum ini? KPM boleh rangka penilaian pelajar ikut tahap.
v- Contoh: Jika pelajar terlibat dengan satu peringkat sekolah, dapat D. Satu peringkat Daerah, dapat C. Satu peringkat Negeri, dapat B. Satu peringkat kebangsaan/antarabangsa, dapat A.
vi- Itu baru keterlibatan. Belum lagi kalau kemenangan. Contoh, menang peringkat sekolah, dapat C. Menang peringkat Daerah, dapat B. Negeri dan ke atas, semua A.
vii- Yang langsung tak terlibat, akan gagal subjek ni. Jadi kalau dia hebat belajar pun, dapat 5A, tapi keputusan UPSR dia akan jadi 5A 1F. Gagal subjek Kokurikulum.
vii- Skor begini juga boleh beri peluang kepada pelajar sederhana, tapi tak menyerlah dalam akademik. Dapatlah juga dia 1A dalam UPSR.
Konklusinya, saya 200% setuju UPSR diadakan semula.
Dan saya cadangkan, satu pembaharuan bagi subjek, dan penfokusan kokurikulum bagi aktifkan para pelajar.
.
Nota: Peperiksaan yang saya ulang-ulang sebut dalam post ini adalah peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3. Peperiksaan peringkat sekolah/PBD tak berkaitan.
15 Comments
setuju sangat..tp aras tu perlu direndahkan semula...lagi2 matematik...nombor2 terlalu besar utk kanak2
ReplyDeletenie pun MA setuju sbb exam tu salah satu cara nak ukur level mana anak2 tu
ReplyDeletemcm exam PT3 utk nak tgk kemampuan mereka utk ke peringkat menengah atas.... and salah satu cara utk motivate diaorang utk belajar..more harder..
betul tu.. ramai parent setuju pendapat kembalikan exam ni
ReplyDeleteUncle berpihak dengan majoriti!
ReplyDeleteSetuju diadakan semula dengan kajian semula sistem peperiksaan.
ReplyDeletezaty setuju 100 peratus ! zaty tengok mostly budak-budak malas belajar and ambil remeh je soal education ni. sometimes risau dengan future environment.
ReplyDeletesetuju. sangat betul... mudah untuk ibu bapa guide anak-anak..
ReplyDeleteAda exam UPSR dah PT3 jadi petunjuk aras kepada pelajar kemampuan mereka belajar di sekolah...lagipun ujian ini standards seluruh Malaysia
ReplyDeleteBetul itu supaya ada semangat untuk belajar dengan tekun.
ReplyDeleteSaya sebenarnya setuju juga diadakan kembali. Boleh tengok kebolehan anak tu sebelum ke peringkat menengah.
ReplyDeleteya setuju diakan semula peperiksaan. kementerian perlu kaji semula sistem pendidikan
ReplyDeletevideo viral bdk yg failed BM tu menyebabkan sy sokong cadangan utk kembalikan ssemula UPSR dan PT3 ni.
ReplyDeletekalau ada cadangan x nak buat semula exam ni tp kekalkan murid kat kelas tu smpi dia lulus exam... pun sy setuju juga!
mmg sangat setuju untuk dikembalikan UPSR dan PT3...tapi kurang bersetuju dengan cara pemarkahan kokurikulum yg dicadangkan. Ngeri.
ReplyDeleteBila dua peperiksaan penting ini tiada, murid/pelajar akan jadi kurang bersemangat untuk belajar.
ReplyDeleteKembalikan semula UPSR dan PT3, ini sbagai pengukur untuk melihat kebolehan/pencapaian mereka.
Jangan mempergunakan sistem pendidikan negara kalau hanya sekadar untuk dipolitikkan.
Tak payah nak KBAT sangatlah kalau sifir tiga pun tak hafal.
Setuju mesti diadakan kembali.. Sy pun tidak berpuas hati dgn Tahap Penilaian (TP) yang diguna pakai skrg.. ianya lebih pd pilih kasih cikgu tu.. kalau budak tu pandai mcm mana tapi tak rapat dgn cikgu dan byk diam dlm kelas akan dapat TP yg buruk.. still prefer exam utk buktikan kemampuan anak..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.