KPM : Gunalah teknik terbaik semasa PdPR ini. Boleh guna secara online, offline atau off-site.

Cikgu : Baik boss.

Ibubapa : Kami nak guru buat kelas secara LIVE baru ada sesi soal jawab.

Guru : Baik. Kita buat Google Meet.

Ibubapa : Saya anak 4 orang sekolah. Saya kerja. Telefon, gadget, laptop tak cukup. Patut bagi je kerja secara rakaman video.

Guru : Baik. Kami buat rakaman video.

Ibubapa : Penjelasan cikgu tak jelas. Cuba la cari rakaman video dari guru pakar dan berpengalaman. Baru anak cepat faham. Kemudian bagi la latihan.

Guru : Baik. Kami bagi rakaman guru pakar dan lembaran kerja.

Ibubapa : Cikgu ni ingat semua ibubapa ni kaya ke? Nak download video beratus megabytes makan masa berjam-jam. Data saya dah la sikit. Duit nak topup data lagi. Lepas tu ingat saya ada printer ke nak print out? Mahal semua tu. Cikgu potostat je latihan banyak-banyak, letak kat sekolah, nanti kami ambil.

Guru : Baik. Kami buat bahan bercetak secara fizikal dan letak di office.

Ibubapa : Macamana anak nak faham setakat bagi bahan latih tubi begini? Patut buat LIVE. Bagi rakaman video. Kena mengajar. Rakam video cikgu mengajar. Bagi rakaman video cikgu-cikgu pakar. Bagi worksheet dalam Pdf, senang kami print out dan tak hilang.

Guru : 😔

Bertabahlah para guru semua. Hari ini semua orang pakat nak ajar apa yang perlu para guru lakukan.

Suruh buat begitu, buat begini.

Namun realitinya, buat apa jua cara, ada saja yang tak puas hati. Ada saja yang tak kena.

Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Kerana sikap manusia itu takkan puas dan takkan behenti mencari salah.

Kita buat semampu kita. Kita buat sehabis baik yang kita rasa. Kita buat cara kita berdasarkan penilaian majoriti kemampuan murid kita untuk ikuti PdPR ini.

Tak perlu nak puaskan hati semua pihak. Kerana apa jua cara kita guna ia pasti tidak sempurna.

Jangan mengalah cikgu-cikgu seluruh Malaysia. Kekal senyum, kekal kuat, kekal bersemangat.

Tetapkan niat. Kukuhkan tekad. Kita boleh harungi zaman yang pelik ini jika kita cekal dan bersemangat.

Semoga wabak ini segera berlalu pergi dan kita dapat mengajar seperti biasa. Amin.

Credit to #MFS
- Kita masih manusia yang serba tidak sempurna -
.

21 Comments

  1. Betul itu. Bukan semua boleh terima sesuatu teknik pengajaran.
    Tabahkan hati!

    ReplyDelete
  2. Mencabar betul ni abam kie.. susah nak puaskan semua orang

    ReplyDelete
  3. Kalau nak penuhi harapan dan ekspetasi semua orang, memang kita akan kering kontang sebelum waktunya :)

    ReplyDelete
  4. betul sgt tu, kena dgn situasi skrg..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan guru² Dan dikurniakan kesabaran buat mereka semua, guru², ibu bapa Dan semua yg terlibat.

    Aamiin YRA 🤲🏻❤️

    ReplyDelete
  6. hahahah jenuh.. sian cikgu2... bersabarlah yer abang kie

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita InsyAllah. Kita sebagai Ibubapa dan Para Guru bekerjasama demi masa depan anak-anak kita

    ReplyDelete
  8. betul tu. kesian guru-guru semua tersepit. moga cepat wabak covid ni berakhir ya allah T___T

    ReplyDelete
  9. semoga cepatlah covid ni hilang

    ReplyDelete
  10. bertabahlah wahai pendidik anak bangsa.

    btw, jemput join giveaway su ya!
    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/the-first-giveaway-by-thesuraya.html

    ReplyDelete
  11. Brtabahlah cikgu...Kami as parent pun masih cuba adapt new norma PDPR...Kesukaran parent semua tak sama..Mmg susah nak penuhi semua..Pd sy kalo boleh perkara ni perlu ada..1 online kelas supaya cigu boleh ajar murid secara direct bg yg ada kemudahan kalo x boleh, Rekodkn kelas online tu supaya murid yg xde kemudahan boleh tgk..Parent pun boleh tengok utk jadi rujukan kalau anak x paham masa online kelas..Sediakan kerja rumah yg brtepatan dgn bab2 yg dipelajari.

    Sy pun mula2 agak stress...huhu..
    Dgn content buku teks yg buat kita sakit hati menengoknya...
    Sy perlu beli buku rujukan untuk info lebih detail.

    Supaya cikgu2 kuat utk teruskn PDPR ni & anak2 kami dpt belajar walau online.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. serba tak kena kan abam kie. moga semua guru diberikan kesabaran yang tinggi dalam melunaskan tanggungjawab mendidik anak bangsa :)

    ReplyDelete
  13. Moga tabah wahai guru, pendidik generasi masa hadapan!!! Terima kasih kerana bersabar....

    ReplyDelete
  14. semoga cikgu2 tabah dan terus berbakti
    walau mcm2 dugaan

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum abam kie..Saya doakan abg kie dan cikgu2 seluruh Malaysia terus bersemangat. Saya juga mendengar keluhan dari pihak ibu bapa dan guru2... bagi saya kedua2nya perlu ada toleransi, memahami dan kreatif dlm mendidik. Saya percaya cikgu2 pun masih mencari jalan yang terbaik utk mengajar, ibu bapa pun masih membiasakan diri utk membantu anak2. semoga kita semua kekal dlm keharmonian. amiinn.

    ReplyDelete
  16. NORMAL BAHARU CIKGU MENGAJAR CARA BAHARU BANYAK MASALAH N CABARANNYA

    ReplyDelete
  17. cabaran guru-guru sekarang sangat mencabar. harap semua guru-guru di malaysia ni dikurniakan kesabaran dan semangat yang tinggi demi anak bangsa.

    Bg ibubapa di luar sana, jangan la banyak songeh sangat. kalau dah pandai sangat ajar jer lah anak tu sendiri..

    ReplyDelete
  18. Saya juga berharap anak-anak kita dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Saya rasa, kita kena belajar untuk hidup dengan virus ni, dengan amalkan SOP, dah tentu. Sebab saya rasa, susah anak-anak nak belajar dari rumah. Hang in there, Abam Kie. Terima kasih, cikgu-cikgu semua.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.