Celcom liat memulangkan baki bil saya
Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin meluahkan rasa geram terhadap Celcom. Ceritanya begini. Dulu abe kie ada melanggan pakej kakitangan kerajaan broadband Celcom. Setelah dua tahun guna, abe kie memotong talian tu sebab nak guna streamyx. Pada bil terakhir Celcom bulan Disember 2013 terdapat lebihan bayaran sebanyak RM38.33. Abe Kie dah telefon banyak kali ke talian 1111 meminta duit refund tu sejak Mac 2014. Setiap kali call, kerani khidmat pelanggan tu beri alasan jabatan akaun Celcom belum proses refund la, tak jumpa cari diapers anak la atau pun boss Celcom tengah cari bini no 4 la. Macam2 alasan yg mereka bagi.
Kini dah masuk bulan Oktober 2014. Kesabaran abe kie ada hadnya. Memang la RM38.33 tu bukannya jumlah yg besar. Tapi kalau 100 org bekas pelanggan mereka buat macam ni alamat boleh balik hari la staff Celcom tu gi Makkah! In sha Allah lepas ni abe kie nak mengadu kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna plak. Baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.
OKlah, lepas ni abe kie nak tel talian 1111 dan bagitahu kerani khidmat pelanggan Celcom yg entri ini sudah disiarkan dan seleuruh dunia sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Baru mereka tahu kuasa blogger spt kita kan? jadi apa kata kawan2 yg baik hati dan prihatin sekalian? Terima kasih.
14 Comments
haha..mcm2 hal celcom ni..
ReplyDeletehidup blogger! :)
Biasa la syarikat di malaysia, tak senang duduk kalau tak menipu. Klu bil tertunggak rm100, siap hantar surat saman.
ReplyDeleteDi Malaysia, syarikat telco dan bank mengutip hutang daripada pelanggan macam ah long. Tetapi bila pelanggan minta hutang daripada mereka, mereka buat tidak tahu saja. Kebanyakannya tidak pernah balik bayar langsung kepada pelanggan yang senyap kerana tidak tahu (jahil) atau malas hendak mengejar syarikat telco dan bank.
ReplyDeletebetul tu ayuni.walaupun nilainya sikit,bukan tiket untuk mereka buat sesuka hati..lepas duit lauk 2 hari tau..
ReplyDeletesaya punya celcom dah terminate lama dah..kalau kita punye hutang, cepat je diorang mintak..kalau mintak refund lambat..haishh
ReplyDeletekena call selalu , tekan sikit, kalau tidak mmg slow cam siput lah diarong buat kerja ! sikit banyak pun duit kita kan ...
ReplyDeletecall pun tak jalan jugak...kena face to face baru jalan
ReplyDeleteMereka ni kalau nak duit kita cepat,..time nak pulangkan duit, jenuh kena tunggu! Saya pun pernah kena mcm Abe Kie. Saya dah lupa pun pasal baki tu baru check sampai kat rumah.
ReplyDeleteupdate ke blog n facebook r lain2 media sosial cepat jer mrk bertindak kot...kadang blog kita xjuta2 viewersnya mrk x kisah tapi sekurang-kurangnya dh berusaha menuntut hak kita..
ReplyDeleteYe kakak sokong! Moga Abe Kie menjadi penggerak dan kakak pasti ramai yg menyokong. Ramai sebenarnya yg terkena tapi bila terkena berbagai alasan malas mahu follow-up jadi Celcom pun diam buat tak tahu...
ReplyDeleteerm..depa ni memang bang..klu masa minta bayaran laju je depa..tapi kalau part2 mereka kena pulangkan duit pelanggan memang liat... huhu
ReplyDeleteCELCOM, CELCOM, pi mai pi mai depa gak yang untung tapi nak wat camner, kita pengguna, nak tak nak guna gak..
ReplyDeleteTerbaik Abe Kie!
ReplyDeletesaya pernah kena sekali hehe, slow nak mampos kalu guna broad band sakit jiwa je, n asyik cepat minta duit je. tak bagi can tangguh sari dua langsung. last kali tutup akaun senang hati. past tu kena denda 200 ringgit sebab akaun masih dalam kontrek.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.