Assalamualaikum. Pada 1 September lalu, teman lelaki anak Abe Kie iaitu Lili datang ke Tanah Rumah. Nama budak lelaki ini Amirul berusia 20 tahun (sebaya dengan Lili). Dia tinggal di Gombak, Selangor. Dulu mereka pernah berjumpa bila Lili ke rumah bapa dan ibu saudaranya di Kuala Lumpur. Amirul ini anak yatim. Bapanya meninggal kerana kanser paru-paru pada Ramadhan lepas. Dia bekerja sebagai Grab rider. Kadang-kala dia membantu kakaknya di kedai kosmetik.

 

 Pada keesokan harinya Abe Kie mengajak Mirul bersarapan di sebuah restoran mamak. Kami makan roti canai dan teh tarik sahaja. Lili adalah anak kedua Abam Kie. Dia yang paling gemuk antara adik-beradiknya. Mungkin ikut genetik sebelah mummy dia kot? Sebab family Abe Kie slim2 je. 

Pada hari ketiga Abe Kie mengajak Mirul berkebun di belakang rumah. Tak ajak pun, tapi dia yang menawarkan diri. Jadi Abe Kie minta tolong dia menanam anak-anak pokok yang baru sampai dari Shopee. 

Kemudian dia tolong Abe Kie mencantas pokok2 serai dan membersihkannya. Apalah nasib pokok-pokok serai ni x subur sangat sebab tak cukup zat. 

 
Pada hari terakhir Mirul di Tanah Merah iaitu hari Jumaat, sekali lagi Abe Kie ajak dia datang sarapan di rumah. Kali ini Abe Kie beri Mirul makan nasi kerabu. Nampak berselera dia makan. 
 

Sebelum Mirul bertolak ke stesen bas, Abe Kie memberikannya sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih diatas kesudiannya datang ke Tanah Merah yang merupakan lawatan pertamanya ke Negeri Che Siti Wan Kembang ini. Semoga dia akan datang lagi pada tahun hadapan.