Pesanan buat anak-anak yang masuk universiti
Anak-anak...
Tak kisah korang baru nak daftar masuk universiti, kolej atau politeknik.
Ada beberapa benda yang saya harap korang ingat sepanjang perjalanan ni.
Pertama.
Kalau cuti cuma 3–4 hari, dan rumah jauh berbeza negeri... tak semestinya kena balik.
Saya tahu rindu rumah.
Tapi ingat balik pesan mak ayah...
"Jimat-jimat pakai duit."
Kos perjalanan tu bukan murah. Kadang duit yang dijimatkan tu lebih berguna untuk makan, beli buku atau simpan bila ada kecemasan.
Kedua.
Jangan ukur hidup dengan kehidupan kawan.
Akan ada yang datang dengan kereta sendiri, motor sendiri, duit belanja yang banyak.
Rezeki setiap keluarga tak sama.
Tak perlu paksa diri nak ikut gaya hidup orang lain semata-mata nak nampak setaraf.
Hidup ikut kemampuan bukan bermaksud kalah.
Itu tanda korang matang.
Ketiga.
Pilih kawan dengan bijak.
Kawan boleh tarik kita naik.
Kawan juga boleh tarik kita jatuh.
Cari yang rajin ke kelas, yang ada disiplin, yang saling mengingatkan bila kita lalai.
Korang datang ke sana untuk membina masa depan, bukan sekadar membina circle.
Keempat.
Bila belajar tinggi, jangan sampai rasa diri lebih tinggi daripada keluarga.
Ilmu sepatutnya menjadikan kita lebih rendah hati, bukan lebih ego.
Bila balik rumah...
Peluk mak.
Salam ayah.
Hormati adik-beradik.
Sebab tanpa doa dan pengorbanan mereka, mungkin korang tak sampai ke tempat yang korang berdiri hari ini.
Kelima.
Akan ada orang ajak cuba macam-macam.
"Sekali je."
"Tak apa lah."
"Semua orang buat."
Percayalah...
Ramai yang rosak bukan sebab benda besar.
Tapi sebab satu keputusan kecil yang disangka tak memberi kesan.
Jaga diri.
Jaga maruah.
Jaga masa depan.
Akhir sekali...
Yakin pada diri.
Belajar bezakan mana yang baik, mana yang buruk.
Cari mentor yang boleh membimbing, bukan yang mengambil kesempatan.
Kenal senior yang ikhlas membantu, bukan yang seronok melihat orang lain tersungkur.
Perjalanan ini baru bermula.
Nanti akan ada cabaran baru, bila mula duduk luar, urus duit sendiri, urus hidup sendiri.
Semoga waktu itu nanti, korang dah cukup kuat untuk buat keputusan yang betul.
Mak ayah mungkin tak selalu cakap semua benda ni.
Bukan sebab mereka tak peduli.
Tapi kadang-kadang...
Mereka terlalu sayang, sampai tak tahu macam mana nak luahkan.
Semoga Allah pelihara setiap langkah anak-anak yang keluar rumah demi mencari ilmu.
Belajarlah bersungguh-sungguh.
Kerana di rumah, ada dua insan yang tak pernah berhenti mendoakan kejayaan korang.
Abe Kie merupakan graduan TESL Universiti Malaya 29 tahun yang lampau.







12 Comments
Syahdu pula baca pesanan ini lagi-lagi ada anak-anak di alam remaja ni. Didoakan semua anak-anak kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa
ReplyDeleteHarap2 anak2 pandai ni dapat menilai sesuatu baik buruknya.
ReplyDeletemasih igt lagi zaman belajar dulu, balik ke rumah cuma 2kali satu semester, masa cuti pertengahan semester dan akhir semester... raya haji pon tak pernah balik sebab cuti 1 hari jer
ReplyDeletebermula langkahan hidup tanpa ibu bapa di sisi hati2 tiasa jaga diri pandai2 pilih kawan
ReplyDeleteBermanfaat pesanan ini. Terima kasih.
ReplyDeleteBetul sangat, ukur baju di badan sendiri. Yang penting jiwa tenang dan sentiasa bersyukur dengan rezeki keluarga. Sangat mendalam pesanan Abam Kie ni. Sungguh, kehidupan IPT ajar berdikari & matang. Moga anak-anak universiti terus cemerlang.
ReplyDeleteRemaja muda belia harus menuntut ilmu , ingat pesan maka ayah, belajar elok2.. usaha terpedaya hasutan Duniawi..
ReplyDeleteTeringat masa adik bongsu buat degree di UKM, memang rumah kita la yang jadi tempat lepak dia, kalau cuti lama baru dia balik kampung. Kalau tak cukup duit, dia mintak dari 4 orang kakaknya. Kalau seorang bagi RM100, dapat RM400 dah dia. Mujur di UKM ada banyak bas jadi jimat duit belanja juga. Masa di UKM dia siap jual jersi, yang di beli di pekan Bangi hehehe.
ReplyDeletesemoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. sebagai ibu bapa. hanya nasihat dan doa yang mampu dikirimkan...
ReplyDeleteSaya selalu pesan pada anak-anak - hidup bukan sekadar bernafas. Mulakan semuanya dengan baik, insha Allah ia akan berakhir dengan kebaikan. Terima kasih Abam Kie dah kongsikan banyak pesanan untuk anak-anak yg nak merantau kerana ilmu.
ReplyDeletePesanan yang sangat mendalam dan penuh hikmah daripada Abam Kie. Bab ukur baju di badan sendiri dan pandai pilih kawan tu memang paling penting bila mula berdikari kat tempat orang. Moga anak-anak universiti yang baru nak mula perjalanan diberi ketabahan dan dipelihara langkah mereka
ReplyDeletepesanan & peringatan yg sgt bagus.....tq tq
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.