Topik yang sangat sensitif,
jadi saya cuba jawab dengan berhati-hati.
Tulisan ini mengandungi bahasa censor, mungkin ada yang kurang selesa.
Niat saya hanyalah menulis bagi tujuan pendidikan & kefahaman masyarakat.
Maaf cakap, kalau anda bertanya pada isteri bagi 101 lelaki muslim (sudah berkahwin), yang ditangkap di sauna tempoh hari,
"Puan tahu tak suami puan ni gay?"
Saya yakin 90% para isteri lelaki durjana ini SEBENARNYA TAHU orientasi seksual suami mereka yang songsang, tetapi masih tetap meneruskan perkahwinan.
Antara SEBAB-SEBAB paling biasa mereka MASIH BERTAHAN dalam kes-kes yang saya kendalikan ialah :
✅
Masih berharap suami akan berubah
✅
Takut dengan stigma masyarakat, dipersalahkan keluarga
✅
Tidak mempunyai bukti yang jelas
✅
Bergantung kepada kewangan suami
Bagi yang memilih untuk bertahan,
saya doakan sahaja yang baik-baik.
Bagi yang mahu keluar dari perkahwinan tetapi suami enggan melepaskan, boleh failkan Tuntutan Fasakh di mahkamah syariah berdekatan.
Gay ialah penyakit orang-orang kaya.
Suami gay biasanya seorang yang mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat, pekerjaan dan kewangan mereka juga stabil.
Mereka rajin bekerja, pandai ambil hati orang. Karakter juga sangat disenangi ramai.
Ini semua strategi yang disusun untuk menutup kecelaruan nafsu songsang dan budaya hidup yang merosakkan.
Dalam masyarakat konservatif, individu gay sedaya-upaya akan “menyembunyikan” wajah sebenar untuk mengelakkan stigma.
Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan jangka panjang kepada isteri.
Suami gay menjadikan perkahwinan hanya sebagai alat untuk MENUTUP KEGIATAN SONGSANG.
Jadi, mereka biasa memilih pasangan yang innocent/naive — bukan yang type rebel.
Namun, dalam kes yang hanya SYAK WASANGKA, saya ada beberapa guideline untuk dijadikan panduan Puan-Puan.
Awas, tangkap suami gay ni tak semudah kantoikan suami curang dengan perempuan, ya!
Kalau dengan perempuan tu kita boleh nampak bayyinah (bukti) itu pada kelahiran (jika mengandung) ataupun sijil nikah (jika nikah secara sembunyi).
Kalau dengan jantan, macam mana?
Tak semua tuala ada tompokan darah!
TANDA-TANDA SUAMI GAY :
Berikut ialah tanda-tanda yang boleh menimbulkan keraguan, tetapi bukan bukti muktamad. Puan-Puan fokus pada pola, bukan satu kelakuan sekali-sekala.
✅
1. TIDAK BERMINAT KEPADA ISTERI SECARA SEKSUAL
Contoh pola yang berulang ; Suami menolak hubungan kelamin secara konsisten tanpa sebab kesihatan. Hanya bersama bila dipaksa atau “terpaksa”.
Tiada sentuhan mesra, pelukan, atau keinginan fizikal. Jika hubungan fizikal hampir tidak wujud bertahun-tahun, itu sesuatu yang patut diteliti.
Saya pernah mengendalikan kes suami gay yang hampir 20 tahun perkahwinan, tidak pernah bersama!
---
✅
2. LEBIH TERTARIK KEPADA EMOSIONAL/FIZIKAL LELAKI
Suami sangat fokus pada lelaki tertentu (lebih dari biasa). Dia juga akan kerap mengabaikan isteri tetapi memberi perhatian luar biasa kepada lelaki lain.
Ingat ya, bukan sekadar berkawan rapat, tetapi attachment emosi yang pelik.
---
✅
3. KONSISTEN MENONTON PORNOGRAFI LELAKI
Jika Puan-Puan terjumpa history hp/laptop suami carian porn “gay” atau “men only” simpanan gambar lelaki separuh bog*l dan ini berlaku berulang kali, bukan sekali dua atau sebab terklik.
Ini antara tanda paling jelas—tapi masih perlu berhati-hati menilai konteks.
---
✅
4. SIMPAN APLIKASI/AKAUN RAHSIA YANG CENDERUNG KEPADA LELAKI
Contohnya apps Grindr, Blued, Hornet, PlanetRomeo. Mereka biasanya akan ada akaun palsu untuk berkenalan dengan lelaki.
Kalau ada apps begini, itu red flag besar.
Tak perlu pergi jauh pun sebenarnya.
Saya pernah mengumpul bukti group gay hanya di Facebook Group yang private, Telegram dan Instagram. Ada puluhan ribu keahlian, aktif melanggan dan dilanggan. Kebanyakan mereka rata-ratanya berpangkat tinggi dan memegang jawatan penting dalam pengurusan!
---
✅
5. PERGI KE TEMPAT TERTENTU/ HILANG DENGAN ALASAN YANG TAK JELAS
Pola seperti suami sering keluar malam dan tidak memberi penjelasan yang jelas.
Contohnya jumpa “kawan lelaki” tetapi sangat rahsia. Perjalanan kerja, tempat lepak juga mencurigakan.
Suami hetero biasanya tidak perlu sembunyikan kawan lelaki sampai begitu sekali.
---
✅
6. KURANG MINAT TERHADAP PENAMPILAN ISTERI TETAPI AMAT MENJAGA PENAMPILAN UNTUK LELAKI
Contoh; suami tidak peduli penampilan untuk isteri tetapi over-grooming sebelum jumpa lelaki tertentu.
Suami seorang yang sangat menjaga badan, pakaian ketat, posing selfie yang jelas dituju pada lelaki lain.
Suami juga selalu nak validate/pujian daripada kawan lelaki, bukan isteri.
---
KESAN HOMOSEKSUAL DALAM HUBUNGAN PERKAHWINAN
Apa yang Puan-Puan perlu tahu dan faham bahawa penetrasi dubur oleh zakar (tanpa perlindungan) dalam hubungan songsang ini lebih banyak menghasilkan kecederaan dengan pecahnya salur darah dan memungkinkan virus HIV masuk dalam darah.
Puan-Puan mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi, dan jangkitan boleh dipindahkan kepada isteri melalui hubungan kelamin biasa.
Ada sebab mengapa ia ditegah.
Akhir kata, sesungguhnya Homoseksual / Gay adalah satu penyakit jiwa yang tidak berkaitan pun dengan genetik.
Perangilah homoseksual secara adil sepertimana kita memerangi jenayah zina. Mulakan daripada memelihara ahli keluarga kita dan kaum kerabat yang terdekat.
Bagi yang sedang mengamalkan H, bertaubatlah kepada Allah kerana peluang taubat masih terbuka luas kepada mereka yang menginginkannya.
Semoga keturunan kita semua dilindungi daripada perbuatan kaum Nabi Luth yang dilaknat Allah.